Nuffnangs

Tuesday, June 22, 2010

Meninggal Akibat Keguguran...

Salam... Pagi tadi semasa sedang berehat aku terbaca satu berita di dalam Harian Metro hari ini tentang seorang gadis yg berusia 17 tahun meninggal dunia dipercayai kerana kehilangan banyak darah akibat keguguran... Korang tau tak kes ni berlaku di mana? Dipercayai mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah di Pasir Mas, namun pada hari tersebut beliau telah ponteng sekolah dan mengikut teman lelakinya yg sebaya ke sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan (PCB)...apa yg berlaku, ketika hendak masuk ke bilik di resort itu, pelajar perempuan ni telah jatuh pengsan dan mengalami tumpah darah. Teman lelakinya yg agak ketakutan telah memanggil staff di situ, tapi sudah terlambat kerana mangsa telah pun meninggal dunia ketika staff resort sampai di bilik tersebut... MasyaAllah...apa yang berlaku sekarang ini...pelajar lelaki tersebut adalah pelajar sebuah sekolah Agama dan sudah tentulah tebal dgn ilmu agamanya...tapi yg berlaku adalah sebaliknya...perhubungan dan pergaulan yg bebas telah menyebabkan masalah sosial seperti ini... Membaca berita ini, hatiku terdetik apakah yang menyebabkan semua perkara ini berlaku...kurang didikan agama oleh ibu bapa atau masalah pergaulan dan pengaruh rakan serta keadaan sekeliling yg menjadi punca...ya Allah jauhkan semua itu daripada keluarga kami... Namun, jauh di sudut hati ini berbisik...dunia semakin menghampiri penghujungnya!

7 comments:

  1. seram baca.mintak jauh jadi kat kita

    ReplyDelete
  2. jagalah diri kita dan keluarga kita dgn baik...berdoa kepada Allah sw...insyaAllah kita akan dilindungi...

    ReplyDelete
  3. syaitan lebih bangga andai berjaya menewaskan orang yang tinggi ilmunye..

    ReplyDelete
  4. astaghfirullahalazim ,
    moga kita dilindungi dari syaitan nirojim

    ReplyDelete
  5. syaitan bertepuk gembira dapat menyesatkan anak cucu adam terbukti bila pelajar lelaki sekolah agama tidak dapat mengawal hasutan syaitan,

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE