Nuffnangs

Showing posts with label Borak Kosong. Show all posts
Showing posts with label Borak Kosong. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

16 September 2012

Assalamualaikum
 
menjadi sejarah hari ni sbb hari ni adalah hari Malaysia dan juga hari terakhir di bulan Syawal.
 
Nampaknya banyak pihak yang mengambil kesempatan hari ni dengan mengadakan rumah terbuka (open house) dengan tema Aidilfitri Hari Malaysia. Gempak juga kan. Memang boleh jadi memori yang indah tahun ni. Rasanya hari ni di Kluang ada beberapa open house yang besar kalo tak salah. Pegawai daerah dan juga TPM rasanya ada buat open house hari ni. Kat dataran Tasik Kluang pun ada makan-makan hari ni.  So sesiapa yang ada kesempatan pergilah kerana anda semua dijemput hadir.
 
Aku hari ni nak berehat je kat rumah. Malas nak gerak ke mana-mana. Tengok tv makan dan tidur lagi best.
 
Korang tau ke pengertian Hari Malaysia ni. Kalo x tau tu google lah ye. Aku nak terangkan kat sini pun rasanya macam x sesuai. Lagi baik korang cari sendiri k.
 
So aku chow dulu...selamat Hari Malaysia dan hari terakhir Syawal semoga korang bergembira dan dapat rehat yang sempurna hari ni. Hari ni aku dapat senyum sampai petang sbb Manchester United menang bergaya malam tadi. Wigan jadi mangsa malam tadi dibelasah 4-0. Walaupun RVP tak main sepenuh masa dan Man U mempertaruhkan skuad yg berbeza, jelas Wigan bukanlah lawan yang seimbang. Anyway hard luck kepada fan Wigan, ada ke kat Mesia ni. Kalo adalah..hehehe
 
Senyum...tak perlu kata apa2.
 
Wassalam..

Sunday, August 12, 2012

CPUV dan CPC

Alhamdulillah bila check blog hari ni ada 2 campaigns masuk.  CPUV punya dah masuk 9hb Ogos lepas dan on going. Harap2 banyak le kan kali ni.

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns

These are earnings from banner ad campaigns according to the number of unique visits the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.
CampaignBlogStart DateStatusCTRCTR BonusAmount
RHB Easy Smart Cardtalam keladi09 Aug 2012On Going0.00%0.05
Taylors University Open D...talam keladi02 Jun 2011Credited0.00%0.58
Maxis Nokia E7 LBtalam keladi14 Mar 2011Credited0.00%0.51
Nestle Milo Fuze 2011 LBtalam keladi07 Feb 2011Credited1.32%+0.110.43
LG Optimus One LBtalam keladi07 Feb 2011Credited0.00%0.34
Lens-page LBtalam keladi15 Jan 2011Credited0.00%0.26
Celcom XPAX Reload and Wi...talam keladi04 Sep 2010Credited0.00%0.53
Malaysian Airports LBtalam keladi08 Aug 2010Credited1.83%+0.381.50
DiGi Broadband Sustenance...talam keladi12 Jul 2010Credited0.85%+1.455.78
Anyway, blog ni mesti kena hari2 update baru bole pergi. Masalah kat aku ni, bila weekend jer malas nak buka laptop. Tu yang asyik miss n3 2 kali seminggu.

Apa2 pun aku nak terima kasih pada nuffnang walaupun takat ni belum boleh cash out lagi.

Alhamdulillah...rezeki bulan Ramadhan.

Tuesday, May 15, 2012

Geli Ketiak Aku

Hahahaha....memang geli ketiak kau skrg nih. Bukan sebab gatal atau ada kurap ker, tp x dapat tahan bila dengar citer lawak sorang mamat ni pg tadi.

Ada ke patut dia kata muka aku mcm Brad Pitt...kalo macam Tom Cruise tu ada logik juga. hahahaha....aku bukannya apa, kira banggalah bila orang kata muka aku mcm bintang filem kesayangan korang tu walaupun dah agak berkedut muka tp still macho and hensem kan...kan...kan

Actually bukan itu yang aku nak citer kat sini tp ada satu citer yang ntah betul ntah tidak sbb yg citer ni wife aku, so aku kena gak le percaya.Yang ni bukan citer lawak tp citer komedi seram ala2 nongkrong gitu. Lokasi di JB di satu taman yg paling elit kat sana. Ada satu rumah bungalow yg agak lama gak, kira pioneer kat situ. Mcm2 benda aneh berlaku kat situ, contohnya pemilik dia pernah nmpk lembaga berkepak yang besar di anjung rumahnya, lepas tu ada mata air yang sentiasa mengalir di laman rumah dia. Tiap2 senja burung2 akan berlegar dan turun di situ sambil menari-nari. Pergh dasat x citer nih. Tp yg bestnya pemilik  rumah ni langsung x takut walaupun pernah nmpk. Dia kata apa nak ditakutkan, kita ni kan khalifah Allah da n semua makhluk tu adalah ciptaaan Allah juga. Baca jer ayat2 suci, hilang lah dia. Mmg giler berani punya budak org ni. Hahaha...

Anyway, mmg betul pun apa yg dia cakap tu..korang fikirlah sendiri. Semuanya tu adalah datangnya daripada Allah jua. Tiada apa yang berlaku tanpa keizinan Dia. Aku actually tgh bosan, sbb merepek meraban ptg2 nih. Semoga kalin semua ceria ptg2 nih k...chow wassalam!

Thursday, December 29, 2011

2011

Assalamualaikum semua...


Lama betul aku x update blog aku neh...rindu plak rasanya. Ntah tetiba jer aku rasa perlu utk update. 

Tahun 2011 x lama lg akan meninggalkan kita, tahun Islam dah masuk tahun yg baru. Banyak perkara yang berlaku dlm hidup aku tahun nie...ada yg pahit, masin, masam, manis...cacamerba...tapi alhamdulillah semuanya kini berjalan lancar dan syukur ke hadrat ilahi  yang aku masih mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan yang paling penting dalam hidup aku, anak-anak dan isteri bahagia walaupun kekadang tu aku terpaksa berkorban demi kebahagiaan hidup mereka.

Aku bersyukur sbb diberikan seorang isteri yang sentiasa memahami walaupun kdg2 tu ada gak berselisih faham, bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan. Terima kasih sayang atas kasih sayang yang telah dicurahkan ke atas aku dan anak-anak. Tanpamu, mmg hilanglah sebahagian daripada hidup ini. Ia umpama kehilangan sebelah tulang rusuk yg melindungi paru2 utk bernafas. Apa yang aku harapkan adalah perasaan cinta dan kasihnya terhadap aku tidak akan berkurangan walaupun dalam susah mahupun senang. Mebbe ada yang cemburu dengan kehidupan kita, dengki dgn kasih sayang yang ada, iri hati dgn kesejahteraan hidup kita, namun kita masih ada Allah sw yang menjaga dan melindungi kita. Yang paling penting, jgn sesekali kita lupakan Dia. Setinggi mana perasaan cinta kita pada seseorang manusia itu, jgnlah sampai ia melampaui  cinta kita kpd Allah sw. Berdoa kpd Dia agar hidup kita ini sentiasa dirahmati dan dicurahkan dgn rezeki dan kasih sayang abadi. Aku sentiasa berdoa agar isteriku ini ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan diberikan syurga firdausi.
2011 juga telah menjodohkan aku dengan sebuah tmpt kerja baru dengan suasana kerja yang baru. Terima kasih Firma Syarikat Rodziah yg telah menerima aku seadanya walaupun hakikatnya aku terpaksa belajar sesuatu yang jarang2 aku lakukan selama ini iaitu kerja2 conveyancing. Selama ini hidup aku penuh dgn litigation, x kira civil atau criminal. Alhamdullillah, Allah itu maha adil, sehingga ke tarikh hari ini, aku berjaya utk menjalani dan menguruskan kes  conveyancing tanpa byk masalah. Byk juga yg dpt aku belajar dr sini. 

2011 juga telah byk mematangkan aku. Apa yg selama ini kita rasakan spt baik dan berjalan lancar x semestinya secara subjektifnya juga baik. Disebalik itu ttp ada ranjau dan liku yg perlu  dilepasi. Semua ini byk mengajar aku dan tlh mematangkan aku ttg erti sebenar kehidupan ini. Perjalanan seharian hidup ini tidak boleh dipisahkan langsung dgn penciptaNya. Sekali kita lupa kepadaNya, pasti ada ujian yg akan diberikan utk mengembalikan kita ke jalan yg sebenarnya. Allah sw itu Maha adil dan bijaksana, ujian yg Allah berikan itu adalah sebagai ganjaran kepada kita sebenarnya. Allah  tidak akan memberikan satu ujian yg kita sendiri x boleh menanggungnya. Cuma iman yg menjadi penentu.  Pertingkatkan lah iman dgn melakukan perkara2 wajib dan membanyakkan yang sunat. Alhamdulillah, solat sunat spt dhuha aku rasakan byk mengubah perjalanan hidup aku. Alhamdulillah, keikhlasan dan jujurnya kita kepadaNya akan dibalas dgn rezeki yg murah dan dipermudahkan segala perancangan dan perjalanan urusan harian kita.

Akhirnya, selamat tinggal 2011 dan 2012 menyusul  dgn iltizam dan semangat yg baru. Semoga hidup kita sentiasa di dalam rahmatNya dan diberikan kesihatan yg baik dan dicurahkan dgn rezeki yang murah serta diberikan umur yg panjang utk kita menambahkan dan meningkatkan lg ibadah kita terhadapNya. 

Thursday, March 3, 2011

Blog Dah Macam Hantu Kak Limah ghopernya...cer citer cer citer

Assalamualaikum,

cer citer...cer citer..begini ceritanya....sebenarnya dah lama benor rasenye x update blog aku ni...bak kata org mmg berhabuk dah blog ni...lalang pun dah tumbuh...

Bukannye ape...dalam 2-3 minggu, malas bebenor rasenye teman ni....keje mmgle banyak...sibuk gak le...lagipun teman tgh nyiapkan novel terbaru teman (baru je nak siapkan satu)...tajuk belum ada lagi...penin rasenye nak wat ending dia.

Apa-apapun insyaAllah, dengan kekuatan sedia ada, akan siaple novel teman...kalo tak dan, tumpo teman gamaknye....

Korang tunggu jelah kemunculan hantu kak limah....eh bukan novel teman tu...jumpa lagi....

Friday, December 31, 2010

1.11.11....Any meaning to you?

1.11.2011


Sometimes I feel, there will be a new change when a new year come and I'm really hoping that it will change some of my lifestyles.
Sadness, unhappiness, unprosperous business, really make my life different...with a bucket of credit cards debt lying on the grounds. Now I feel that it has to be changed drastically without any compromisation...now, this  minute, this second!

Holding my hands tight, actually the vision already been set up earlier when every Muslim celebrated our new year in early Dec 2010, and from there I'm not looking back and aiming that in the year 2014, I can clear up all the debts and live in debt free situation...pray to God to grant my wishes...amin!

To all frens, I wish each and every of you a Happy New Year and pray that our lives is blessed with happiness, long lives, prosperity and good health through out the year... 

To Malaysian football team 2010, you're  at true Malaysian Heroes that brings back the memories of Malaysian superb year,s a decade or two ago...wish that the team will be more success and hoping that they will shine further in the Asian and world stage...go, go Malayan Tigers...

Thursday, September 30, 2010

“DiGi iPhone 4 Real”.



Hi there,

A few days ago, Digi have launched a plans for the most wanted and waited item in the Universe...Digi iPhone 4 Plans! Believe it or not...believe it! Walawey...I'm excited already....for those who are still blur with the plans see this (link)

Only RM58/month...What more do you want? With free usage of internet...it's broadband babe! The best deal on the Turbo 3G network....wow...amazing, mesmerizing, tantalizing. Still remember what Jim Carey says in Mask...It's smokin!.......ROTFL!! !!!!!

What I like the most of Digi iPhone 4 Plans is, it is much, much more accommodating foreach and every Malaysian, casts away all the different as everybody can have their own iPhone 4 with such a practical plans...more economical to own an iPhone!

Anyway, thanks Digi!

Wednesday, September 29, 2010

“DiGi iPhone 4 Play”.

Hi there,

My favourite App from the iTunes App Store is Apps for Fun and Games.

Everything is there starts from any sports, adventures, action, racing, fighting.....and so on and so forth! Wow...thousand and thousand of games accommodated by this iTunes apps....what I like the most now is bowling games!




Maybe many of you will question me how do I have the chance to play it as if I own the iPhone? Good question...the answer is I borrowed my brother's one....wakakakakakaka! It's not funny actually because though I still can the play the iPhone's games, it couldn't satisfy me much...I couldn't play it more than an hour!


If I have my own iPhone, I can play as long as I want...nobody can scold me! yeah nobody hahahahaha.....What more can I say, iPhone compromise me everything.....

Oh God! Please grant my prayers....

Friday, September 24, 2010

Digi iphone 4 me



Salam,

Why did I want iphone 4? It's really hard to define here as the gadget has all that I dream of...since the existence of the first edition iphone in town until now, with new design and look...really can't put my eyes off of it though!

My friends keep asking me, when do you wanna let go your old hand phone and grab the iphone? I said I can't wait to grab one but it will happen only when I have enough money to do that! Huh...what a coincidence...Digi had offered a  free iphone and it is a latest product from Apple! Thanks a lot Digi for your kind hearted gesture to fulfill the dream of people like me...say it loud!

I don't wanna talk about the pros and cons of the phone compared to other phones as I'm not the expert on it but I would say here, having iphone especially the latest one is like you own and drive the best car in town! Really, it's not a lie and not exaggerated either. 

As Digi also had offered an extraordinary plan in which really people's friendly, I think it's time to have one!

 

Thursday, September 16, 2010

Aidilfitri dan Kes Bunuh Sosilawati...

Salam semua,

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 8 di bulan Syawal...hari ni aku dah masuk kerja. First day, mood  belum mari le. Tapi, kerja harus diselesaikan. Amanah pada kita tu. Masih memikirkan tentang saranan Nabi saw tentang ziarah menziarahi ni. Masa nilah aje masa yang sgt sesuai utk kita berkunjung ke rumah sedara mara, sahabat handai, rakan taulan dan jiran tetangga yang selama cukup susah kita nak berjumpa atau mencari masa untuk bertemu dan beramah mesra. Masa nilah kita boleh bawa seluruh keluarga utk menziarah, tak de sape yang nak halang, nak tegur sbb inilah yang dinamakan hari raya. Semua orang akan rasa gembira dengan kunjungan kita, yang selama ni pintu rumahnya sentiasa tertutup. Pergi pagi baliknya senja....akibat bekerja. X de masa langsung untuk bertemu. Alhamdulillah, kehadiran Aidilfitri mengubah segalanya.

Namun begitu kesihatan tubuh badan perlulah dijaga...jangan melantak tak ingat dunia...lain pulak jadinya nanti. Makan secara bersederhana, hidangan yang disediakan haruslah dijamah. Kalo x makan karang, kecik hati kawan tu. Dah sediakan susah-susah tp orang x nak makan. Adalah lebih baik selepas ni, kita berpuasa 6 pula...pahala puasa sepanjang tahun tu. InsyaAllah, aku nak start minggu depan.

Tuesday, September 7, 2010

Eid Mubarak....

Salam rakan bloggers semua,


Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

(sumber - Dunia Penyair)


Dikesempatan TalamKeladi.com nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin sekiranya selama Talam berblogging ni ada salah dan silap, samada sengaja atau x sengaja, kalo ada termakan terminum tu minta halal lah ye...Talam pun dah maafkan semua kesalahan dan kesilapan rakan2 yang lain. Semoga hari raya ni disambut dengan penuh kegembiraan dengan semangat ukhwah Islamiah yang abadi!
Dikala kita bergembira jangan dilupa kepada yang telah meninggalkan kita, kepada yang serba kekurangan, kepada semua yang berduka kerana kehilangan yang dikasihi atau sebagainya, kepada anak2 yatim, fakir miskin. Mereka pun berhak utk menyambut hari raya ni bersama-sama dengan kita semua.

Mungkin Talam akan berhenti berblogging buat sementara waktu utk menyambut hari raya ni, tp kalo ada kesempatan Talam akan poskan entri utk tatapan korang semua.

Ahlan wassahlan wa marhaban bikum....Eid Mubarak.....

Monday, September 6, 2010

Misteri Kehilangan Sosilawati...Kebetulan Atau Disengajakan?


Salam,

Semalam kita dikejutkan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan Nouvelle Beauty Care, Datuk Sosilawati bersama dengan 3 yang lain (dikatakan mereka berempat bersama-sama sebelum dilaporlan hilang tanpa dapat dikesan).

Di kala umat Islam akan menyambut kehadiran Syawal 2 atau 3 hari lagi, kehilangan Sosilawati mmg amat mengejutkan. Yang memburukkan keadaan, ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa ketika tarikh kehilangan beliau itu, beliau dikatakan membawa bersama wang berjumlah RM4 juta. Anak sulung beliau mengatakan bahawa pada hari tersebut, ibunya ada memberitahu bahawa dia urusan perniagaan dan akan mengambil lebih 3 hari untuk urusan tersebut.



Hari ini dilaporkan bahawa kereta BMW X5 milik Sosilawati dijumpai diletakkan di Pangsapuri Angsana di USJ1, Subang Jaya dan didapati tiada unsur jenayah ke atas kenderaan tersebut  dan sebuah lagi  kenderaan yang dimiliki oleh peguam peribadi Sosilawati iaitu Ahmad Kamil Karim, di temui  di sebuah SS15, Subang Jaya berdekatan dengan sebuah hotel.

Sunday, September 5, 2010

Piranha?

Salam,

Baru jap  tadi aku tgk Astro Awani ada prebiu ttg filem Piranha....pergh mmg menakutkan....kalolah ada ikan macam tu kat sungai di Malaysia ni...aku gerenti x de kaki pancing yang sanggup memancing kat sungai lagi....tp yang peliknya dlm filem ni ikan piranha ni ada kat laut...ada2 jer Hollywood ni kan.....

Bagi aku, time bulan ramadhan ni lah banyak piranha jadian muncul.....pelik kan. Sebab apa aku cakap macam tu, korang tau kan Ikan piranha ni memang ada pantang...pantang nampak! asal ada binatang atau apa saja yang boleh dimakan jatuh ke dalam air, pasti tinggal tulang jer binatang tu...samalah dgn orang2 di bulan pose ni...masa waktu berbuka...apa saja yang ada depan mata kalo boleh nak dilantaknya taknak tinggal....walaupun perut dah penuh...disumbatnya jugak...last2 dari piranha jadik pulak ular sawa! Baru betul, telentang depan tv...dah x ble gerak. Bukan aku nak mengata, tapi ini adalah kenyataannya!

Aku cuma nak ingatkan kat diri aku sendiri dan juga sumer muslimin dan muslimat, hari ni dah 26 Ramadhan, kejarlah seberapa banyak pahala pada malam2 terakhir Ramadhan ni...tak taulah samada kita akan berjumpa lagi dengan bulan penuh rahmat ni di tahun hadapan....semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah sw.

Last sekali, dikesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat hari raya Eidulfitri kepada semua rakan bloggers dan pembaca sekelian, aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala kesilapan dan ketelanjuran yang telah aku lakukan....semoga Hari raya Eidulfitri menjadi kenangan terindah kepada kalian semua!

Ramadhan and Eid-ul-Fitr

Sunday, August 29, 2010

Allignment dan balancing....

Salam sejahtera semua,

Hari ni dah masuk hari yang ke 20 Ramadhan 1431 Hijrah yang bermakna hanya tinggal lagi 10 hari (insyaAllah) kita semua akan menyambut Eidulfitri yang mulia.



Jumaat lepas, aku pergilah buat allignment dan balancing tayar sambil servis kereta sekali kat satu kedai kat Kluang ni. Setelah checked, 3 tayar kereta aku dah rosak dan perlu ditukar. nasib baik pergi cek, kalo tak mau naya aku. Setelah tukar tayar2 tu, mereka dah buat balancing, cumanya bila nak buat allignment, mesin berkomputer utk allignment tidak boleh digunakan, jadi kenalah pakai manual. Nak kata puas hati, mmg tak puas hati sebb aku rasa ada sikit lari, dan terasa ada bergegar sedikit ketika memandu. Aku rasa satu tayar yang dia x buat balancing, tak balance. So, aku mesti kena hantar balik kat tempat diaorang tu. Tak sedaplah bila bawa x "smooth" semasa memandu.Ukuran secara manual ni kalo x betul2 expert mmg susah, tp kalo expert yang buat, ia akan lebih baik berbanding computerised alignment.




Korang dah wat ke, servis atau sebagainya kat keta korang...kalo belum buatlah sebelum terlambat, pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang cukup baik untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena hari raya ni. Bukannya apa, beringat sebelum terkena kan lebih baik. Kalo jadi apa2, kita juga yang susah nanti.Bak kata orang, wang boleh dicari, nyawa melayang mana nak ganti. Chewah....Talam chow dulu! Wassalam....


Thursday, August 26, 2010

The World Largest Ultraman Gathering In Japan?

Do you believe it? Ultramans gathered in Japan.......




ROFL!!!!

Monday, July 5, 2010

ANTARA KEMALANGAN ATAU DENGAN SENGAJA?

Salam,

Pagi aku cuma nak berkongsi dengan korang semua ttg adakah satu kejadian itu adalah kemalangan atau satu perkara yang disengajakan...

Kemalangan atau kecelakaan ni biasanya berlaku tanpa kita menduga dan ia boleh bila2 masa, dimana saja tak kira samada kita bersedia, berhati-hati atau berjaga-jaga. Kemalangan ni adalah satu perkara yang kita tidak mau ia berlaku dalam hidup tapi ia ttp berlaku walaumacamana kita cuba...dah nama pun kemalangan..sbb itu dalam sesuatu kes kemalangan siapa yang menjadi penyebab kemalangan adalah amat penting. Kemalangan ni tak kiralah kecil ke besar ke, ia ttp kemalangan dan biasanya mmg menyakitkan...sbg misalannya ketika kita keluar rumah, kita telah bersiap sedia dgn memakai kasut utk mengelakkan kita dari terpijak benda2 yang tajam di tanah tetapi ketika kita berjalan, kaki kita telah termasuk ke dalam lubang atau longkang dan menyebabkan kaki kita terseliuh atau luka (ni yang kecik), tapi kalo lagi parah misalnya patah...tentulah ia amat menyakitkan walaupun pada awalnya kita sudahpun mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati. Ini bukan perkara yang kita sengajakan. Takkan kita sengaja nak cari nahas pulak kan.
Manakala perkara yang disengajakan adalah apabila kita mmg berniat utk melakukannya atau kita telah menggunakan minda kita utk membuat satu perkara itu. Contohnya, kita berniat utk bermain bolasepak dan dalam perlawanan itu kita mmg nak cederakan pemain lawan. Itu bukan kemalangan tapi perkara yang disengajakan dan ia berlaku atas tindakan kita yang selari dengan niat kita. Maka perbuatan itu adalah disengajakan dengan niat kita.


Bagaimana pula jika kemalangan itu berlaku atas kecuaian kita? Contoh kita telah diberi amaran untuk memakai helmet semasa menunggang motorsikal tetapi kita enggan memakainya, dengan alasan "ala, aku nak pegi tempat tu dkt jer, buat apa nak pakai helmet," atau "cuaca panas ni, malas lah nak pakai helmet" atau "aku dah set rambut aku nih, kang hilang pulak jambul aku ni,", maka sekiranya berlaku kemalangan itu dan kita luka parah dibahagian kepala, maka ia bolehlah dikategorikan sebagai kemalangan yang sengaja dicari...mmg ia kemalangan tetapi perbuatan kita melanggar undang-undang jalanraya menyebabkan ia menjadi satu perkara yang disengajakan.

Jadi...renung2kanlah...mana yang baik jadikan tauladan...yang tak elok jadikan sempadan...

Tuesday, June 29, 2010

KASUT BOLA PERTAMAKU!

Kasut bola pertamaku? hehehe...masa tu umur aku 13 tahun...sepasang kasut but getah yang ada stud kat bawah dia...sebelum tu mmg x pernah pakai kasut bola sbb masa wakil sekolah pada tahun 1986...pertandingan MSSD dan MSSJ (Johor)...mmg x diwajibkan memakai but bola...mmg x pernah kenal but la mas tu...kesian kan!

But getah tu  ayah aku yg belikan sbb masa tu semua budak dah mula pakai but bola...so sbb x mampu beli yg mahal..but bola getah pun jadilah...mmg kalo ikutkan trend skrg nih...budak sekolah rendah pun dah pakai Nike, Adidas dan but berjenama lain...malu gak nak pakai but getah tu kan...apo nak buek...orang miskin!

Korang kenal tak but getah tu...ala yang warnanya hitam dan ada line kuning mcm adidas tu....hahaha Predator F50 tu....nntilah kalo ada foto aku uploadkan kat sini...

Itulah kasut bola pertama aku....

Sunday, June 27, 2010

Bola oh Bola....Antara Bola dan Tidur?

Salam...

jam menunjukkan pkl 4 pagi...aku masih belum tidur...Bola punya pasal...la ni Argentina vs Mexico. Tepat jam 4 ni...baru jer Mexico menjaringkan 1 gol utk merapatkan jurang kpd 3-1...banyak gol hari ini dan semalam England dibelasah 4-1 oleh Jerman...ini kenduri gol ke per?

Aku sebenarnya x tau nak pos apa la ni...sbb semalam aku x de pos apa2 jadi aku sajalah pos entri ni...kata org WC ni 4 tahun sekali jer...kenapa nak lepaskan peluang utk tonton semua perlawanan yang dibawakan secara langsung kan...itu kata org...tapi bagi aku...bukannya secara sengaja aku nak tgk tapi mungkin jiwa aku yang mmg minat dgn bola...asal sebut saja pasal bola, x kira bola padang ke atau futsal...semuanya aku minat...tu yang sampai soccer kids pun aku tgk...hehehe...kadang2 terfikir kenapa time aku dulu x de program mcm ni kan...kalo x mebbe aku dah masuk tv...merepek jer aku ni kan.

Antara bola dan tidur...bagi aku tidur tu amat penting...kalo x cukup tidur, ia akan mengganggu aktiviti seharian kita terutamanya kerja kita...kalo mata dah mengantuk mcm mana nak buat kerja kan...ntahlah kdg2 tu terfikir juga kenapa aku nak buangkan masa tidur semata-mata nak tgk bola..aku rasa semua ni adalah kerana jiwa....jiwa terhadap bola tu...kalo org tu x de jiwa terhadap bola pastinya dia kata kerja bodoh jer tgk bola...baik buat taik mata...buat peta kat bantal kan...hehehe lantaklah korang nak kata pe pun...janji aku puas hati dan x mengacau sesape...yg penting esok siang jgn nak mengadu mengantuk le...mata nak tertutup le...mata tak boleh nak buka le...jgn nak salahkan org lain...terima hakikat yang ni semua adalah berpunca dr kita sendiri...sendiri buat sendiri tanggung...kalo mengantuk tu, buat2 muka poyo mcm x de apa2 je...ada kesempatan take a nap for a while...jap jer...hilangkan mengantuk...

Lepas ni tidur jap...jangan lupa solat subuh...solat tu tiang agama...bola2 juga...tuntutan agama jgn ditinggalkan..ni yang ada, bola sanggup tgk, tiba masa utk solat subuh...mcm2 alasan diberikan. Astaghfirullah hal azim....

Ok lah jumpa lagi esok....wassalam!

Friday, June 25, 2010

Bersungguh ke Tidak...?

Salam Tengahari Sabtu.....

Kadang2 aku rasa apa yg aku buat mcm x bersungguh je...mcmana nak buat supaya diri kita ni lebih tekun dlm membuat satu2 pekerjaan...bukan apa...rasanya aku bersungguh juga dalam membuat kerja tu tapi aku cpt mengalah le kalo apa yg aku buat tu tak sempurna atau tak menepati kehendak aku...bila aku fade up apa lagi aku tinggalkan aje kerja tu...

Nak mulakan satu-satu kerja tu satu hal...mmg mengumpul segala kekuatan lah kata orang baru boleh mula....tapi bila dah mula mmg aku nak cepat je habiskan...tulah kadang-kadang kerja tu tak seperti yang diharapkan...

Pagi ni aku cubalah betulkan lampu kalimantang kat luar rumah yg dah lama terbakar transformer dia...buka2 minta betul transformer dia dah hitam rentung...aku pun turunkan lah lampu dan gantikan dgn yang baru aku beli...ntah mana silapnya...setelah siap dipasang...tekan suis lampu tu tak mau menyala....nak kata silap wiring tak juga...nak kata transformer rosak...rasanya tak jugak sbb masa aku beli aku dah test...begitu juga dgn starter..semuanya baru...langsung tak berkelip...setelah lebih kurang sejam aku dok tukar tu tukar ni...aku pun fade up...terus aku turunkan lampu dan simpan kat dalam rumah...baik aku panggil wireman untuk uruskan kerja tu lagi senang...masalahnya kenalah aku keluarkan kos plak...hish...hish...hish apa nak buat.


Korang rasa aku dah bersungguh ke tidak?.....ntahlah


MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE