Nuffnangs

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Pondok An Nur

Assalam semua

tadi aku terbaca satu blog berkenaan dengan masalah kewangan yang dihadapi oleh Sekolah  Pondok An Nur di Kuantan, Pahang hinggakan sekarang ni murid2 dan guru2 terpaksa mengikat perut dan hanya menjamah nasi goreng shj setiap hari kerana kekurangan dana kewangan untuk menampung perbelanjaan harian di sekolah itu.

Oleh aku menyerulah kepada para pembaca yang dermawan agar dpt menyumbang sedikit sebanyak untuk mengurangkan beban yang dihadapi oleh mereka. Tak dapat sumbang kewangan, bahan mentah pun digalakkan. Tak dapat juga, doakan lah agar dipermudahkan segala urusan di sana.

Korang boleh klik di sini - Pondok An Nur untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Jangan lupa, setiap apa yang kita berikan demi keredhaan Allah dan dengan nama Allah sw pasti akan diberi ganjaran yang setimpal. So jgn segan2 untuk ke laman ini - Pondok An Nur.

Semoga korang semua diberi ganjaran syurga Firdausi.

Wassalam

Wednesday, September 26, 2012

Bangsa Banjar Part 5

Kali ni aku  ceritakan tentang satu jenis makanan bagi bangsa yang sgt popular dan amat terkenal dari dulu hingga kini.
 
Sekali makan pasti teringat selamanya. Bak kata orang banjar "balalat montong". hahaha...geli ketiak aku bila teringat pepatah org banjar tu. Mau taknya berlalat montong (mulut) bila makan makanan nih. Bukannya maksud bila makan lalat akan menghurung tapi maksudnya kelazatannya lekat kat tangan kat mulut hingga x bole lupa sampai bila2.
 
Nama makanan ni wadik iaitu sejenis ikam pekasam atau ikan yang telah diperap atau disimpan lama. Ikan (iwak) yang selalu  digunakan untuk dijadikan wadik ni ialah jenis ikan sungai atau ikan air tawar seperti ikan putih, terbol, sebarau, sepat, puyu, keli, belut dan sewaktu dengannya.
 
ikan yg sudah diperap dengan garam
dan beras goreng
 

 
Cara untuk membuatnya amat mudah, samada rajin ke tidak je. Pastikan ikan sudah dibersihkan dan disiang. tak payah bubuh apa-apa cuma garam jer. Lepas tu goreng beras hingga garing dan lepas tu ditumbuk hingga separuh hancur. Ambil beras tadi dan gaulkan bersama ikan. Masukkan sedikit beras ke dalam perut ikan. Susun di dalam balang atau botol yang boleh ditutup rapat. Kebiasaannya perapan ini akan dibiarkan sehingga sebulan atau lebih sebelum digoreng. Makan dengan nasi panas...pergh memang terangkat le. Kadak mencangol kaluar. Beras yang  dimasukkan kedalam perut ikan tu seakan2 telur ikan dan memang sedap digaul dengan nasi panas.
 
Aku teringat kisah sahabat aku masa sekolah dulu. Dia ni orang minang, mmg x pernah rasa wadik dan sejenis ganganan lain iaitu mandai tiwadak yg agak masam tu. Sekali tu lepas menoreh, kami dihidangkan oleh ibu aku makanan ni. Dia ni jenis yg suka dan berani mencuba. Bila dia rasa jer makanan ni, kembang hidung dia. Kih3x...mula2 mmg le kembang tapi lepas tu aku tgk, 3 kali tambah nasi gak lah. Hingga skrg bila jumpa je, dia mesti kata yang dia rindu nak makan wadik dan mandai lagi.
 

mandai tiwadak yg telah digoreng
 
 
Bagi yang belum mencuba, bolehlah beli wadik ni pasar2 malam atau pasar tani. Kalo ada lah org banjar yg jual. kdg2 tu aku peratikan je, ada yg buat dengan nasi tp yg ini confirm bukan org banjar sbb org banjar hanya gunakan beras yg digoreng je. Nasi ni biasanya org melayu Perak yang buat sbb org rumah kata mmg org kg dia buat mcm tu.
 
Ok lah nex time aku ceritakan pasal makanan lain org banjar, atau mungkin kuih2 org banjar yg susah kita nak jumpa dimerata-rata tempat.
 
Wassalam. 

Monday, August 13, 2012

VOLVO XC60

Korang pernah tengok citer Korea Love You Thousand Times..wifey lah yang ajar tengok citer tu. tapi selalu miss mlm Isnin, Selasa dan Rabu sbb hntr anak pg tuisyen. Channel 393 Astro selalu ada ulangan hari Ahad secara marathon utk siri Hari Isnin hingga Khamis. So mmg jarang2 miss lah.

Sbb apa tajuk aku kete Volvo. Dalam citer ni kete pelakon2 mereka semua volvo. kalo x salah akulah. Aku rasa ni semua kete sponsorship. Yg paling aku minat nilah jenis SUV yang Kang Ho guna. Mmg smart lah. SUV Volvo ni ada beberapa siri. XC60, 70 dan 90. Tapi paling aku minat adalah XC60 ni. X besar sangat dan cantik serta nampak gagah.


 Gold colour-sama spt yg diguna oleh Kang Ho

Warna merah pun ok gak. Cer tgk kat bawah ni.

Nampak garang kan...

tapi paling aku suka sbb interior dia memang cun bro...bila aku tengok Kang Ho drive, mmg rasa membuak-buak nak beli jer. Tp apakan daya kewangan x mengizinkan.

 seat kulit yang cantik dan mengujakan


 
 Ruang yang kemas dan nampak elegan


Nampaknya aku kena berusaha lebih keras ni, memang teringin nak pakai keta ni. Manalah tau kan. Rezeki tu Allah yang tentukan.  Specs aku  tak turunkan kat sini. Sorry  yer.

Anyway apa kereta idaman korang eh...nak tau gak.


Sunday, August 12, 2012

PERIA KATAK ATAU BITTER GOURD

Peria katak atau dalm bahasa inggeris Bitter gourd atau dalam istilah sains Momordica charantia.

Peria Katak

Korang pernah makan tak peria ni. Biasa dijual secara goreng nipis dan garing di kedai-kedai makan mamak atau india muslim atau restoran daun pisang. Memang sedap. Aku pun tatau macamana mereka masak dan goreng. Memang pandai mereka goreng kerana kerangupan kekal. Aku ada cuba gak goreng peria ni, tapi sekejap je dah lemau. mesti ada bahan rahsia yang mereka guna. Try juga risik2 tapi tak berjaya dapat resepi.

Khasiat perubatannya dikenali sebagai penawar penyakit kencing manis atau bahan pengawal kadar gula dalam badan. Tulah orang tua-tua kata, benda yang pahit biasanya adalah ubat. Tapi bukan nak kata apa, memang pahit sesangat. Ntah mcm mana aku mmg suka makan peria ni. Tak kiralah peria biasa atau peria katak.

Siapa yang belum dan takut nak makan peria ni, cubalah cari dan makan kat kedai mamak. Pasti anda semua teringat-ingat dan pasti nak cuba lagi.

Thursday, July 26, 2012

Ramalan kaji Cuaca

Subhanallah...

cuaca hari ni kat Kluang sungguh panas sehingga mencecah 38' celcius. Hari ni plak aku terpaksa out station ke JB. Pergh memang bebtul2 menduga keimanan dan kesabaran aku di bulan Ramadhan ni.

hari ni dah masuk hari ke 6 umat Islam berpuasa dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Harap kesihatan kami sekeluarga akan baik sepanjang bulan Ramadhan ni.

Bercakap pasal cuaca ni, aku difahamkan mengikut kajian Pusat kaji Cuaca Malaysia adalh seperti berikut :-


Kluang
Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Kluang
Khamis, 26/07/2012

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Jumaat, 27/07/2012

Hujan sementara di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Hujan sementara di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Sabtu, 28/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Ahad, 29/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Isnin, 30/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Selasa, 31/07/2012

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 25 °C
 Maksimum : 33 °C
Rabu, 01/08/2012

Cuaca Baik
Sepanjang Hari
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Tiada Hujan
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 32 °C


tapi nampaknya ramalan kali ni jauh meleset. Langsung x de hujan mahupun awan mendung kat sini.

Tapi diharapkan semoga Allah sw memberikan kesejukan di dalam kepanasan ini dan semoga ibadah puasa kita diberkati dan diterima olehNya.

kepada semua umat Islam, jangan ponteng puasa walau apa2 situasi korang (kecualilah keadaan memang benar2 tidak mengizinkan).


Monday, July 23, 2012

Mimpi Boleh Menjadi Petunjuk Gangguan Jin


Assalamualaikum...



Semalam semasa merehatkan badan selepas solat Isyak, aku dapat ilmu daripada youtube berkenaan mimpi boleh jadi petanda gangguan jin. Saja aku nak kongsikan kat sini untuk jadi pengetahuan kepada rakan2 semua.

Antara mimpi yang boleh menjadi petanda gangguan. Yang pertama, jatuh daripada tempat  tinggi. Samada kita selamat atau tidak semasa jatuh tu. Kadang2 tu selepas jatuh, kita boleh terbang pulak. Dah jadi macam superman atau kita ada kuasa untuk terbang. Yang ni aku tambah je. Yang penting kita mimpi jatuh tersebut.

Yang Kedua, mimpi dikejar binatang berbisa seperti ular, kala jengking  atau lipan atau binatang ganas yang menyebabkan kita ketakutan yang teramat sangat. Disebabkan oleh mimpi tersebut kita terbangun dengan tercungap-cungap dan terasa kepenatan yang teramat sangat.

Yang Ketiga, mimpi rumah dimasuki binatang2 berbisa seperti di atas dan lebih buruk sekiranya kita mimpi dipatuk atau dibelit ular atau disengat binatang berbisa tersebut.

Yang keempat, mimpi menyusukan bayi atau menggendong budak kecil. Yang ini kebiasaan dikaitkan dengan saka yang mengikuti kita

 Sekiranya, rakan2 ada mengalami mimpi2 seperti yang diatas dan terasa badan atau diri korunk semua lain seperti lemah, sentiasa pening2, sakit dibahagian bahu atau belakang, bangun tidur ada lebam2 di bahagian badan, nak bangun tidur susah sangat, cepat-cepatlah mencari orang ilmuan atau yang bijak pandai untuk mengubati korunk. Kemungkinan anda terkena gangguan jin atau iblis ini.  

Ayat-ayat....

Ayat yang paling senang untuk diamalkan untuk mengelakkan gangguan jin ialah ayat akhir Surah Al Baqarah iaitu Ayat Kursi. Amalkan setiap kali habis solat dan sekiranya terasa yang sgt tidak menyenangkan di rumah bolehlah azan ditengah-tengah rumah, kalo ada tiang seri, azan di tiang tersebut sekuat-kuatnya. InsyaAllah jin akan lari dan benci utk dtg ke rumah anda. Sebelum tidur, bacalah basmalah 21 kali, 3 Qul dan juga ayat kursi, insyaAllah anda akan tidur nyenyak tanpa gangguan.

Renung-renungkan dan selamat beramal! 


MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE