Nuffnangs

Thursday, July 26, 2012

Ramalan kaji Cuaca

Subhanallah...

cuaca hari ni kat Kluang sungguh panas sehingga mencecah 38' celcius. Hari ni plak aku terpaksa out station ke JB. Pergh memang bebtul2 menduga keimanan dan kesabaran aku di bulan Ramadhan ni.

hari ni dah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harap kesihatan kami sekeluarga akan baik sepanjang bulan Ramadhan ni.

Bercakap pasal cuaca ni, aku difahamkan mengikut kajian Pusat kaji Cuaca Malaysia adalh seperti berikut :-


Kluang
Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Kluang
Khamis, 26/07/2012

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Jumaat, 27/07/2012

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Sabtu, 28/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Ahad, 29/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Isnin, 30/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Selasa, 31/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Rabu, 01/08/2012

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 32 °C


tapi nampaknya ramalan kali ni jauh meleset. Langsung x de hujan mahupun awan mendung kat sini.

Tapi diharapkan semoga Allah sw memberikan kesejukan di dalam kepanasan ini dan semoga ibadah puasa kita diberkati dan diterima olehNya.

kepada semua umat Islam, jangan ponteng puasa walau apa2 situasi korang (kecualilah keadaan memang benar2 tidak mengizinkan).


Wednesday, July 25, 2012

Ulasan Perlawanan Malaysia vs Arsenal 2012

Begitu mengujakan...itu yang dapat aku katakan kat sini. Perlawanan semalam merupakan. satu perlawanan yang cukup seimbang bagi kedua-dua pasukan walaupun ke
sudahannya Malaysia tewas 1-2.

Pada separuh masa pertama Malaysia menurunkan pemain2 utama seperti Safiq Rahim, Kunalan, Bunyamin Omar, Safee Sali, NorShahrul Idlan, Azzamudin, Shakir Shaari, Aidil, Subramaniam  dan lain-lain. Jelas penguasaan bahagian tengah pasukan Harimau Malaya diketuai oleh Safiq begitu berkesan hinggakan pemain Arsenal berkejaran untuk mencari walaupun sekali sekala bek kita tenggelam dengan kelicikan pemain Arsenal yang rata2 adalah pemain muda dan baru. 

Malaysia nampak matang dengan corak hantaran pendek yang berkesan seperti Barcelona (walaupun mmg jauh kalo nak disamakan pun) tetapi sesekali melakukan through pass yang jelas memerangkap benteng lawan yang mempunyai pemain2 yang tegap dan tinggi. Beberapa kali Safee berjaya meloloskan diri dengan lorongan baik daripada Safiq yang dilihat boleh menghasilkan gol. Namun kecekapan penjaga gol Arsenal, Vito Mannone menggagalkan usaha Malaysia. Namun akhirnya, Azmi Muslim meletakkan Malaysia di hadapan dengan ledakan cantik kaki kiri daripada jarak lbh kurang 30 meter. Dilihat pemain bek Arsenal melakukan rantaian terhadap NorShahrul dan Safee yang membolehkan Azmi bergerak bebas dan berjaya melakukan sepakan itu.

Tiada Rosicky, Van Persie, Konchesny dan beberapa tonggak lagi di dalam team Arsenal kali ini. Bahagian tengah mereka hanya dikemudi oleh pemain baru seperti Andre Santos, Thomas Eisfeld, Chuks Aneke dan lain-lain. Namun begitu mereka mempunyai Mikel Arteta, Abou Diaby, Alex Song, Gervinho, Theo Walcott, Oxlade Chamberlain, Marouan Chamakh yang agak berpengalaman. Namun mereka gagal untuk menembusi benteng akhir Malaysia yang dikawal oleh Farizal Marlias yang menggantikan Khairul Fahmi yang masih belum cergas sepenuhnya.

Pertukaran pemain yang drastik dipihak Malaysia jelas mengubah haluan permainan terutama di bahagian pertahanan yang mana dengan ketiadaan Aidil, Subramaniam di bahagian tengah serta Bunyamin dan Azmi Muslim menjejaskan rentak Malaysia yang agak sedikit kucar kacir diakhir babak kedua. Ini menyaksikan Arsenal berjaya mengasak kubu Malaysia menerusi Theo Walcott dan juga Ryo dibahagian kiri dan kanan dan mendapatkan 2 gol dalam 5 minit terakhir perlawanan yang dijaringkan oleh Aneke dan Eisfeld.

Namun, pendedahan semua pemain termasuk Rozaimi Abdul Rahman yang dimasukkan sebagai bek kiri Malaysia jelas menjadi satu pengajaran dan pendedahan berguna kepada mereka semua untuk menghadapi perlawanan seterusnya iaitu menentang Manchester City pada 30hb Julai ini.

Diharapkan pemain2 Harimau Malaya boleh bermain seperti ini lagi atau lebih baik lagi yang mana perlawanan berikut ini bukanlah satu perlawanan yang biasa tetapi menentang pasukan yang menjuarai BPL 2012. Kita tunggu sahaja kesudahannya dan semoga pemain2 bermain secara konsisten seperti ini.



Tuesday, July 24, 2012

Terkini Malaysia vs Arsenal ; 2012 Arsenal Tour

Jaringan Azmi Muslim pada minit ke 47 separuh masa pertama meletakkan Malaysia dihadapan.

Jaringan ini jelas mengejutkan pemain2 Arsenal yang rata2 over confident namun pemain2 Malaysia jelas bermain sebagai satu pasukan...mcm Barcelona main seh. Possession 50:50 yang mana ini jarang berlaku dan ini menunjukkan kematangan pemain2 Malaysia menghadapi pasukan yang nyata lebih kuat.

Harimau Malaya 1 Arsenal 0.....Aummmmm!!!!!!

So nantikan update seterusnya. final result malaysia vs arsenal 1-2

Monday, July 23, 2012

Malaysia vs Arsenal



Malam ni Harimau Malaya akan bertemu sekali lagi pasukan Arsenal selepas bertemu tahun lalu. Ketika itu Malaysia tewas 4-0 dan mereka berharap akan dapat menewaskan Malaysia dengan jumlah jaringan yang sama atau lebih. Chit...ingat ni team anak kucing ke...ini Harimau Malaya la. Kuku dah pun diasah cumanya mungkin tumpul sedikit dengan ketiadaan Safiq Rahim, Khairul Fahmi dan Ahmad Shakir yang dikatakan masih lagi belum pulih dari kecederaan. Apa-apapun diharapkan mereka dapat cergas sebelum perlawanan malam ni.

Bagi aku, Safiq Rahim adalah senjata paling utama kerana beliau mempunyai keupayaan untuk menjaringkan gol dalam situasi bola mati. Aku percaya mereka akan merantai Safee Sali yang ketika ini masih bergelut untuk mencapai prestasi terbaik beliau dan seorang lagi penyerang kemungkinan besar NorShahrul Idlan yang aku rasa juga akan digari oleh Arsenal. Shahrul adalah pengumpan dan kaki dribble yang baik, tanpa beliau susah untuk memasuki benteng Arsenal. Aku harapkan agar penyerang muda Rozaimi berada dalam skuad malam ini kerana sememangnya Malaysia ketandusan striker yang baik ketika ini.


Difahamkan perlawanan akan bermula pada pukul 945 mlm dan dipercayai ada siaran langsung di channel Supersport 813 bermula jam 930 mlm ni bagi yang tak berkesempatan untuk ke Stadium. Bola-bola juga, solat jgn dilupa. Hahaha...begitulah prihatinnya FAM kepada peminat2 bolasepak semuanya.

Memandangkan aku bukanlah fan Arsenal, so aku harapkan agar Malaysia menang malam ni.

Aummmm....Harimau Malaya!

Mimpi Boleh Menjadi Petunjuk Gangguan Jin


Assalamualaikum...



Semalam semasa merehatkan badan selepas solat Isyak, aku dapat ilmu daripada youtube berkenaan mimpi boleh jadi petanda gangguan jin. Saja aku nak kongsikan kat sini untuk jadi pengetahuan kepada rakan2 semua.

Antara mimpi yang boleh menjadi petanda gangguan. Yang pertama, jatuh daripada tempat  tinggi. Samada kita selamat atau tidak semasa jatuh tu. Kadang2 tu selepas jatuh, kita boleh terbang pulak. Dah jadi macam superman atau kita ada kuasa untuk terbang. Yang ni aku tambah je. Yang penting kita mimpi jatuh tersebut.

Yang Kedua, mimpi dikejar binatang berbisa seperti ular, kala jengking  atau lipan atau binatang ganas yang menyebabkan kita ketakutan yang teramat sangat. Disebabkan oleh mimpi tersebut kita terbangun dengan tercungap-cungap dan terasa kepenatan yang teramat sangat.

Yang Ketiga, mimpi rumah dimasuki binatang2 berbisa seperti di atas dan lebih buruk sekiranya kita mimpi dipatuk atau dibelit ular atau disengat binatang berbisa tersebut.

Yang keempat, mimpi menyusukan bayi atau menggendong budak kecil. Yang ini kebiasaan dikaitkan dengan saka yang mengikuti kita

 Sekiranya, rakan2 ada mengalami mimpi2 seperti yang diatas dan terasa badan atau diri korunk semua lain seperti lemah, sentiasa pening2, sakit dibahagian bahu atau belakang, bangun tidur ada lebam2 di bahagian badan, nak bangun tidur susah sangat, cepat-cepatlah mencari orang ilmuan atau yang bijak pandai untuk mengubati korunk. Kemungkinan anda terkena gangguan jin atau iblis ini.  

Ayat-ayat....

Ayat yang paling senang untuk diamalkan untuk mengelakkan gangguan jin ialah ayat akhir Surah Al Baqarah iaitu Ayat Kursi. Amalkan setiap kali habis solat dan sekiranya terasa yang sgt tidak menyenangkan di rumah bolehlah azan ditengah-tengah rumah, kalo ada tiang seri, azan di tiang tersebut sekuat-kuatnya. InsyaAllah jin akan lari dan benci utk dtg ke rumah anda. Sebelum tidur, bacalah basmalah 21 kali, 3 Qul dan juga ayat kursi, insyaAllah anda akan tidur nyenyak tanpa gangguan.

Renung-renungkan dan selamat beramal! 


MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE