Nuffnangs

Thursday, June 6, 2013

Subhanallah




Terdengar kocakan air di hujung sana
diselangi dengan suara nyanyian yang merdu
bersendirian tanpa gerun di belantara ini
cahaya menyilaukan mata ketika menghampiri
aku terpana...terpegun...kelu tidak dapat berkata
indah sungguh ciptaanNya...
belum pernah ku temu di mana-mana

aliran air yang tenang dan jernih 
pepohonan dan bunga-bungaan yang berwarna warni
selesa...ya aku berasa selesa di sini
inilah yang aku dambakan..
tapi betulkah atau sekadar permainan mimpi
yang akan lenyap dikala fajar menyinsing

anginnya sejuk tapi tidak menyulitkan
aku lihat ayunan kaki putih mengocak air
wajahnya tiada rasa sedih
wajahnya tenang dan damai
menyanyi merdu hingga aku juga merasakan damai itu
ku lihat ikan-ikan bermain dihujung kakinya
ditepinya ada bakul berisi bungaan
segar dan cantik semuanya

rupanya kehadiran aku disedari
aku cuba lari tapi entah apa yang membelenggu
kakiku seakan dirantai di situ
aku menoleh kearahnya
dia tersenyum manis hinggakan tiada lagi gerun
wajahnya persis purnama yang bercahaya
bersih dan tiada gundah

katanya janganlah bimbang atau takut
kerana dia di sini atas keizinan Tuhan
dia juga insan sepertiku
insan yang patuh kepadaNya
hatiku merasa tenang kembali
setenang aliran air yang mengalir
aku dan dia berbual tentang alam ciptaanNya
subhanallah...subhanallah...subhanallah
Maha suci Allah...Maha suci Allah...Maha suci Allah

~Talamkeladi.com~ 

Wednesday, June 5, 2013

Israk dan Mikraj




Masjidil haram menjadi saksi permulaan perjalanan
nilai keagungan Allah tiada terhitung besarnya
perjalanan yang menjadi saksi akan kemuliaan baginda
penuh tawaduq dan takwa demi memimpin ummahnya
diberikan mukjizat yang tidak terperi nilainya
menjadi kekasih Tuhan yang abadi nyatanya

Hebat sang buraq menjadi tunggangan sambil ditemani Jibril
Dari Masjidil Haram tiada berhenti terus ke Aqsa
Lalu ditambatnya sang buraq di halaman masjid
Baginda diminta mengimami sahabat dan anbiya dalam solatnya
memuji keagungan Tuhan Yang Maha Esa
Mengakui akan Keagungan dan kebesaranNya

Menerobos 7 petala langit sambil menyaksikan kekuasaan Allah sw
Seksaan yang akan diterima dan gambaran di Neraka
Sedih menguasai diri takut merangsang fikiran
Apa akan jadi pada umatku nanti setelah aku tiada
itulah  kekuasaanNya diberikan petunjuk kepada Baginda
agar jelas tentang dakwah demi umat seluruhnya

Dibawa menyelusuri terus ke sidratul muntaha yang sangat tinggi
seterusnya ke Arasy Allah melihat akan malaikat bertawaf
melihat dan bertemu dengan moyangnya dan para Nabi
sungguh tak terperi kelebihan yang diberikan Tuhan pada baginda
Diberi kesempatan dan petunjuk tentang hal keduniaan
tentangan dari ifrit diberikan cara untuk perlindungan

Perjalanan Baginda menentukan kedudukan solat 
dari 50 menjadi 5 demi ummat
kiblat diubah dari Baitulmuqaddis ke Mekah
Selepas Baginda berpindah ke Madinah
Betapa tingginya penghargaan Allah
kepada Baginda Rasullullah

tanggal 27 Rejab menjadi saksi akan semuanya
sepertiga malam memakan masa
Buraq ditunggang jibril menemaninya
terus menerus tiada hentinya
segala pengajaran dipelajarinya
demi kepentingan seluruh umatnya
solat menjadi tiang agama
agar insan tidak terjerumus ke Neraka

~Talam Keladi~
 

SANG BIDADARI



Menerobos ruang langit kirmizi petala
tersentak dengan kehadirannya yang penuh jiwa
fizikal yang sungguh sempurna
naluri hati berkata siapakah dia
pekertinya elok adakah sang bidadari syurga
mungkin aku bermimpi mungkin juga ia nyata

tapi lariannya sangat kencang  
hingga aku seakan tidak berdaya mengejarnya
dia menoleh kepadaku seraya berkata
jangan pernah kecewa teruskan usaha
aku seakan-akan mendapat jiwa
lantas semangatku berkobar menyala-nyala
bak api menjulang serata buana

sang bidadari tersenyum dan melambai-lambai
lambaian yang penuh dengan kasih sayang
mungkinkah akan terubat segala kesakitan
mungkinkah akan hilang segala kegundahan
mungkinkah juga akan hilang keraguan
ku lihat dia membawaku ke lembah penuh keindahan
hingga diriku merasakan kegembiraan
kegembiraan yang tidak boleh aku gambarkan

aku terpana dengan kecantikan dan keindahan pekerti
dapatkah dia membawa erti hidup yang sebenarnya nanti
langit kirmizi menjadi ruang dan saksi
akan semua keagungan Tuhan yang hakiki
Dia Maha Pengasih dan Maha Mengetahui
akan segala apa yang terjadi di dalam hidup insani

~TalamKeladi.com~
 


Monday, May 13, 2013

SYIAR




Duduk bersimpuh menghadap tetamu,
bermadah seloka tanda bersaudara,
tubuh gementar mencerna sirahmu,
hayat hadir menentukan segala

Tubuh gementar mencerna sirahmu,
hayat hadir menentukan segala,
jgn kecewa mengejar ilmu,
hati yang suci terima seadanya

Jgn kecewa mengejar ilmu,
hati yang suci terima seadanya
Jiwa tenang tiadalah jemu
seluruh hayat dikorban keranaNya

Jiwa tenang tiadalah jemu
seluruh hayat dikorban keranaNya
Islam ditatang sepenuh jiwamu
tanpa ragu menghadapi ujianNya.

~TalamKeladi.com

Monday, December 31, 2012

2013

Assalamualaikum,





Mood? Malash sgt2 sbb kebanyakkan org sdg excited anak2 nak masuk sekolah sedang aku plak bekerja di outstation dan x dpt nak bersama dengan anak-anak. Tq kepada isteriku yg menguruskan semuanya dgn ketiadaan aku. Kadang2 aku rasa bersalah gak tak dapat nak membantu tapi apakan daya jauh diperantauan dan cuti plak x boleh amik sesuka hati sbb baru jer bertukar kerja.

Alhamdulillah duit yuran sekolah dan segala keperluan sekolah telah aku tunaikan. Itu yg membuatkan aku sebak sbb anak2 pasti memerlukan ayahnya ketika hari pertama persekolahan. Nasib baik x de anak2 yg masuk tahun 1 atau baru jer nak masuk tadika. Alhamdulillah.

Anak yang sulung tahun ni akam melalui exam besar pertama beliau iaitu UPSR dan ayah doakan kakak mendapat kejayaan cemerlang. Usaha lebih sikit pasti berjaya dan jadilah seorang anak yang solehah dan sentiasa patuh dengan suruhan agama.

Tahun 2013 walaupun aku xde azam spesifik sbb dah buat masa awal Muharram dulu tapi aku bertekad untuk melunaskan hutang yang agak banyak ketika ini. Kereta, rumah dan pelbagai lagi. Semoga Allah sw memurahkan lagi rezeki aku dan keluarga aku dan memberi aku keupayaan untuk berbuat demikian. Aameen.

Kat sini aku nak sarankan kepada setiap pembaca muslim untuk istiqomah dan mengamalkan solat sunat Dhuha yg begitu banyak kelebihannya dalam mempermudahkan segala urusan setiap hari dan membuka pintu rezeki samda dilangit atau dibumi.

Sekarang ni sahabat2 aku semakin bertambah samada di twitter atau FB dan aku rasakan yg sekarang ni ramai muslimah dah ada keyakinan kepada Islam dan x segan2 lagi untuk berhijab, berniqab dan paling penting menutup aurat secara sempurna. Aku sering berkata di dalam hati apabila ternampak ada muslimah yang memakai tudung setakat menutup rambut sahaja tetapi pada zahirnya tidak menutup aurat secara sempurna. Alhamdulillah mereka tetap memakai tudung. Mungkin mereka perlu masa untuk betul2 faham akan maksud menutup aurat. Aku hanya mampu berdoa kerana tidak mampu memberikan tarbiah secara direct kpd mereka.



Kepada yang masih tidak bertudung, aku doakan mereka terbuka hati untuk berbuat demikian walaupun dalam keadaan terpaksa. Takkan nak tunggu sampai seru seperti yang biasa kita dengar sebab kematian jelas tidak akan menunggu sekiranya masanya telah sampai kan.

Paling penting dalam hidup ni adalah kita janganlah selalu bersangka buruk kepada orang lain kerana seburuk mana orang itu, sejahat mana orang itu, kita tak tahu semasa kita menghembuskan nafas yang terakhir nanti samada kita ni masih beriman atau tidak. Hanya Allah sw yang Maha Mengetahui segalanya. Berdoalah saja agar mereka yang masih belum menurut kepada tuntutan Islam diberikan hidayah untuk berubah.

Kepada yang sudah berubah, istiqomah lah dan sentiasa dekatkan diri dengan orang2 yang beriman dan beramal soleh kerana dengan cara itu kita sentiasa dalam suasana yang memberikan kita motivasi untuk kekal dalam suasana Islam yang sebenarnya. teruskan menimba ilmu dan tingkatkan pengetahuan agama untuk tidak mudah terpedaya dengan helah dan tipu daya syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan kita.

Sentiasa beringat bahawa kematian akan menjemput kita pada bila2 masa seperti kata pepatah buatlah ibadah sepertinya kita akan mati esok hari dan carilah rezeki sepertinya kita akan hidup 1000 tahun lagi.

2012 telah melabuhkan tirainya dan 2013 telah memulakan langkahnya. Jadi mulakan langkahmu dengan keyakinan yang mendalam bahawa Islam adalah agamamu yang membawa kamu ke jalan kebenaran, jalan yang membawa kamu ke syurga. Kepada para daie, teruskan kerja2 dakwahmu dan semoga Allah sw memberikan kamu semua kesabaran dan keteguhan iman untuk terus menjalankan kerja2 mulia ini. Kepada pemerintah yang mempunyai kuasa terhadap negara ini, yakinlah kepada Islam kerana rezeki dan segalanya adalah kurniaan Allah sw dan bukannya hadir begitu sahaja. Sekiranya Allah berkehendakkan, bila2 masa sahaja dia akan mengambilnya tanpa mengira masa dan tempatnya.

Semoga Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang menuruti syarak dengan sepenuhnya dan meletakkan Islam di puncak.

Asallamualaikum wbt.

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE