Wow...
vs
Memang menarik...juara liga perdana Malaysia akan menentang team QPR dr BPL.
Aku dengar the red warriors berazam membenam QPR dan mencatat sejarah dalam rekod bolasepak Malaysia, team negeri membenam kelab ternama Inggeris...huhuhu...mmg aku bangga siot dengan mereka ni sbb ada keazaman sebegini. Selalunya, bila lawan team kuat, biasalah kita akan cakap, "kita akan cuba yang terbaik" "perlawanan ni sebagai pendedahan pemain", "kalo kita kalah pun tak apa, team lawan memang kuat",""seri pun jadilah dan boleh dibanggakan".
Ok untuk sesiapa yang nak menonton secara live, boleh lah ke Stadium Shah Alam malam ini dan dijangkakan perlawanan akan diimulakan agak lewat iaitu pada pukul 9.45 malam. Solat terawih dulu kot. InsyaAllah sempat tu dlm 8 rakaat. Peminat2 pun bolehlah ambil kesempatan utk solat terawih dulu. Yang dulu kita dulukan...besar pahalanya tu.
Jom...ke Stadium
Sessi warming up akan dimulakan seawal jam 8 mlm dan kalo korang nak tengok Park Ji Sung main malam ni jangan lupa untuk ke Stadium Shah Alam. Aku masih x boleh nak padamkan memori aku ttg Park Ji Sung masa main dengan Man U. Lama seh dia main kat sana dan prestasi dia pun agak baik masa tu. tapi x taulah dengan team nih. Jelas Park akan menjadi musuh Man U dan aku lepas ni...hahaha. Anyway gud luck utk pasukan Kelantan.
Gomo kelate gomo...jangan kena gomo dah le...!!!!
Nota kaki : Update - difahamkan ada siaran langsung di Astro Arena Channel 801 bermula jam 9.30 mlm ini. Harap2 tiada pembatalan di saat2 akhir.
Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Thursday, July 19, 2012
Kelantan vs QPR
photos, vacation, products, contacts,
sports
Ramadhan Al Mubarak
Assalamualaikum
Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut kehadiran Ramadhan 1433 hijrah kepada rakan2 bloggers yang beragama Islam dan kepada semua bloggers non muslim, harap dapat menghormati bulan yang mulia ini.
Aku nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas apa juga kesilapan yang telah aku buat samada dari segi perkataan, bahasa, kelakuan dan sebagainya yang mana telah menyinggung perasaan rakan2 bloggers semua. Mana tau n3 aku yang ada membuatkan sesiapa terasa hati atau tersinggung kan...kita ni hanya manusia yang tidak lari melakukan kesilapan.
Aku cuma berdoa agar diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan keimanan yang kukuh untuk menempuh segala dugaan dan cabaran disepanjang Ramadhan ini. Harap korang semua pun mcm tu juga.
Kepada Isteri dan anak2 serta ahli keluarga yang lain terutama ayah dan ibu serta adik beradik semua, saya minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, dan minta dihalalkan segala makan minum saya selama ini. Semoga segala ibadah kita diterima dan diberkati oleh Allah sw.
Marhaban Ya Ramadhan.....
photos, vacation, products, contacts,
borak
Wednesday, July 18, 2012
Number One For Me
Memang awesome le lagu ni kan. Rasa nak menangis pun ada. yelah memang betulpun kita jenis nakal sejak zaman kanak2 lagi. Ibulah yang selalu marahkan kita tapi kasih sayang ibu itu tidak pernah pudar terhadap kita. Kita ni je yg terkadang lupa dan tak tau nak balas jasa ibu dna ayah.
Sekarang bila dah ada anak, baru terasa mcm mana susahnya jaga anak2 yang nakal macam kita ni kan. Syahdu je rasa bila dengar lagu. Aku cuma berdoa agar ibu sentiasa gembira dan berbahagia hingga ke akhir hayat walaupun aku sedar aku bukanlah anak ibu yang terbaik. Semoga ibu senyum selalu dan diberikan kesihatan yang terbaik.
Sempena nak masuk bulan Ramadhan aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada ibu dan ayah. Semoga kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mempertingkatkan amal ibadat kita sepanjang bulan yang mulia itu.
Ibu, you're number one for me...

Tuesday, July 17, 2012
Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2012
Telah diputuskan oleh Majlis Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi tahun 2012/1433 Hijriah adalah pada 19hb Julai 2012 bersamaan 29hb Syaaban 1433 Hijriah iaitu hari khamis malam Jumaat ini.
Alhamdulillah kita akan bertemu lagi dengan bulan penuh keberkatan dan penuh dengan kemuliaan ini setelah setahun meninggalkannya. Semoga tahun ini diberikan dengan kesihatan yang baik dan keimanan yang tinggi untuk menempuh perjalanan dalam bulan Ramadhan al mubarak tersebut.
Marhaban Ya Ramadhan...
Alhamdulillah kita akan bertemu lagi dengan bulan penuh keberkatan dan penuh dengan kemuliaan ini setelah setahun meninggalkannya. Semoga tahun ini diberikan dengan kesihatan yang baik dan keimanan yang tinggi untuk menempuh perjalanan dalam bulan Ramadhan al mubarak tersebut.
Marhaban Ya Ramadhan...
photos, vacation, products, contacts,
informasi
Blog Template
Setelah lbh kurang 2 tahun menggunakan template yang sama, hari ni aku dah tukar template baru yg nampak lbh santai dan relax. Walaupun dah terbiasa dgn template lama, tapi aku rasa yang ni agak menyenangkan mata yang memandang.
Aku rasa design atau dashboard blog sekarang ni agak complicated sikit kan. yelah...banyak sgt "department".
Baru lepas berblogwalking beberapa site, rasanya nak relaxkan mata dulu. dah lbh 1/2 hari mengadap laptop. Jap lagi nak kluar lunch.
Tapi aku terkenang satu site tadi tentang ranking FIFA. Pelik betul lah aku cara FIFA bagi point. Yang aku dapat lihat, kedudukan Nepal dan Filipina yang berada di atas Malaysia dengan point yang agak tinggi. Setakat awal bulan 7, Malaysia ditangga 157 dengan 139 point shj. Tapi aku agaklah, Malaysia ni kekurangan match bertaraf 5 bintang, asik2 lawan team yang ranking lbh rendah dari kita, macamana nak banyak point. Lawanlah team England ke, Spain ke, mau banyak point walaupun kalah. Kalo seri lagilah berbaloi. nak harap menang memang jauh le....
Hahaha...LOL (sama je kan)
Anyway aku haraplah Harimau Malaya dapat buat satu yang terbaik dlm Piala AFF nanti. Itu ajelah yang kita boleh harapkan sekarang ni. Piala Asia masih jauh, tp rasanya Harimau Muda ada keupayaan untuk pergi jauh cuma perlu didedahkan lagi dengan pertandingan yang kompetitif untuk mematangkan pemain.
tetiba je kan...
tertukar topik ke bolasepak...ekcheli, aku dah dah x de idea la ni..hantam jelah.

Subscribe to:
Posts (Atom)