Nuffnangs

Showing posts with label Sports Event. Show all posts
Showing posts with label Sports Event. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Jersi Man U dan Arsenal utk dihabiskan....

Aku nak lego 2 helai jersi Man U dan 2 helai jersi Arsenal, semuanya "home kit" season 2009/10.

Saiz M bergred AAA.

Harga spesel sempena musim baru dah bermula cuma RM20 jer selai. Posting cuma RM5. Kalo amik 2 helai posting kira 1 jer. Amcm ok tak...ni dah kira tolak jer...x de untung. Semuanya masih di dalam plastik dan baru.


So, aklo korang nak boleh le emel kat aku :-

abubakaranuar@yahoo.com

Pengeposan guna abx courier, dlm semenanjung amik masa sehari jer...

Tuesday, June 1, 2010

Reunion Futsal 2009

Futsal X-STK Reunion 2009 @Reble Sports Planet Kg Paya Kluang 29th November 2009 from 9am to 11 am Foods And Drinks available...disediakan oleh brader Baha...pergh mengancam mee hoon dia. X-PDFC vs X-Harimau (most wanted match)...1 game je lah. team2 lauk....dll Organizer :- Anuar, Baha, Jepp, Fizy dll Pre-Order x-STK jc customised - kindly contact Anuar. Jersi telah dibuat oleh Mr Jol dr Jol Craft. Pada mula terima jersi tu aku rasa nak mengamuk sbb lain yg disuruh lain pulak jadinya tp setelah tunjuk kat member2, diaorg nampaknya suka dgn pattern tu. So...oklah x jadi hal. case closed!!! Spt yg dijanjikan, pkl 9 pg aku dan kengkawan dah terpacak kat reble...akhirnya dlm pkl 930 am, si Richard sampai dan buka gelanggang... Aku mengharapkan beberapa budak futsal dtg (dlm 10 org mcm tu) tp akhirnya yg dtg 5 org. Oklah gak drp x de kan. Team Harimau dibarisi oleh Aidil Bai, Suhaimi perut, Shah cikgu, Saiful Raul dan Md Nor...nampak jer mcm dah hilang tong gas oksigen tp main mcm lipas kudung lg diaorg ni. Team PdFC pula di barisi oleh Baha Tenaga, Rahim yem, Fizi Van Der Saar, Jepp Scholes dan aku sendiri. Ok jugak kami main tp kurang bernasib baik jer. Ada jugak 2 team lain yg join tp team2 ni kurang menonjol kerana dibarisi oleh pemain campuran berbilang usia...budak2 pun main. mau x kena belasah jer. Futsal match ni bukan untuk untuk mencari juara tp sekadar suka-suka untuk Re U budak2 batch aku yang dah lama lost contact dan nampaknya misi aku dan Baha berjaya. Aku sgt berharap agar acara spt ini dpt dibuat lg untuk meneruskan dan mengelakkan putusnya tali perkengkawanan kami tu. Lepas ni kami dah rancang utk satu lg RE U tp bukan futsal ye...tunggu!!!!

Saturday, May 29, 2010

World Cup Jersey 2010

Salam frens, kepada sesiapa yang berminat dengan jersi-jersi world cup silalah emel kat aku sebab la ni jersi2 ni stoknya terlalu limited. Harga cuma RM50 termasuk kos penghantaran. emel aku abubakaranuar@yahoo.com atau mytrajet@gmail.com atau sms ke 0127256698 untuk pengesahan stok.

Thursday, May 20, 2010

Jersey EPL dan La Liga 2009/10 - Kluang - Clothing - arsenal malaysia

Salam Semua....check this out. Clearance stock sale...last chance. Only Rm36.00 inclusive shipping. Don't miss out frenz.....Man U Home, Away Black, Away White, Chelsea 3rd kit, Liverpool w/o sponsor etc Just click the link :- Jersey EPL dan La Liga 2009/10 - Kluang - Clothing - arsenal malaysia

Saturday, May 15, 2010

Malaysia 0 China 3

Hampa....kecewa.....hampeh!!!!! Apa dah jadi dengan skuad badminton Piala Thomas kita kali ni....kalah kepada China sekali lagi. Disaksikan oleh lebih kurang 10,000 penyokong dan tumbang pula dihalaman sendiri. 3-0....Tidak ada orang yang mempertikaikan tentang kalah menang dalam satu pertandingan kerana ia adalah adat pertandingan...tapi kalah dengan caranya, dengan maruahnya, dengan semangatnya, dengan melawannya....bukan dengan kekalahan yang diibaratkan sebagai pertandingan antara kelicap dengan sang helang! Bermula dengan kapten ie datuk.....apa dah jadi....malas dan kurang bijak....tidak menggunakan akal...tertekan dengan diri sendiri...apa ni! 21-17 dan 21-8...(8 satu angka yang amat mengecewakan). Persoalannya mengapa bawah sepuluh....tidak setaraf dengan taraf beliau sebagai pemain no 1 dunia. Diperkotak katikkan oleh lawan yang bukan baru pertama kali beliau temui. Beregu No 1 Malaysia menyusul selepas itu....dengan aksi yang begitu baik diperingkat kumpulan dan suku akhir tap kecundang kepada beregu veteran China dengan jinaknya...hampeh!!!! 21-12 dan 21-10...kalau dicampur dua-dua mata sekalipun baru 22... Baik sikit daripada angka 8 yang diperolehi oleh Datuk....kenapa boleh jadi seperti itu? Dimana semangat beregu yang amat dikenali dengan semangat melawan yang tinggi. Terlalu banyak "unforced error" yang dibuat oleh mereka berdua. Menyusul selepas itu single veteran yang sepatutnya wajar bersara lebih awal sebelum Piala Thomas lagi. Dengan harapan menggunung bak pungguk merindukan bulan...beliau memberikan harapan dengan semangat melawan di set pertama tapi akhirnya tewas dengan 21-16...peminat ketika ini masih lagi menaruh harapan agar beliau bangkit lebih bersemangat di set kedua. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Beliau tumpas dengan terlalu mudah...sama seperti pemain-pemain negara yang lain...terlalu banyak unforced error...hampa. Tumbang dengan 21-7 adalah amat-amat dikesali dan tidak dapat diterima akal. Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku. Aku rasa single kedua kita ni merasakan bahawa sekiranya beliau kalah sekalipun tiada apa-apa kerana pemain-pemain harapan lain sudah kecundang terlebih dahulu...kalau betullah apa yang aku rasakan maka ayng silapnya adalah percaturan pengurusan yang meletakkan beliau sebagai single kedua dan bukannya Hafiz Hashim yang rasanya lebih berkeyakinan tinggi setelah mencatat kemenangan ke atas pemain Denmark. Lebih baik letakkan pemain muda yang mentah kerana kalau kalah sekalipun, tiada apa yang boleh dikesalkan dan sekurang-kurangnya tiada harapan tinggi diletakkan ke atas mereka. Nampaknya, kita terpaksa menunggu 2 tahun lagi untuk mencuba merampas Piala Thomas dan membawa pulang ke tanah air...tetapi apakah strategi pengurusan selepas ini. Namun begitu, aku sebagai rakyat Malaysia yang amat sayangkan pasukan negara merasakan bahawa mental dan psikologi pemain haruslah ditingkatkan lagi terutama terhadap pemain-pemain China. Hentikan perasaan badi ketika bertemu Pemain China terutama Datuk Lee Chong Wei yang jelas menunjukkan kegugupan ketika menentang Lin Dan. Lantaran itu, aku sangat-sangat mengharapkan agar pengurusan mengambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah ini. hatiku kecewa........

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE