Nuffnangs

Saturday, September 15, 2012

16 September 2012

Assalamualaikum
 
menjadi sejarah hari ni sbb hari ni adalah hari Malaysia dan juga hari terakhir di bulan Syawal.
 
Nampaknya banyak pihak yang mengambil kesempatan hari ni dengan mengadakan rumah terbuka (open house) dengan tema Aidilfitri Hari Malaysia. Gempak juga kan. Memang boleh jadi memori yang indah tahun ni. Rasanya hari ni di Kluang ada beberapa open house yang besar kalo tak salah. Pegawai daerah dan juga TPM rasanya ada buat open house hari ni. Kat dataran Tasik Kluang pun ada makan-makan hari ni.  So sesiapa yang ada kesempatan pergilah kerana anda semua dijemput hadir.
 
Aku hari ni nak berehat je kat rumah. Malas nak gerak ke mana-mana. Tengok tv makan dan tidur lagi best.
 
Korang tau ke pengertian Hari Malaysia ni. Kalo x tau tu google lah ye. Aku nak terangkan kat sini pun rasanya macam x sesuai. Lagi baik korang cari sendiri k.
 
So aku chow dulu...selamat Hari Malaysia dan hari terakhir Syawal semoga korang bergembira dan dapat rehat yang sempurna hari ni. Hari ni aku dapat senyum sampai petang sbb Manchester United menang bergaya malam tadi. Wigan jadi mangsa malam tadi dibelasah 4-0. Walaupun RVP tak main sepenuh masa dan Man U mempertaruhkan skuad yg berbeza, jelas Wigan bukanlah lawan yang seimbang. Anyway hard luck kepada fan Wigan, ada ke kat Mesia ni. Kalo adalah..hehehe
 
Senyum...tak perlu kata apa2.
 
Wassalam..

Friday, September 14, 2012

GangNam Style

Malaysian, Singapore, Filipina dan berbagai negara lain membuat parody style yang tengah meletup-letup tu. Pergh mmg mengamuk betul lah klip lagu tu. Kat Youtube je dan berbelas-belas juta views. Yg buat parody pun mendapat sambutan giler2.
 
 
 
Ada juga yg buat kat event2 tertentu seperti hariraya dengan style yg tersendiri. tapi yg penting gaya tarian menyilang tangan di depan tu memang ada style tersendiri. Mungkin korang dah tengok klip Suasana Gangnam Raya dan sebagainya. Memang mendapat sambutan giler2 juga.
 
 
 
Anyway aku bukannya nak cakap2 apa tentang lagu nih. Nak kata aku suka sangat pun x delah. Cumanya muziknya yang agak "catchy" menyentuh kolbu untuk mengetahui dengan lbh lanjut tentang lagu nih. Sebutan "Oppa gang nam style" menjadi ikutan kanak-kanak sekarang.
 
 
 
Mengikut kepada kamus bahasa korea, "Oppa" tu adalah sebutan untuk orang yg lelaki yang lbh tua seperti abang. "Gangnam" pula nama tempat atau daerah di Korea. Jadi maksudnya "abang gaya/ala Gangnam". Kira abang kawasan la kalo kat Malaysia. 
 
 
 
Suka2 juga bila tgk video klip tu, tapi dengan kehadiran model2 seksi mmg x sesuai ditonton oleh muslim sekelian. Rosak pemikiran kanak-kanak. kalo kanak2 tu masih belum fhm x pelah. tapi yg dah faham dan dh akil baligh, lain pula jadinya. Walaupun muzik agak catchy tapi lirik lagu tu x brp memberikan pengajaran. ia tentang kehidupan di Gangnam Korea yang agak moden dengan gadis2 cantik. So lelaki2 di sana mestilah tau cara untuk memikat gadis2 di sana yang agak sosial dan mencari lelaki yang tau melakukan apa saja. Kalo aku salah tolong betulkan ye...
 



-wow-



 

Anyway, suka2 juga tapi kalo boleh carilah lagu yg bermanfaat. Ok guys wa chow dulu. Wassalam. 



Thursday, September 13, 2012

KOTAK BATU

KOTAK BATU

Keras dangkal menghuni di sudut
hampir aku tidak mengenali siapa dia
luaran sungguh mengujakan
kerna ku rasakan dia sungguh lembut
penyayang dan sangat mengasihi
wataknya jelas mengelirukan
adakah kotak ini yang aku simpan selama ini
atau sebenarnya ada musuh yang menantiku disebaliknya

Lemas, lemas aku dengan semua ini
terkadang aku merasakan kehadiran kotak itu
tidak membawa erti dan tiada makna
apa  gunanya dia di situ
berat dan keras untuk aku pergunakan
lantas aku biarkan saja dia di situ
sampai bila mungkin selamanya
entahlah aku tidak tahu

Tiba-tiba kotak itu terbuka
Sungguh memeranjatkan aku yang sedang kebingungan
keluar daripadanya sesuatu yang aku tinggalkan
kalam Allah yang satu lengkap dengan rehalnya
wangian semerbak menyusup ke rongga bauku
tidak pernah aku terbau wangian sebegini
mungkinkah kasturi syurga entah aku tidak tahu
di tulis di satu bahagian kotak
"bacalah dengan nama Tuhanmu
Yang mencipta alam semesta dan dirimu sendiri
lalu kau akan temui diriNya yang menemanimu"

Dan aku bersumpah pada diriku
akan aku jaga kotak itu dengan diriku sendiri
walau pernah terbelenggu dengan perasaan
yang bercelaru akibat tidak mengambil kisah
tentang apa yang berlaku disekeliling
tapi aku tahu Allah akan sentiasa bersama
menjaga aku, kotak ku dan semuanya
semoga aku tidak lagi alpa dengan suruhanNya
tidak lagi lalai dengan perintahNya

Nukilan : Talamkeladi.com

Wednesday, September 12, 2012

Teman Pengganti - Black & Malique


Lirik Lagu Black Teman Pengganti (feat. Malique) Lyrics

Ketawa bersama menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Sejak dua menjak ini makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi

Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir

Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya ku ceritakan
Aku kan pergi pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Bola oh Bola

Assalamualaikum
 
Aku teringat yang dulu aku ada post tentang World Cup 2010. Ada yang sanggup x tidor kerana bola. Yelah mana taknya perlawanan semuanya dalam pkl 3-4 pagi. Pilihan antara tidur dan bola adalah pilihan kita sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung. Jiwa bola mana boleh disamakan dengan jiwa yang lain. Betul tak?
 
Kenapa aku bangkitkan  perkara ni sbb sekrang ni dah mula balik qualifiying match untuk WC 2014 dan kebanyakan perlawanan berlangsung pada awal pagi terutamanya zon eropah. Friendly match pun sana sini ada. Kalo zon asia tu bolehlah layan malam2. Anyway, aku terasa spt aku dah brp minat tgk bola lately. Maksud aku jiwa ni dah x seprti dulu. Skrg ni kena pilih match betul2. Kalo best baru tgk. Yang aku minat skrg kalo Malaysia  lawan. Macam malam tadi. Frust jugalah sbb kalah. Banyak  sgt experimen. Cubalah stick dgn satu je dulu. Mcm lwn Arsenal tempohari. Baru best. Tapi aku rasalah, King G nak rahsiakan sesuatu drp Vietnam. Yelah takkanlah nak reveal semuanya kan. X lama lagi nak lawan dalam Piala Suzuki AFF. Semestinya King G ada perancangan dia sendiri.
 
Excelly aku malas nak citer pasal bola hari ni, tapi dah x de modal. Korang bacalah aje ye.
 
Oklah kita tunggu perlawanan timbal balik Malaysia vs Vietnam kat Vietnam pula lepas ni. Pada pandangan aku, Malaysia akan kalah juga. Korang tengok jelah nnti. Tapi Harimau Malaya akan mengaum masa pertandingan nnti dan mempertahankan Piala buat kesekian kalinya. Wah...konfidennya.

Go go harimau malaya....aummmmm!





 

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE