Nuffnangs

Showing posts with label borak petang. Show all posts
Showing posts with label borak petang. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

10 Lagu Raya Terbaik Pilihan Talamkeladi.com

Talamkeladi.com : 10 Lagu Raya Terbaik Pilihan

1. Dendang Perantau (Allahyarham Tan Sri P Ramlee)

2. Balik Kampung (Allahyarham Sudirman)

3. Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarham Sudirman)

4. Suasana hari raya (Anuar Zain & Ellina)

5. Cahaya Aidil Fitri (Black Dog Bone)

6. Suatu Hari Di Hari Raya (Dato' M Nasir)

7. Kepulangan Yang Di nanti (Aman Shah)

8. Selamat Hari Raya (Saloma)

9. Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat)

10.Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)

Kalo korang ada pilihan masing2 bolehlah komen k. Tapi aku rasa nilah lagu2 yang boleh menyentuh qolbu aku takat ni.

Nak download Mp3 boleh lah klik sini.

Enjoy yourself...

Monday, July 16, 2012

Tips Nak Upkan Traffic Kat Blog

Lama dah aku dok berfikir macamana kan ramai blogger boleh dapat banyak betul traffic hari-hari. Nak kira rajin, aku ni boleh tahan gak rajinnya bw kat blog rakan2 yg lain. Tapi yang aku musykilkan kenapa bufferred meter aku dok macam tu juga. Tak de yang baru masuk. Yang ada masuk campaign meter, oklah ada juga kan.

Tolonglah aku...

Aku teringin gak nak rasa dapat cek dari nuffnang ka, atau perolehan dari penulisan blog ni. Tapi baru aku sedar yang agaknya sebab  aku dah lama tinggalkan blog ni sejak aku berjinak dengan FB (mukabuku) tulah...mebbe!!!Tak mustahil...possible!

Anyway aku nak belajarlah dari sesapa yang memang raja berblogging ni...ramai gak yang dah terkenal kan. Masuk tv, magazine, tabloid dan macam2 lagi. Tapi aku bukanlah naka glamour sangat pun. Aku rasa berblogging ada banyak faedahnya juga. Banyak informasi yang terkini bole diperolehi dari blog2 yang sedia ada.

Hahahaha....

Gelak sensorang je aku sebab geli hati mengenang kan apa yang aku merepek petang2 ni kan. Kalolah ada sesape yang baca blog aku tolonglah bagi tips nak upkan traffik dan dapatkan income yang berbaloi melalui blog. Tu jer...anyway tq in advance (orang kg aku cakap).


Monday, June 4, 2012

Blogwalking

Salam semua...

Baru jap tadi  aku pegi blogwalking satu blog ni. Nama dia Gadis Kampung (GK)...entri dia menyarankan agar x perlu suruh orang singgah blog kita dan x perlu suruh orang komen kat situ sbb dia kata kalo orang nak datang atau komen, x perlu dipaksa-paksa...hahaha ok gak kan advise dai tu. Anyway tq GK sbb bagi motivational advise ptg2 ni.

Actually aku rasa betul2 demotivated harini. X tau kenapa. Mmg badan aku terasa penat sangat. Maklumle baru je sampai dr Putrajaya pagi tadi terus  ke Court. Lepas tu terus masuk ofis. Terasa mengantuk teramat sangat. Badan pun rasa sakit2 nih...ada x yg nak tolong urutkan malam ni.

Betul kata GK (bukan kata cicak k), nak suruh org komen ke, hapa ke, x payah paksa2. Yg datang mestilah dengan hati yang ikhlas barulah berkat. Yang sebenarnya semuanya berpunca dari kita sendiri gak. Malas nak post entry baru, lepas tu malas gak nak blogwalking, mana nak dapat ramai pembaca. Betul x? Oleh itu rajin2lah berjalan jgn berlari nnti jatuh, lepas tu jadilah followers, barulah org akan follow kita juga.

So kepada semua, jgnlah bersedih, jgnlah berduka, keringkanlah  air matamu...chewah...ada rezeki ramai yg akan jenguk blog korunk nnti...Harap2 aku pun x lah rasa down sgt hari ni...amin.


Monday, January 17, 2011

Ustaz Kazim : Renungkanlah apa yang diperkatakannya

Salam semua,

Pagi tadi aku tertonton satu ceramah agama oleh Ustaz Kazim yang memang terkenal tu kat youtube pasal bagaimana kita nak orang lain suka kat kita melalui urusan harian.

Apa yang beliau sampaikan memang betul sbb selama ini apabila kita bertemy dengan rakan atau orang yang kita kenali di mana-mana, yang paling penting ialah bagaimana kita mahu menyapa mereka.

So, korang boleh bayangkan tak bagaimana selama ni korang menyapa mereka? Setau aku yang biasa kita buat adalah, bro, apa kabar? atau Ko nak kemana? atau Lama tak nampak? atau Buat apa sekarang? sambil kita berjabat tangan atau menepuk bahu kawan kita tu.

Menurut kepada Ustaz Kazim, cara Rasullulllah menyapa bukan setakat menegur atau berjabat tangan sahaja, yang biasa rasul buat adalah dengan beria-ia menyapa dengan senyuman sambil berjabat tangan  dan terus memeluk sahabat itu tak kira dia kaya atau miskin, baik atau jahat. Semua diperlakukan sama sahaja, tiada dibezakan oleh baginda.

Dengan kita memberi layanan yang istimewa kepada rakan atau teman kita itu, barulah mereka akan selalu ingat kat kita. Senyum jer tak cukup, tegur, jabat tangan dan peluk...jangan kawan perempuan pun kita buat macam tu, lain kang jadinya...hehehe

Selalu kita dapat lihat dimajlis keramaian, yang biasa dilayan dengan penuh teliti adalah orang-orang kenamaan, orang-orang biasa, cuma ditegur dan ditunjukkan tempat duduk atau disuruh ambil makanan sahaja. Apa salahnya, kita tegur, jabat tangannya, peluk dan iring semua tetamu ke tempat makanan dan berikan mereka tempat duduk. Ini adalah yang terbaik. Kalaulah kita buat macam tu, sudah pasti, setiap tetamu akan ingat kat anda dan memuji akan kebaikan dan perilaku anda yang baik sepanjang masa. Bukankah itu lagi baik daripada kita memberikan double standard dalam urusan sedemikian, mentanglah ada VIP, yang UVIP dibiarkan tidak dilayan!

Aku saja je buat topik, kerana sekarang ni, budaya Islam semakin jauh daripada kita, yang kita utamakan budaya barat yang jelas amat bertentangan dengan budaya Islam...Apa kata kita mulakan daripada sekarang kat kawan-kawan kita, pasti mereka akan lebih seronok dan mengingati anda lebih daripada selalu...

Itu aje buat kali ni....jumpa lagi!

Monday, August 9, 2010

Manchester United "The Red Devils"

Salam...

Baru2 ni beberapa ulamak dan mufti terkenal di Malaysia telah mengatakan bahawa pemakaian jersi yang mempunyai lambang salib dan juga syaitan serta yang menonjolkan logo penaja minuman arak adalaah haram untuk dipakai. Aku akur dengan perkara itu. 

Apa yang aku nak sampaikan di sini adalah, bagaimana Man U dengan penggunaan motto Red Devils bermula?

Wednesday, August 4, 2010

Melayu Boleh!!!!!

Salam semua...

aku wat n3 ni bukan untuk menafikan kebolehan kaum yang lain...di Malaysia kita adalah sama rata, 1Malaysia katakan. Cumanya, aku saja nak berikan semangat kepada bangsa melayu untuk lebih bekerja keras, berusaha dengan lebih gigih demi mencapai matlamat hidup dan kemajuan dalam diri.
Bukan aku nak kata yang kita ni tidak berusaha tapi maksud aku adalah kita kena berusaha lebih lagi untuk lebih maju di dalam dunia yang lebih mencabar ni. Almaklumlah, sekarang ni semuanya serba canggih, setiap detik penuh dengan perubahan terutamanya teknologi dan komunikasi. Cepat sangat bertukar...sebagai contoh teknologi perhubungan komunikasi  yang rasanya dalam 3 atau 4 tahun lepas kita hanya menggunakan teknologi 2G sahaja tapi sekarang dah 4G. Baru kita nak gunakan Iphone 3G dah keluar yang 4G...mmg kita di Malaysia ni agak ketinggalan tapi alhamdulillah masih lagi ok berbanding negara2 lain di dunia ni.

Tuesday, August 3, 2010

Satu Perubahan Yang Sangat2 Perlu....

Salam semua...

Kadang-kadang kan kita rasa diri kita ni dah cukup sempurna, ada rumah besar, kereta besar, bini besar (ooops sori) bini lawa, anak2 yang comel, duit yang banyak dsb tapi adakah kita ini cukup bahagia dengan semua itu...?

Bahagia dari segi ertikata yang sebenar? Hidup yang tenang, fikiran yang damai, hati yang tidak dirundung resah dan curiga, keluarga yang bahagia.

Wednesday, July 7, 2010

MIMIPI DI DALAM MIMPI....KISAH BENAR!

Salam semua...

N3 aku kali mmg jelas akan menaikkan bulu roma korang semua sbb apa yg aku nak ceritakan kat sini amat menyeramkan dan kalo boleh biarlah x jadik lagi dalam hidup aku...ini the first time aku mendapat satu "mimpi di dalam mimpi"...mcm lagu Damasutra la plak...

Kejadian ni berlaku mlm tadi atau boleh dikatakan awal pagi...betul2 sebelum match semi final WC bermula...rumah aku tu mmg ada alarm system tp dalam 4-5 hari ni...alarm buat hal akibat kena petir....
Malam tadi aku tidur awal dlm pkl 10 mcm tu sbb plan nak tgk bola jam 2.30 pg...mmg agak lena jugak aku tidur tapi tiba2 aku terdengar bunyi alarm seperti kenderaan besar sedang mengundur ke belakang betul2 dkt dgn rumah aku...masa tu aku x dpt agak pkl brp...mebbe dlm pkl 12 tgh malam kot...perasaan takut aku bermula kerana aku terfikir apa yg berlaku, ada pencuri ke nak masuk dgn bawa lori...lbh2 lagi rumah aku la ni x de alarm...lebih kurang 10 minit mcm tu....bunyi tu hilang....baru aku teringat rupa2 nya mesin basuh aku yang berbunyi sbb sebelum aku tidur tadi mmg aku masukkan kain utk dibasuh...lega ckit.

Entah tak berapa lama lepas tu aku terlelap semula dan secara tiba-tiba aku mcm terdengar ada org nak masuk ke dalam  rumah aku...aku menjadi lebih takut...takut yang teramat sangat...namun seperti terkejut aku terbangun dari tidur....rupa2nya aku sedang bermimpi saja...Alhamdulillah...jadi utk memastikan bahawa semuanya ok...aku pun bangkit dan meninjau-ninjau ke luar bahagian depan utk memastikan semuanya ok...alangkah terkejutnya aku...grill pintu depan terkopak dan pintu depan tidak berkunci...ternganga luas seperti baru saja org masuk...aku menjadi panik...aku panggil semua anak2 aku masuk ke dalam bilik dan menyuruh  mereka mengunci pintu sambil aku pergi melihat keadaan rumah aku. Aku teringat kisah seorang  Adun di Pahang yang rumahnya dimasuki perompak....aku pun mengambil sebatang besi sebagai senjata, manalah tau ada perompak yang sedang bersembunyi....mmg perasaan takut masa tu tak dapat digambarkan lagi....aku cuba menelefon pihak polis....tapi tiada jawapan. Tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti penggera dari dalam bilik aku berbunyi berulang-ulang kali...

Kali ni aku tersentak dan terbangun daripada tidur.....rupa-rupanya yang diatas tu cuma mimpi juga...penggera yang berbunyi adalah penggera handphone aku yang aku kunci utk menonton bola...Mimpi didalam mimpi rupanya aku...pelik kan...kali ni aku pastikan yang aku bukan lagi bermimpi, aku buka lampu semua dan meninjau pintu hadapan...berkunci rapat, grill masih elok....alhamdulillah!

Sebelum ni aku merasakan yang mimpi di dalam mimpi itu takkan berlaku, tapi aku silap...Allah maha berkuasa! Korang nak tau...inilah mimpi yang paling aku ingat...kebiasaannya satu mimpi itu akan kita lupa esoknya...yang  ini memang lain dari yang lain....Subhanallah......



Monday, July 5, 2010

Perangai Pelik Manusia Yang Aku Sendiri Tak Faham Macam Mana Boleh Berlaku....

Salam,

Korang semua biasa tidur dalam pukul berapa setiap hari?Ada yang pukul 9 mlm dah tidur, mebbe ada yang pkl 10 dah tidur, ada juga yang lebih lewat dari tu...bukan apa, yang aku nak citer kat sini adalah kisah benar ttg seorang kawan yg mmg tidur lambat...walaupun ada anak kecik dan terpaksa bangun awal setiap hari utk pergi kerja.

Dia ni masi tinggal dgn parents dia dan biasa balik kerja dalam pukul 6 ptg...apa yang pelik bagi akulah setiap hari dalam pukul 9 mlm mcm tu dia satu family akan keluar ke town...ntah apa yang diaorg cari...biasanya sampai pasaraya tutup baru diaorg nak balik gamaknya....biasanya pasaraya tutup dlm pkl 10 mlm mcm tu...lepas tu mereka tak terus balik rumah...biasanya mereka akan lepak kat rumah seorang auntie sampaile pukul 11 lbh...barulah balik ke rumah. Sampai di rumah adakalanya mereka ni sempat lagi masak utk supper, biasanya membawa ke pukul 12 tgh malam...yang peliknya anak beliau ni pun x tidur jugak ikut mak dia ni...siap2 kan katil utk anak dah membawa ke pkl 1 pagi...pergh masa ni biasanya aku dah nyenyak dibuai mimpi yang indah...selesai kemaskan katil biasanya member aku ni akan menonton DVD dulu sebelum tidur yang kebiasaannya membawa ke pukul 2.30 pagi...ketika ini anak beliau pun masih belum tidur...memikirkan esok paginya nak kerja barulah kawan ni tidur....begitulah rutinnya setiap hari...korang rasa pelik tak? Tak....eeh? Kenapa plak....korang pun mcm tu jugak ker...Kalo esok paginya boleh menjalankan tugas seperti biasa...apa ada hal kan...lantaklah korang, tapi masalahnya kalo pagi2 tu mengantuk dan x dpt wat keje dgn baik...kan akan menurunkan produktiviti dan juga kualiti kerja...




Anyway, masalah tak dapat tidur malam ni atau sering tidur lewat, mmg biasa bagi warga kotaraya seperti di KL, JB dan kota2 besar lain...yang aku respek sangat...walaupun tidur lambat, mereka masih boleh bangun awal dan pergi kerja seperti biasa...ntah apa rahsia diaorg ni kan....tapi bagi aku still satu perangai pelik yang masih belum dapat aku rungkaikan setakat nih...cumanya sekarang ni aku pun sama gak tidur lambat itupun sbb menonton bola WC 2010...heheheh!

Thursday, June 24, 2010

DITIPU DI FACEBOOK...



Salam semua...




Aku x faham le kan...kadang2 tu kita fikir tempat tu selamat tapi akhirnya tempat tu menjadi tempat paling bahaya...mcm kata pepatah le, air yg tenang jgn disangka tiada buaya...lebih2 lagi buaya darat...(tp ini utk lelaki)...yg aku nak citer ni perempuan...mcm pisau cukur le gamaknya!




Tak malu...dah le muka x cantik...badan gemok gedempol...perangai lak tu mcm setan! At least kalo muka jer x cantik tak per...hati murni, luhur, bersih...kata org kalo hati dia bersih...serinya terus ke muka.



Apa yg aku nak cakap kat sini ialah ttg penipuan di dalam facebook...oleh seorang wanita yg hanya dikenali sebagai Sai Sailani...ingatkan cantik, mcm model (tgk kat foto profile dia le)...rupa-rupanya mcm yg aku cakap kat atas tadi. 2 org mamat yg perasan baik ni pulak cepat sgt terpedaya dgn tipu helah pompuan ni sampaikan sanggup berhabis ribu riban...Mmg niat mereka baik utk menolong org...spt yg dicatatkan, mrk telah memasukkan wang ke akaun pompuan utk membantu masalah keluarga pompuan ni yg susah. 
 
Korang x pernah jumpa dgn dia...terus percaya apahal...dah syok sgt ker...desperate sgt ker?Hish...hish...hish kan dah terkena...baik korang sedekahkan kat masjid ker, badan kebajikan ker lg berfaedah...apa nak buat, nasi dah jadi bubur.



Yg bestnya...lelaki2 malang ni apabila tau jer kena tipu terus pg cari dan bernasib baik dpt jumpa...yg disangka cantik menggiurkan rupanya pompuan hodoh yg gemok....(maaf kepada yg berbadan agak besar...bukan nak cakap pasal korang...tp pompuan putarbelit ni je)...dah tipu...pompuan ni menipu lagi...katanya nak settle cara baik dan nak pulangkan semua duit yg dia dah ambil...at the end of the day...habuk pun tarak!



So skrg nih...pada pendapat aku...kpd 2 org mamat ni, korang jgn tunggu lagi...dah buat laporan polis...jumpa peguam...buat tuntutan...sbb bukti dah jelas...duit telah dimasukkan ke akaun pompuan ni...dokumen semua ada...nama dan alamat pun dah tau....hntr notis tuntutan kat dia minta pulangkan balik duit tu...siap boleh tuntut interest dan kos lagi...



Kepada yg belum terkena....berhati-hati ketika berkenalan dalam laman sosial (tak kiralah apa sekalipun)...kalo nak tolong sekalipun...selidik dulu latar belakang dia...karang dah terkena kan dah susah...buang masa, kos dan tenaga jer....



Wassalam...








Tuesday, June 22, 2010

Meninggal Akibat Keguguran...

Salam... Pagi tadi semasa sedang berehat aku terbaca satu berita di dalam Harian Metro hari ini tentang seorang gadis yg berusia 17 tahun meninggal dunia dipercayai kerana kehilangan banyak darah akibat keguguran... Korang tau tak kes ni berlaku di mana? Dipercayai mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah di Pasir Mas, namun pada hari tersebut beliau telah ponteng sekolah dan mengikut teman lelakinya yg sebaya ke sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan (PCB)...apa yg berlaku, ketika hendak masuk ke bilik di resort itu, pelajar perempuan ni telah jatuh pengsan dan mengalami tumpah darah. Teman lelakinya yg agak ketakutan telah memanggil staff di situ, tapi sudah terlambat kerana mangsa telah pun meninggal dunia ketika staff resort sampai di bilik tersebut... MasyaAllah...apa yang berlaku sekarang ini...pelajar lelaki tersebut adalah pelajar sebuah sekolah Agama dan sudah tentulah tebal dgn ilmu agamanya...tapi yg berlaku adalah sebaliknya...perhubungan dan pergaulan yg bebas telah menyebabkan masalah sosial seperti ini... Membaca berita ini, hatiku terdetik apakah yang menyebabkan semua perkara ini berlaku...kurang didikan agama oleh ibu bapa atau masalah pergaulan dan pengaruh rakan serta keadaan sekeliling yg menjadi punca...ya Allah jauhkan semua itu daripada keluarga kami... Namun, jauh di sudut hati ini berbisik...dunia semakin menghampiri penghujungnya!

Monday, June 21, 2010

Boleh Ke Perancis Menang Malam Ni?

Salam semua.... malam ni team faveret aku Perancis akan menentang South Africa utk perlawanan terakhir mereka dalam kumpulan A...tapi aku masih ragu akan kemampuan Perancis kali ini...lebih2 lagi dgn masalah yg timbul di dalam team Perancis kali ini.
Nicolas Anelka ni dikatakan telah memeluk Islam?
Semalam aku dikejutkan dgn penghantaran pulang Nicolas Anelka atas alasan disiplin dan tidak sebulu dengan jurulatih...tapi aku rasa mmg Raymond Domenech ni ada masalah lah sikit...mengikut kepada komen rakan Anelka di dalam skuad Chelsea, Anelka ni seorang yg baik, tidak suka bertelagah apatah lagi menimbulkan masalah..mesti ada apa2 yg tak kena dengan Domenech ni...aku dah cakap...tukar saja dia dgn jurulatih lain tp pengurusan tak mau...ntah apa ayat yg dia guna utk mengayat pihak management agaknya....cis buang karen ajelah...aku tak faham ler dgn FFF nih...!
Semalam ada juga berita mengenai sebilangan pemain Perancis tidak mau turun berlatih kerana memprotes pihak pengurusan menghantar pulang Anelka namun hari ni ada berita gembira yg mengatakan bahawa mereka telah bersedia utk menentang South Africa... Les Blues...anda masih boleh...sekiranya menang malam ini maka Perancis akan mendapat 4 mata manakala Mexico yg akan bertemu Uruguay pula, masing2 juga mengharapkan kemenangan kerana kalo mereka seri dan Perancis pula menang maka perbezaan gol akan menjadi penentuan siapa yg akan layak ke pusingan kedua.... Di atas kertas, Perancis dilihat agak tertekan tetapi apa2 pun boleh berlaku...nntikan aksi mereka di channel 805 Astro pada pukul 10 malam.... France...Bonjour....La Cagna Coupe Du Monde!!!!!!

Thursday, June 17, 2010

Barulah Buku Bertemu Ruas....

Salam... Termenung sejenak aku bila ada member mengajukan satu soalan yg amat berat dan subjektif utk dijawab...korang tau tak apa statement yg dia bg kat aku...korang bacale sendiri kat bawah ni :

"Wahai kaum isteri di luar sana...setia lah pada suami mu.....sayangilah ia sepenuh hati....jgn khianatinya"

Terus terang aku cakap, bila aku dgr statement tu...mmg ia cukup dalam dan mencabar minda para isteri di dunia ni...persoalannya...adakah para Isteri secara totalnya tidak setia pada suami mereka... Mengikut kepada perangkaan yg aku dpt dr member aku yg kejenya loyer syarie..dia kata kat aku fail kecurangan kedua-dua pihak (maksud aku suami dan isteri adalah sama banyak)...masyaAllah...mmg betullah dunia dah hampir sampai ke penghujungnya)... dalam soal ni...setia, jujur, luhur dan sebagainya...adalah perlu dilihat drp kita sendiri dulu...jgn asyik lihat pada diri org lain...kita nak org lain jujur, setia, luhur kat kita tp hakikatnya kita sendiri mengkhianati cinta dan kasih sayang suami atau isteri kita...mana boleh macam ni! Kan tak adil... Pokok pangkalnya...semua bermula dari diri sendiri...kalo kita rasa diri x betul...cepat2lah betulkan sebelum semuanya terlambat...mana yang rasa semakin renggangnya perhubungan tu, semakin kurangnya kasih sayang, semakin kuranya belaian...tak mcm masa mula2 bercinta dulu...lekas2 lah balik lah ke pangkal jalan...agar retak tak terus menjadi belah... So...moralnya jgn terlalu cepat menuding jari mengatakan suami atau isterimu curang, x setia...cermin diri...apa puncanya...kalo betul mmg bukan berpunca dari diri sendiri...barulah bertindak...jgn pulak jadi seorang yang dayus (kepada para suamilah)...kepada isteri buatlah sesuatu mengikut kepada hukum syarak...jgn main hentam kromo je k... Aku nak pg nonton WC dulu...tadi baru jer tgk Korea kena baham dgn Argentina 4-1...nilah baru dikatakan buku sudah bertemu ruas.... renung2 kan lah....Wassalam

Monday, June 14, 2010

Kereta Potong atau Kereta Tak Lulus Kastam...

Salam... aku baru lepas balik dari court kat BP...hari ni ada sambung bicara kes kereta tak lulus kastam...kesian klien aku...dah le keta kena tarik dek kastam, lepas tu dia dah bayar dkt RM100k kat bank tmpat dia pinjam utk beli keta tu... Selidik punya selidik...rupanya keta yg dia beli ni x serupa dengan keta yang tercatat dlm geran...keluaran sama tp model dan warna yg berlainan...manalah org biasa ble bezakan kerana kalo dilihat dr no chasis dan enjin mmg sama...cumanya ccnya lain, kalernya pun lain. Dah tu bank ble luluskan plak loannya...x de masalah nak buat tukaran nama, x de masalah utk renew roadtax insurans...hehehe begitulah ye...resam kehidupan. Setelah ditahan oleh kastam, barulah dpt tau yg no enjin dan chasis yg ada kat keta tu rupanya ditampal...dan lebih bijaknya...mereka yg wat keje ni x mengikis atau menebuk no lama, mereka hanya potong dan tampal...kalo dr mata kasar mmg x ble cam.. Last2 klien aku juga yg merana...keta x dpt, la ni keta sue oleh bank...apalgi kitaorg sue lah balik...dtpkan balik duit instalment yg dia dah bayar...walaupun lambat ckit x pe asalkan maruah diri terbela... So kat sini...aku nak nasihatkan lah kat member2 semua...kalo nak beli keta import terpakai...teliti semua dokumen yang ada...spt geran keta, dokumen AP, cukai eksais, cukai import, chasis, dan enjin (cek no nya), warnanya, model nya sama spt dalam geran...kalo berlainan warna tp yg lain2 ok x per...Beringat jer...sebelum kena...byk masalah yg timbul nnti. So, aku harap korang ambil iktibar dr sini ok. Jumpa lagi....

Friday, June 11, 2010

My feveret kuih....TALAM KELADI

Salam, inilah kuih feveret aku....ntah knp feveret ek...1st time aku rasa lebih kurang 9 thn lps...masa tu baru je kahwin...wife le yg ajar makan ni. Tp kalo tgk pada warnanya...purple and white...pada mulanya mmg x menggiurkan langsung...ntah2 apa ntah...hehehe. Dgn isi keladi dlm kuih tu...mmg aku x brp suka. Namun masa telah merubah segalanya (mcm tajuk lagu jer)...masa tu thn 2002, x salah aku raya puasa...kitaorg ada wat rumah terbuka hari raya...so orderlah kuih talam ni...mmg syiok le...rasanya yg x brp manis...kena pulak keladi cukup empuk...mmg serasi le purple and white tu...dan paling penting kena dgn selera aku tika dan saat itu...dan dr saat itulah...aku telah kemaruk dengan "Talam keladi" nih...begitulah citernya. Skrg ni aku ada pantang gak kalo nak makan ni....pantang apa? Pantang nampak...mmg kena sambar punyalah...hikhikhik. Korang tau tak cara nak wat dia...kalo x tau...jengah2 le blog Mat gebu ye. Baru jap tadi wife buatkan aku kuih feveret nih...alhamdulillah...walaupun 1st time dia buat...jadik gak...kena lah dgn citarasa aku. hehehe...bukan nak ngampu tau...ini betul2, so darling...I love U lah tonight! Sambil nonton Mexico vs South Africa...sambil mengunyah kuih talamku....adooooyai! Mmg sedaplah....nak ker? Sori x dpt bg...dpt tgk jelah. Jumpa lagi....

Thursday, June 10, 2010

Salam Petang Jumaat....

Salam semua... jumpa lagi kita kan....alhamdullillah. Masih lg bersamamu...eh itu rancangan kat TV3. X pelah saja jer gurau2 waktu mcm ni...rasa mcm ceria je sbb baru lps makan dan solat Jumaat. Anyway, korang dah makan ker...kalo belum pglah makan dulu. Kang nnti sakit perut kan susah....trpaksa kuarkan duit lg utk beli ubat...kata nak cutcosts....hehehe Khutbah Jumaat kali i aku dah dgr last week...pasal kehidupan semasa dikumpulkan dipadang mahsyar...pergh cukup2 menginsafkan aku...mana tidaknya dalam lautan manusia yg berkumpul tu ada juga yg ditenggelami oleh air peluh sendiri...manusia dlm keadaan tidak berpakaian ttp x sempat langsung nak skodeng...knp? Sbb semuanya sibuk memandang ke langit dan dalam keadaan ketakutan...lepas tu dipanggil sorang2 mengadap Allah sw untuk diadili. X semua org akan ditenggelami peluh...ada yg tidak...ada yg peluh sampai ke tumit...ada yg sampai lutut...ada yg sampai dada dan ada yg sampai ke mulut. Jijik kan...tapi masa tu mmg x rasa jijik dah...dek kerana takut akan pembalasan Allah sw. Korang tau x berapa anggaran masa berkumpul kat mahsyar ni? Lbh kurang 40 thn lamanya...sbb begitu ramainya manusia sejak dr zaman Nabi Adam as lg...korang cubalah congak sendiri...kalo rajin ler. Anyway...keinsafan dan terbukanya hati untuk bertaubat perlulah dengan penuh keikhlasan...bukan secara terpaksa...walaupun mmg kadang2 berat utk kita melakukannya...insyaAllah ...Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani...semoga kita dirahmati dan dilindungi Allah sw hendaknya....amin Jumpa lagi......

Wednesday, June 9, 2010

Cekik dan Buang...Mana nilai2 kemanusiaan

Salam, baru jap tadi terbaca ttg pembunuhan tragis bayi posted by member kita alimaz...syahdu aku. Lbh2 lg bila tgk foto tu...mcm anak hewan jer dibuang...apa punya manusia le tu. Allah sw ciptakan manusia ni lbh drp hewan dgn mmberi kita akal fikiran semata-mata utk kita berfikir ttg apa yg kita lakukan...sbb ramai org cakap fikir dulu sblm buat... Nilah akibatnya ikut nafsu serakah....ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu dungu...Betullah mmg biasa mcm tu pun. Apa2 pun kita dpt lihat skrg nilai2 murni sbg sorg insan kebanyakkannya dah x de...nampaknya apa yg penting kita kembali kpd Al Quran dan hadis...kalo kita masih berpegang padanya...insyaAllah hidup kita akan selamat dunia dan akhirat. Saje je lepaskan geram kat sini...Wassalam...

Sunday, June 6, 2010

Petang Yang Indah...Di Playground Yang Haprak

Salam, Petang tadi aku bawalah anak-anak aku gi playground kat tepi Sungai Mengkibol...Playground Taman Semut namanya...nama bukan main tp yang aku nampak ada le 3 ke 4 ekor semut kat situ (semut buatan le). Last aku pergi ada le dalam 2-3 bulan lepas. Masa tu keadaanya masih ok...bersih dan nampak mcm ada penyelia. Tp ptg tadi, sesampai je aku kat situ, tempat parking bersepah serpihan kaca yg aku agak dr botol2 arak. Betul2 merbahaya...sapelah yg punya kerje ni. Kalo aku dapat aku lesing dia. Apabila aku sampai kat tempat playground aku dpt lihat najis anjing yang kering bersepah kat situ, sampah bertaburan tidak dikutip dan tempat permainan ada yg sudah pecah. Nasib baik rumpur kat situ rumput karpet, x payah le nak memotongnya. Hish...hilang mood aku sekejap. Korang tgkle sendiri kat foto yg aku amik ni. sorilah foto sampah yg lebih teruk aku x smpt amik... Aku bukan apa, kesian dengan budak-budak, dahle playground kat Kluang ni x banyak, yg ada pun hidup segan mati x mau....Jadik pihak berkuasa tolong le pantau dan amik tindakan k.
Salam uhkwah.......

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE