Nuffnangs

Wednesday, June 26, 2013

HARAPAN




Aku  terjatuh tersandung kerikil
bebatuan gersang yang tiada berpenghuni
gelisah memikirkan tentang masa depan
bimbang merenung kehadapan
sedangkan aku masih di sini
masih insan yang sama tidak berubah
masih seperti dulu hanya dalaman yang bergelodak

aku tidak keruan
memikirkan tentang insan-insan lain
sedangkan aku sendiri juga seperti mereka
hipokritkah aku atau aku yang tidak sadar
siapa aku sebenarnya ....dalam mencari sinarnya
adakah aku insan yang keseorangan
atau adakah aku yang ditinggalkan

aku toleh ke belakang
dapat aku lihat unicorn yang ku tinggalkan
lembah yang indah  bersama dengan rerama dan burung-burung
rusa yang sedang meragut rumput sambil berkejaran
tanpa rasa risau dan gelisah tentang dunia
aku bersyukur kerana unicorn itu masih bebas
terbang tinggi sambil mengibaskan sayapnya yang putih
dengan bunyi yang begitu gagah
aku pasti ia tidak kecewa dengan apa yang berlaku

aku mengharapkan agar dosa-dosa silam 
tidak akan menghantui aku lagi
sedangkan aku hanya insan yang sangat lemah di sisiNya
aku bersujud dengan linangan air mata
semoga insan-insan yang  kehilangan tidak akan terus  kehilangan
ku perhatikan unicorn itu terus terbang menuju ke lembah 
tanpa menoleh ke belakang lagi


~Talam Keladi~

Friday, June 21, 2013

TAUBAT

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

Sumber ; OPICK

~Talam Keladi~

Monday, June 17, 2013

Pesanan




Mengharungi kesesakan insan yang serabut
mata hatiku bercelaru
terkenang perihal cuitan peristiwa
mana mungkin  aku kembali
perjalanan jauh yang telah aku tinggalkan
tinggalkan yang tidak mampu aku
gapai kembali tanpa izinNya

Ruang mataku semakin tertutup
Sebenarnya perjalanan itu melukakan hatiku
Sememangnya ada tekanan
dan aku rasakan nafasku semakin sesak
hingga aku seakan tidak boleh berdiri
kakiku goyah bergetaran
apakah aku akan pergi untuk selamanya

dari celahan kesesakan itu 
muncul seekor kuda putih yang gagah
bulunya seputih salju bersih dan tiada cacat
ekornya tersisir kemas dan terdapat pedati diatasnya
bunyinya sangat yakin dan mendebarkan
ia menuju ke arah aku dengan tempikan yang kuat
lantas aku mendapat kekuatan
dan melompat ke atasnya
ia mengizinkan aku memeluk lehernya

Kuda itu membawaku..membawaku pergi jauh
jauh dari kesesakan insan yang serabut
laju dan tiada hentinya
matanya mengedip-ngedip 
memandangku dengan penuh hormat
sedangkan aku tidak mengenalinya
tapi aku tahu ada sesuatu yang dihantar oleh Allah
pesanan agar aku lebih yakin
tabah dan sabar menghadapi segalanya
tiada yang lebih  berkuasa dariNya
Syukur...
 

Monday, June 10, 2013

Damainya CintaMu




Tenang sungguh air di betingan
menghijau dengan kelopak kiambang bersusunan
kembang berbungaan kemerahan
terasa damai tiada kegusaran
sang katak melompat memecah ketenangan
berkocakan memercikkan jernihan air
sinaran mentari memancarkan warna penuh cinta

dari jauh ku lihat bayangan penuh bersinar
wangian semerbak menusuk hidung
penuh anggun berjalan tanpa resah
dapat kulihat sungguh tertib dan penuh sifat malu
dengan jubah putih sutera yang bersulam indah
hanya muka dan tapak tanganya sahaja yang dapat dilihat
sungguh aku teruja untuk bersamanya
entah diizinkan atau tidak

Pertanyaan hatiku disambut dengan penuh hemah
dia mengajakku bersamanya
ke arah satu perlembahan yang penuh bungaan
hamparan rumput hijau yang subur
buah-buahan ranum di sekitarnya
aliran air sungai jernih yang cukup menenangkan
subhanallah indah sungguh ciptaanNya

Hadirnya cukup membuatkan gundahku sirna
limpahan kasihnya tiada terbendung
terasa diri diangkat ke satu darjat yang lebih tinggi
Ya Allah kau benarkanlah rahmatmu pada diriku
Kau restukanlah segalanya yang baik buat kami
agar hidup kami sejahtera dan kekal dirahmati
sesungguhnya tiada dayaku untuk mengubah rencanaMu

~Talam Keladi~

Friday, June 7, 2013

Hadiah Mu



Hamparan rerumput menghijau
saujana mata memandang
sedang langit membiru
dengan awan putih seputih salju
berarak seiring mengikut kehendakNya
angin nyaman bertiup perlahan
menghasilkan suasana penuh damai
damai yang penuh ketenangan

ku lihat rusa jinak meragut hamparan rerumput hijau
berkawanan berlarian dan bersenda gurau
burung-burung berkicauan merdu
berterbangan mengelilingi lembah 
rerama berwarna warni sungguh mengasyikkan
tiada kegundahan tiada kegelisahan
bermain dengan tiada keresahan

ku merasakan kedamaian 
besar sungguh kuasaMu Ya Allah
Kau kurniakan kepada insan ketenangan
Kau hadir menghadiahkan ku pemberian yang cukup bermakna
tidak pernah kusangka ia akan terjadi
tatkala hati ini sedang gundah gulana
tiada keraguan terhadap kekuasaanMu Tuhan
aku bersyukur dengan hadiahMu Ya Allah
Kau abadikanlah kasih sayangnya kepada ku
semoga cintaku dan cintanya kepadaMu tidak pernah luntur


~Talam keladi~

Thursday, June 6, 2013

Subhanallah




Terdengar kocakan air di hujung sana
diselangi dengan suara nyanyian yang merdu
bersendirian tanpa gerun di belantara ini
cahaya menyilaukan mata ketika menghampiri
aku terpana...terpegun...kelu tidak dapat berkata
indah sungguh ciptaanNya...
belum pernah ku temu di mana-mana

aliran air yang tenang dan jernih 
pepohonan dan bunga-bungaan yang berwarna warni
selesa...ya aku berasa selesa di sini
inilah yang aku dambakan..
tapi betulkah atau sekadar permainan mimpi
yang akan lenyap dikala fajar menyinsing

anginnya sejuk tapi tidak menyulitkan
aku lihat ayunan kaki putih mengocak air
wajahnya tiada rasa sedih
wajahnya tenang dan damai
menyanyi merdu hingga aku juga merasakan damai itu
ku lihat ikan-ikan bermain dihujung kakinya
ditepinya ada bakul berisi bungaan
segar dan cantik semuanya

rupanya kehadiran aku disedari
aku cuba lari tapi entah apa yang membelenggu
kakiku seakan dirantai di situ
aku menoleh kearahnya
dia tersenyum manis hinggakan tiada lagi gerun
wajahnya persis purnama yang bercahaya
bersih dan tiada gundah

katanya janganlah bimbang atau takut
kerana dia di sini atas keizinan Tuhan
dia juga insan sepertiku
insan yang patuh kepadaNya
hatiku merasa tenang kembali
setenang aliran air yang mengalir
aku dan dia berbual tentang alam ciptaanNya
subhanallah...subhanallah...subhanallah
Maha suci Allah...Maha suci Allah...Maha suci Allah

~Talamkeladi.com~ 

Wednesday, June 5, 2013

Israk dan Mikraj




Masjidil haram menjadi saksi permulaan perjalanan
nilai keagungan Allah tiada terhitung besarnya
perjalanan yang menjadi saksi akan kemuliaan baginda
penuh tawaduq dan takwa demi memimpin ummahnya
diberikan mukjizat yang tidak terperi nilainya
menjadi kekasih Tuhan yang abadi nyatanya

Hebat sang buraq menjadi tunggangan sambil ditemani Jibril
Dari Masjidil Haram tiada berhenti terus ke Aqsa
Lalu ditambatnya sang buraq di halaman masjid
Baginda diminta mengimami sahabat dan anbiya dalam solatnya
memuji keagungan Tuhan Yang Maha Esa
Mengakui akan Keagungan dan kebesaranNya

Menerobos 7 petala langit sambil menyaksikan kekuasaan Allah sw
Seksaan yang akan diterima dan gambaran di Neraka
Sedih menguasai diri takut merangsang fikiran
Apa akan jadi pada umatku nanti setelah aku tiada
itulah  kekuasaanNya diberikan petunjuk kepada Baginda
agar jelas tentang dakwah demi umat seluruhnya

Dibawa menyelusuri terus ke sidratul muntaha yang sangat tinggi
seterusnya ke Arasy Allah melihat akan malaikat bertawaf
melihat dan bertemu dengan moyangnya dan para Nabi
sungguh tak terperi kelebihan yang diberikan Tuhan pada baginda
Diberi kesempatan dan petunjuk tentang hal keduniaan
tentangan dari ifrit diberikan cara untuk perlindungan

Perjalanan Baginda menentukan kedudukan solat 
dari 50 menjadi 5 demi ummat
kiblat diubah dari Baitulmuqaddis ke Mekah
Selepas Baginda berpindah ke Madinah
Betapa tingginya penghargaan Allah
kepada Baginda Rasullullah

tanggal 27 Rejab menjadi saksi akan semuanya
sepertiga malam memakan masa
Buraq ditunggang jibril menemaninya
terus menerus tiada hentinya
segala pengajaran dipelajarinya
demi kepentingan seluruh umatnya
solat menjadi tiang agama
agar insan tidak terjerumus ke Neraka

~Talam Keladi~
 

SANG BIDADARI



Menerobos ruang langit kirmizi petala
tersentak dengan kehadirannya yang penuh jiwa
fizikal yang sungguh sempurna
naluri hati berkata siapakah dia
pekertinya elok adakah sang bidadari syurga
mungkin aku bermimpi mungkin juga ia nyata

tapi lariannya sangat kencang  
hingga aku seakan tidak berdaya mengejarnya
dia menoleh kepadaku seraya berkata
jangan pernah kecewa teruskan usaha
aku seakan-akan mendapat jiwa
lantas semangatku berkobar menyala-nyala
bak api menjulang serata buana

sang bidadari tersenyum dan melambai-lambai
lambaian yang penuh dengan kasih sayang
mungkinkah akan terubat segala kesakitan
mungkinkah akan hilang segala kegundahan
mungkinkah juga akan hilang keraguan
ku lihat dia membawaku ke lembah penuh keindahan
hingga diriku merasakan kegembiraan
kegembiraan yang tidak boleh aku gambarkan

aku terpana dengan kecantikan dan keindahan pekerti
dapatkah dia membawa erti hidup yang sebenarnya nanti
langit kirmizi menjadi ruang dan saksi
akan semua keagungan Tuhan yang hakiki
Dia Maha Pengasih dan Maha Mengetahui
akan segala apa yang terjadi di dalam hidup insani

~TalamKeladi.com~
 


MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE