Nuffnangs

Friday, December 31, 2010

1.11.11....Any meaning to you?

1.11.2011


Sometimes I feel, there will be a new change when a new year come and I'm really hoping that it will change some of my lifestyles.
Sadness, unhappiness, unprosperous business, really make my life different...with a bucket of credit cards debt lying on the grounds. Now I feel that it has to be changed drastically without any compromisation...now, this  minute, this second!

Holding my hands tight, actually the vision already been set up earlier when every Muslim celebrated our new year in early Dec 2010, and from there I'm not looking back and aiming that in the year 2014, I can clear up all the debts and live in debt free situation...pray to God to grant my wishes...amin!

To all frens, I wish each and every of you a Happy New Year and pray that our lives is blessed with happiness, long lives, prosperity and good health through out the year... 

To Malaysian football team 2010, you're  at true Malaysian Heroes that brings back the memories of Malaysian superb year,s a decade or two ago...wish that the team will be more success and hoping that they will shine further in the Asian and world stage...go, go Malayan Tigers...

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 2010 Final Kedua




Tahniah....3000x kepada pasukan Malaysia. Anda adalah juara Piala AFF Suzuki yang terkini.

 -Safiq dan rakan-rakan meraikan kejuaraan bersama Piala AFF Suzuki-

Apa lagi yang hendak dikatakan oleh penyokong2 Indonesia, jelas dengan pancaran laser yang ditujukan kepada pemain Malaysia sepanjang perlawanan tidak langsung mengganggu rentak permainan dan konsistensi prestasi pemain yang jelas menggunakan taktikal berkesan mengekang serangan Indonesia yang tampak begitu terdesak lebih2 lagi setelah Safee Sali menjaringkan gol bagi team Malaysia...

Barisan pertahanan yang begitu kebal diketuai oleh Muslim Ahmad dan Fadzli Shas jelas menunjukkan kematangan mereka dan mereka tampak konsisten dan merupakan bekal terbaik bagi pasukan Malaysia. ketiadaan Mahali Jasuli di bek kanan diganti dengan berkesan oleh Sabre Abu walaupun jelas ada sedikit kekurangan dibahagian itu.

Ashaari yang menggantikan Amirul Hadi berjaya menjalankan tugasnya dengan baik dan hantaran cantik beliau secara through pass kepada Safee Sali sememangnya bertaraf antarabangsa dan penyudahan tepat oleh Safee menjelaskan bahawa Malaysia bukan datang ke Indonesia sekadar untuk bertahan.

Namun nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia, sedikit kelalaian dan gol sendiri oleh Muslim Ahmad memberikan kemenangan yang melegakan penyokong Indonesia yang secara hakikatnya telah mengakui bahawa piala AFF tahun ini adalah milik Malaysia...

Namun begitu, 2 gol tidak memadai bagi timnas Indonesia kerana setelah dibolosi satu gol, mereka perlu mencari sekurang-kurangnya 5 jaringan  untuk menang...namun itu bukanlah mudah kerana Harimau Malaya pada kali ini bukanlah lagi harimau muda yang tumpul taringnya, Harimau Malaya kini sudah cukup matang dan bersedia dari segenap segi...dan mereka sangat terdesak!

Tahniah sekali lagi kepada pasukan Malaysia dan bagi pasukan Indonesia, team anda juga sangat sporting dan penuh dengan semangat kesukanan tinggi. Namun bukan nasib kalian kali ini, mungkin dilain kali.

Jelas, ngauman Malayan Tigers kali ini telah menggegar dan menggegerkan pelosok belantara nusantara dan andalah raja rimba yang tersohor dan terhormat!



Tuesday, December 28, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 : Final kedua Malaysia vs Indonesia

HARIMAU MALAYA VS PANCARAN LASER VS GARUDA VS COLI JUPE

Malam ini adalah penentu kepada segalanya, malam untuk menangkis segala cercaan, tohmahan, cacian, makian, hinaan dan bermacam-macam "an" lagi.



Bermula dengan kutukan berkenaan dengan penggunaan cheat  laser yang dikatakan menjadi punca kekalahan Indonesia di Bukit Jalil tempohari, pengunaan dukun atau bomoh oleh pasukan Malaysia hinggalah kepada statement yang dikeluarkan oleh Julia Perez (Jupe) berkenaan dengan kemarahan beliau hingga sanggup menayangkan colinya untuk memerangkap pemain Malaysia, cukuplah wahai penyokong Indonesia, sedarlah bahawa permainan bolasepak adalah permainan berpasukan, bukan individu dan inilah yang menjadi tonggak kepada segala kecemerlangan pasukan Harimau Malaya ketika ini...

Pemain Malaysia takkan goyah dengan apa jua percubaan yang akan dilakukan oleh mu, penyokong Indonesia, jangan katakan coli, kalo diletakkan penanri bogel sekalipun, takkan tercabar ketabahan pemain-pemain kita...sama-samalah kita berdoa kepada tuhan agar kemenangan mutlak menjadi milik kita malam ini.
 
Walau laser ultraman dipancarkan, walau Garuda mengamuk dipadang, walau coli dilayangkan, walau apa2 lagi yang akan dilakukan oleh Indonesia, namun semangat perjuangan harmoni Harimau Malaya yang gagah tidak akan luntur...

Kepada semua pemain-pemain Malaysia, teguhkan imanmu, tetapkan pendirianmu, yakinkan dirimu bahawa Piala Suzuki ini akan dibawa pulang ke Malaysia malam ini....Hidup Malayan Tigers....Hidup Malaysia!

MALAYAN TIGERS WILL MAKE THE GARUDAS AS THEIR MEAL TONITE...!!!!!

Sunday, December 26, 2010

Ngaumanmu Memecah kesunyian Malam

Puisi : Ngaumanmu Memecah kesunyian Malam

Tersentak dari lamunan yang panjang
lalu mengasah taring dan kukumu
setajam belati yang berkilat dihujungnya
untuk menghapuskan keaiban yang terpalit
adakah engkau sudah bersedia untuk maju dan menghancurkan musuhmu
pastinya engkau lebih garang dan gagah kali ini
tetapi adakah engkau sudah bersedia....

Tiba-tiba terdengar ngaumanmu di purnama berikutnya
gegak gempita memecah sunyi malam
bukan sekali tetapi 3 kali engkau bertempik
kukumu kini telah menyiat dan menghancurkan daging-daging mangsamu
engkau kini tampak terlalu garang
taringmu terlekat daging merah yang dulunya angkuh dan sombong
pastinya engkau tidak mau untuk melepaskan mangsamu itu pergi
tapi adakah engkau akan merelakan ianya terjadi

Seluruh belantara Malaya kini jelas akan mengingatimu
raja rimba yang gagah dan perkasa
Tapi jangan kau biarkan taring dan kukumu tumpul kembali
asahlah dengan emas yang tersedia di sana
Jangan biarkan Gelora melemaskanmu
pantang undur sebelum melangkah
tiada istilah tewas di dalam jiwa
teruskan egomu untuk menguasai rimba nusantara
ego bukan bererti sombong dan angkuh
tapi demi tanah tumpah darahmu yang tercinta......

Nukilan : Talam keladi

"Khas buat Pasukan Bolasepak Malaysia yang akan turun menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno. pada 29hb Dis ini..semoga mereka berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki kali ni"

Monday, December 20, 2010

Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki 2010

Final.....selepas 14 tahun menunggu...mungkinkah Malaysia akan menjulang Piala tersebut bagi edisi kali ini...? Satu persoalan yang harus dilihat dari sudut yang positif, kerana sekiranya bersandarkan kepada prestasi Indonesia pada edisi kali, jelas Malaysia sukar menandingi kehebatan pemain-pemain Indonesia yang jelas lebih berpengalaman dan berkeyakinan ketika berhadapan dengan pasukan kita.

Jadi, apakah anak2 buah K Rajagopal boleh mengatasi masalah konsistensi dalam permainan dan mengekalkan tahap disiplin yang tinggi seperti dalam perlawanan menentang Vietnam tempoh hari, 26hb Disember 2010 ini adalah penentu kepada prestasi sebenar pemain-pemain Malaysia.

Perlawanan timbal balik yang akan di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26hb Disember 2010 dan di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia pada 29hb Disember 2010 merupakan titik tolak kepada kebangkitan dramatik kepada pasukan muda Malaysia.
Jika dilihat kepada perlawanan antara Malaysia dan Vietnam pada 18hb yang lepas, jelas menunjukkan taktikal disiplin yang begitu baik dilakukan oleh pasukan Malaysia walaupun boleh dikatakan pasukan negara bernasib baik juga, penyerang2 Vietnam gagal melakukan penyudahan tepat walaupun  dihidangkan dengan belasan cubaan ke arah gol Malaysia. tetapi harus diingat bahawa Indonesia mempunyai penyerang2 berbisa yang jelas lebih ampuh penyudahannya seperti Gonzales yang menjaringkan 2 gol ketika mengalahkan Filipina, Yongki, Okto, Bambang Pamungkas, Firman Utina (kapten) dan ramai lagi. Sekiranya Malaysia masih menagamalkan corak permainan "less possession" sedemikian, pasti padah akan menimpa....

Kekurangan pegangan terhadap bola dan ketidaktepatan dalam hantaran pasti akan menggugat pencapaian Malaysia kali ini...namun jika dilihat dari sudut stamina dan kecergasan pemain, jelas menunjukkan pemain kita boleh bertahan sehingga 90 minit.

Pemain2 pertahanan perlulah lebih bijak dalam mengawal bola, bukan sekadar untuk keluarkan bola sahaja tapi perlulah membuat hantaran tepat yang pantas untuk memerangkap lawan. Barisan petahanan seperti Muslim Ahmad, Fadhli, Sabre Abu/ Mahali Jasuli, Asrarudin adalah pemain2 yang bagus, cuma kadang-kadang cepat panik menyebabkan kekasaran dilakukan. Contohnya Mahali yang ketika ini merupakan pemain yang paling banyak menerima kad kuning dan kad merah, pastiny beliau tidak mahu perkara ini berulang ketika pertemuan Akhir nanti. Dibandingkan dengan Sabre Abu, Mahali lebih tegap dan laju tetapi kekurangan pengalaman di arena antarabangsa. Sesiapapun yang diturunkan dibahagian pertahanan ini perlulah bersikap lebih tenang dan lebih berkomunikasi antaras satu sama lain untuk mengelakkan kesilapan yang pastinya akan menyukarkan penjaga gol.
Dibahagian tengah, Amar Rohidan, Safiq Rahim, Kunalan, Amirul Hadi menjadi tunjang kepada bahagian serangan dan diharapkan mereka juga lebih tenang dan lebih bersemangat untuk membantu penyerang negara iaitu Norshahrul dan Safee Sali. Ketika menentang Vietnam di Malaysia di mana Malaysia menang 2-0, jelas menunjukkan bahawa gandingan Safee dan Safiq begitu berjaya. Amirul Hadi dan Kunalan juga hebat diposisi masing2. Didoakan agar semangat pemain Malaysia tidak luntur dan lebih bermotivasi selepas diaibkan oleh Indonesia dipusingan awal dengan jumlah jaringan yang dikatakan tidak masuk akal.

Dendam dan amarah kepada kekalahan itu perlulah diterjemahkan dengan satu sikap tidak mudah menyerah kalah dan bermain bermati-matian dan janganlah diterjemahkan dengan kekasaran dan pergaduhan.
Semoga Malaysia beroleh kejayaan nanti....VIVA HARIMAU MALAYA....NGAUMANMU JELAS KEDENGARAN KINI....

puisi  untuk Malaysia...HARIMAU MALAYA SATU TRANSFORMASI

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE