Nuffnangs

Wednesday, December 8, 2010

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 3

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 3

Masa kat Penang tu, mulanya kitaorg nak try nasi kandar kayu yg mmg terkenal tu...pusing2 punya pusing (tangan ikut style mamak), restoran tu tutup la plak...teringat la satu tempat nasi kandar yang mmg pioneer kat Penang, Nasi Kandar Line Clear...

Masa tu guna GPS, tgk mcm dekat2 jer...memandangkan kami dah terlajak, so teruskan jelah perjalanan ke satu Museum yang unik iaitu Toys Museum kat dgn Copthorne Orchid Hotel di Jalan Tanjung Bungah. Ikut jeer jalan nak ke Batu feringghi, mesti jumpa la.

Tiket masuk RM10 utk dewasa dan RM6 utk kanak-kanak....silalah tgk foto2 yang aku amik kat sana...banyak gak...yang bestnya, camera dan video cam dibenarkan di bawa masuk...









Pintu masuk ke sana...











My kids and nephew....































Lepas penat pusing dalam museum, perut kami pun dah mula Keroncong untuk Ana...so bermulalah pencarian kami mencari Kedai Nasi Kandar Line Clear yang terkenal tu.....

Pusing2 last GPS menunjukkan ia terletak berdekatan dgn Restoran Nasi Kandar Kayu atau dgn kata lain dihadapan restoran itu.

Terletak dicelah-celah lorong di Jalan Penang,  dikatakan kedai ini telah dibuka sejak tahun 1947 lagi...pergh lama sangat tu...

-Inilah kedainya-


-Pak Mertua dan Ibu mertuaku dah makan kat tmpt lain, so melepaslah diaorg nak rasa nasi kandar kat sini-








Kalo korang sumer nak tau, harga kat sini mmg berpatutan sgt2, korang bayangkan le, kitaorg makan 5 orang siap nasi beriani dgn ayam, air mcm2 termasuk cendol pulut 4 mangkuk baru RM53.00, murah tak? So, tmpt ni aku recommended bg korang semua kalo korang pegi Penang....

Lepas dah penat makan, kami pun mencari masjid utk solat zohor. Masa tu hujan mulai turun, pusing-pusing jumpa satu masjid yang secara keseluruhan warnanya biru...mmg cantik masjid tu. Alhamdullillah, kami semua selamat bersolat dgn tenangnya kat sana.

Selepas berehat sebentar, tgk jam dah pukul 4.30 ptg, memandangkan kami dah jamak solat kami, xpedisi diteruskan utk ke Padang Kota Lama yang memang terkenal dengan sotong kangkung dan pasemburnya...



 -my dearie-







Mula-mula tgk cendol yang anak aku makan punyalah mengancam, jadi tanpa membuang masa orderlah lagi satu...secara fizikalnya mmg terbaiklah tapi bila dah makan, cendolnya spoil le...keras kejung...perut dah mmg kejung pun...lagi tadi melantak jer kerjanya...haha




Oklah episod ni sampai disini saja...jangan lupa jenguk episod berikutnya....bye!

Tuesday, December 7, 2010

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 2

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 2
Selepas acara di Putrajaya, acara perkahwinan menyambut menantu diadakan di Taiping pada 4 hb Disember 2010.

Kali ni aku dan  famili telah ke Taiping dan telah diberikan satu rumah persanggahan di Taman Menteri, Taiping. Rumah ni sebenarnya rumah datuk kepada pengantin lelaki dan sekarang diduduki oleh ibubapanya. Rumah bungalow yang agak retro yang aku rasa telah dibina dalam tahun 1980-an...gaya retro jelas melalui rekabentuknya, corak tiles, sofa, kerusi rotan dgn sarung kusyen corak geometrinya yang sungguh menarik. Maaflah, foto x de. 

Tapi yang paling aku suka adalah buku-buku dan frame gambar keluarga yang disusun rapi di dalam rumah ini. Aku difahamkan mak dia ni suka baca novel terutamanya hasil tulisan Norhayati Berahim...memang bersusun novel2 kat rak...


 




Ni le novel-novel yang bersusun tu....













Foto-foto lama yang penuh nostalgik!







Lagi foto-foto famili Hazwan....
Petang tu, setelah berehat sekejap, kami telah ke Kuala Sepetang yang terletak dalam 6 km dari tempat kami tinggal untuk makan mee udang di Restoran Mak Jah.

Kat sini, macam2 ada dari mee udang ke nasi goreng udang, udang goreng tepung dan berbagai lagi...bagi sesape yang tak makan udang, boleh juga pesan makanan bergoreng tanpa udang...tapi melepaslah udang2 yang besar2...pergh...memang melatoop lah!

Kat sebelah ni adalah mee udang special...harganya RM12.00 manakala mee udang biasa RM7.00. Bezanya adalah kepada saiz udangnya, besar atau kecil saja.




 

Tengoklah ayah dan mak mertuaku...begitu syiok sekali mereka menjamu selera....

My dear pun sama, sampai tak pandang kiri kanan dah....







Ayah mertuaku menonjolkan udang yang sedang dibelasahnya....mmg besar siot!












ni le orangnya yang x ble makan udang....wakakakaka!





Ni pun sama....allergik......makanya...makanlah keow teow goreng tanpa udang....ROFL!







 Sukanya Mat Dani....dapat makan udang!



Lepas pekena mee udang tu, esoknya kami ke Penang...jaraknya dari Taiping cuma lebih kurang 140km dan perjalanan kami menggunakan highway PLUS cuma memakan masa sejam setengah jer...

Kat sebelah ni adalah sebuah masjid lama di Jalan P Ramlee...





 Di Penang ni, semua jalan adalah sesak mebbe disebabkan jalannya yang agak sempit...






Ni le Rumah P Ramlee yang terletak di Jalan P Ramlee...



Keadaan di belakang rumah....nampak tak jamban lama dan tempat mandi disebelahnya....hehehe tak nampak...kalo tak nampak maknanya pendek umur







bahagian depan rumah....











 Sampan dan basikal lama peninggalan allahyarham...aku dok memikir mcmana sampan boleh ada sebab kat sini tak nampak sungai pun...





 Tangga sebelah belakang....







 bahagian dapur rumah.......







Peace dengan 3 jari....anak-anakku..... 
si kembar Dani dan Dania






Lagi peace.....







 bergaya siot...ibu dan ayah mertuaku







 Alya dan Adilla....serupa tapi tak sama....









Aina yang ceria........





Kat depan memorial








Cerita ni belum habis lagi....tunggu episod akan datang yang lebih menarik...pergi Toys Museum, makan nasi kandar, pasembor dan lain-lain...tunggu kemunculannya k......




terkini Piala AFF Suzuki Malaysia vs Laos

Minit 89 Malaysia 4 Laos 1

Indonesia vs Thailand 2-1

Ini bermakna Malaysia layak ke Separuh akhir ditempat kedua dibelakang Indonesia dan akan bertemu kemungkinan besar Filipina sekiranya negara itu menjadi juara kumpulan.

Monday, December 6, 2010

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 1

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 1

Tanggal 26hb November 2010, selepas asar, bermulalah sebuah cerita yang pada mulanya seakan-akan dongeng tapi akhirnya menjadi kenyataan.

Inilah cerita benar yang berlaku.....

Lepas asar tu, adik ipar ku yang bernama Azura telah dinikahkan dengan pasangannya Hazwan oleh Kadhi dari Jawi. Acara tersebut berlangsung lebih kurang 1 jam tapi sayangnya aku telah terlupa nak bawa kamera dan handphone pula buat hal sampai tiada foto majlis tersebut dapat dipotretkan kat sini....apa nak buat!

Selepas majlis pernikahan tersebut ada sedikit makan-makan di dewan orang ramai Precint 11, dan apa yang aku boleh katakan kat sini, makanannya menang marvellous!

Malam tu bermulalah projek memasang khemah dan mengangkat kerusi meja dari stor yang terletak lebih kurang 200 meter dari dewan...semuanya kena angkat sendiri beb, tak pakai lori. Pergh....memang bermuscle kedua-dua tangan mengangkat besi2 khemah....tapi alhamdulilah lepas isyak, ramai gak kengkawan2 yang datang tolong pasang khemah...kalo nak harapkan aku dan bapak mertuaku saja, mmg sampai esok tak siap lagi...hahahaha!



Pagi esoknya, inilah hasilnya...khemah yang siap terpasang malam semalam!

Dalam gambar, sepupuku, abg Tan, bapak mertuaku dan Hazwan....pengantin baru!


Ini pula dewan yang sedang disiapkan oleh caterer, Pak Mastar....

Pak Mastar ni bukan setakat caterer jer, semuanya dia pulun habis, dari makanan, pelamin, kerusi meja, andaman, fotografi sampailah ke dj perkahwinan...dan sistem PA...siap karaoke lagi! 













Keadaan pelamin yang kelihatan agak grand dengan set sofa diraja yang agak moden!












makanan yang telah siap diletakkan dibahagian luar dewan....











Sudut makanan 2 dan DJ perkahwinan...suara DJ ni mmg macam DJ radio...boleh tahan bang!














Pelamin diraja yang boleh tahan gak grandnya....gaya moden!










Kehadiran tetamu kehormat, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor....tak sangka dia datang paling awal dan duduk di meja public jer...









tetamu mula datang...jam 12 tgh....
















ketibaan yang ditunggu-tunggu...
pasangan raja sehari!










inilah dia...pasangannya
Azura & Hazwan













Duduk bersanding berdua....mata tajam melirik...
pengapit pun berbalas renungan...wakakakaka!










Anak sapa la ni.....














terpegun bebudak tengok pengantin....















Ibu bapa Hazwan menepung tawar....serius jer muka En Rahim








 flower girls dan ????? (flower boy)....ekekekeke!








acara menepung tawar berterusan.....hingga ke petang!




Sebenarnya banyak lagi foto acara persandingan ni tapi belum sempat upload lagi kat laptop...so akan ada episod 2....tunggu jer k!

Aku  nak ucapkan terima kasih kepada semua penduduk Blok E Precint 11, kepada sedara mara yang hadir terutamanya Abg Radzi, Abg Tan, Kak Ni, Kak Rabiah, kepada isteriku yang tercinta, Aziana, adik-adik iparku, rakan-rakan terutamanya Zulk Joe yang banyak membantu, Tok Uban (PA kitaorg) dan caterer kami Pak Mastar dengan persiapan yang mmg grand dan hebat  (makanannya semua org puji...sedap siut), rugi tak rasa bubur kacang dan tapai pulut...jasa kalian hanya Tuhan yang dapat membalasnya...



Kepada Azura dan Hazwan, disinilah bermulanya episod berbeza di dalam kehidupan kamu berdua, susah senang sekarang akan kamu tanggung bersama-sama. Oleh itu, layarilah bahtera perkahwinan ini dengan sewajarnya, persefahaman dan tolak ansur adalah intinya...semoga kamu berdua hidup bahagia hingga ke akhir hayat!







MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE