Nuffnangs

Tuesday, September 11, 2012

9/11

Assalamualaikum
 
Baru sampai dr outstation. Ada kes di Muar. Penat kira x penat sangat lah. Cumanya hari ni insyaAllah aku , berpuasa. Awal pagi tadi kununnya nak tunjuk terer, sahur dengan 3 ulas buah tamar dan segelas air sejuk. Saja nak test, boleh tahan ke dak. Nampaknya, perut aku memerlukan nasi juga atau apa2 jenis karbohidrat untuk menahan dari berkeroncong. Hehehe...
 
Anyway, aku tekad untuk meneruskannya hari ni. God willing!
 
Pagi tadi org ramai dan media dok gebang pasai tragedi 11/9/2001. Haah...pasai kapai terbang langgaq NYWTC yg gah tu. Berbagai cerita mereka luahkan. Ada tu duk dekat je tapi kira2 8 jam jugalah dr pusat serangan. tapi takutnya bukan main. yelah aku dapat merasakan ketakutan mereka. manalah tau kot2 kapai terbang terjunam atau tersasar daripada target mereka. Semuanya kuasa Allah sw. Bertawakal ajelah kalo dah mcm tu.
 
Tapi aku seronok dengar sorang pemanggil di Sinar fm memberi pendapat tentang serangan tu yang jelas mengakibatkan reputasi Osama bin Laden dan umat Islam sedunia meningkat dan menjadi sangat ditakuti. Memang US berjaya dan pemanggil menyebut ada konspirasi untuk menjatuhkan maruah umat Islam sedunia dan memberikan tanda atau cop pengganas di dahi orang2 muslim sejagat.
 
Yang jelas, digembar gemburkan tentang serangan tersebut dilakukan oleh muslim extreme atau muslim terrorist. Namun, terdapat pengkaji serangan yang mengatakan dengan kuat bahawa serangan itu adalah dirancang oleh USA sendiri atas arahan daripada pihak Zionis dan mengambil tarikh 11/9 atau mereka panggil 9/11 sebagai tarikh keramat mengikut kpd perkiraan mereka yang menyekutukan Allah dan  menyembah Syaitan. Sila lihat di sini!!!
 
 Tonton sampai habis dan renungkan...bak kata Nabil, Lu fikirlah sendiri!
 
Semoga Umat Islam sedunia bersatu dan berpadu untuk mengelakkan serangan mental dan fizikal daripada musuh2 yang jelas tidak senang dengan kedudukan kita sekarang. Lagi satu, janganlah pula kita juga meraikan tarikh ini seperti mereka, dengan memperkatakan dan mengingat kembali tarikh ini jelas seperti kita merelakan umat diperkotak katikkan. Tetapi kalo boleh ingatlah tarikh ini sebagai tarikh mereka telah memperbodohkan diri mereka sendiri dan keingkaran mereka mengakui kebesaran Allah sw jelas akan membawa ke arah kesesatan yang nyata. 

Thursday, September 6, 2012

Pasir Pasir Pantai

PUISI TALAMKELADI.COM : PASIR PASIR PANTAI

 Sudah lama benar kau berada di sana
Dihempas dan dibantai gelora yang tidak kenal jemu
Terkadang terfikir untuk berganjak
Berhijrah ke tempat yang lebih bahagia
tetapi adakah ada bahagia yang di cari?
tanpa kasih dan cinta sang gelora

Sang gelora mengimpikan cinta pepasiran
Tanpa  jemu memberikan kasihnya siang dan malam
Ada masanya badai membutakan Sang gelora
menjadikannya buta kasih dan cinta pepasiran
lalu dihempasnya dan dibantainya pepasiran
hingga berubahny wajah dan watak pepasiran
Yang terkadang menghanyutkan pasir pasir itu
Jauh ke pendalaman

Namun kasih Sang gelora masih utuh
Dicarinya pepasiran walau jauh manapun
lalu ditariknya kembali penuh kasih ke pesisiran
tanpa jemu juga memberikan sepenuh cintanya
sepenuh kasihnya demi mencantumkan kembali
ikatan cinta pepasiran yang nampak seakan pudar
dimamah cahaya mentari yang garang

janji yang dimateri bersama antara keduanya
takkan berpisah walau apa jua yang melanda
namun kita tidak tahu apa yang akan berlaku
kerana ada yang cemburu dan dengki
Entah sampai bila akan terus dapat bersama
mungkin hingga kiamat...mungkin juga
memang pasir dan pantai sentiasa berubah
tetapi cintanya kepada sang gelora tetap sama

Nukilan : TalamKeladi.com

Wednesday, September 5, 2012

Cinta-NYA


PUISI TALAM KELADI : Cinta-NYA

Hanya CintaNya
Dengan KasihNya
Serta SayangNya
Jantungku berdegup
Nadiku bergetar
Darahku mengalir
 
Hanya CintaNya
memberikan ku nafas
untuk terus hidup
Dengan KasihNya
menganugerahkan ku kekuatan
untuk terus berjuang
 
segala dugaan
rintangan serta ujian
bergalang gantian
susul menyusul berlapisan
ku tahu ku mampu menahan
dengan kecintaan
dengan belas kasihan
dari Nya Allah Azza Wajalla
 
Dialah yang penuh cinta
penuh kasih penuh sayang
berlimpahan ke segenap penjuru alam
setiap saat setiap detik setiap waktu
tiada jemu tiada mengira siapa kamu
hanya kita yang jiwanya selalu kosong
selalu tidur menurut emosi dan nafsu
 
Hanya CintaNya Hanya CintaNya Hanya CintaNya
Kekal selamanya....... 

Nukilan : TalamKeladi.Com

Sunday, September 2, 2012

Manchester United vs Southampton 2012

Hattrick Robie Van Persie julang Man U.
 
Pergh memang mengujakan betul match malam tadi nih. Ketinggalam 1-0 seawal minit ke 7 perlawanan, Man U mengorak langkah dengan perlahan untuk mengatasi Southampton pada minit2 terakhir perlawanan.
 
RVP menyamakan kedudukan pada minit ke 37 dan perlawanan sebenarnya dikuasai sepenuhnya Man U. Pada separuh masa kedua, Man U dihadiahkan sepakan penalti tetapi malangnya RVP yg cuba membuat sepakan cara Panenka tetapi dapat dibaca denga baik oleh Penjaga Gol lawan (Davis).
 
Melalui satu counter attack oleh Southampton, mereka berjaya mendapatkan gol kedua. Memang gemuruh gila jantung aku tetapi Man U menggandakan asakan dan akhirnya RVP berjaya menjaringkan gol hasil tandukan Ferdinand yang terkena tiang gol dan melantun dihadapannya. Kedudukan 2-2 ini menyebabkan Southampton seperti hilang arah dan hasil daripada satu sepakan sudut, RVP menanduk masuk dengan cantik.  Berbaloi betul Man U kali ni.
 
Final result Man U 3-2 Southampton.
 
Glory2 Man United... 
 
 

Blogku

Assalamualaikum
 
lama tak update blogku ini...malas betul lepas raya ni. Asyik makan tidur makan tidur, tidur makan tidur makan...tu yg nak buat apa pun malas.
 
Ekcelly, aku agak sibuk kebelakangan ni. Asyik outstation jer. Sampai x sempat nak bukak blogku ni.
 
Amcam raya korang. Mesti meriah kan. Rasanya belum habis lagi pergi beraya rumah sedara mara, kawan-kawan dan yg lain2. Aku sendiri pun masih belum sempat habis beraya rumah sedara mara. Bagi sahabat handai tu, kalo korang ada buat open house jgnlah segan jemput aku tau.
 
Tup2 bulan syawal dan hari kemerdekaan negara kita serentak tahun ni. 31 Ogos lepas, anak2 aku ajak pegi tgk sambutan merdeka kat Kluang. Kali ni Kluang jadi host peringkat negeri. Meriah gak. Punyalah suka anak2 aku semua. Kena pulak haritu cuaca mendung jer. So x berapa panaslah. Tapi yang aku musykil, area mereka buat sambutan ni. Kalo korang pernah pg Kluang, korang mesti tau Kluang Mall. Kat depan Mall nilah mereka  buat. Siap dengan pentas. Kawasan ni dahle sempit, orang bukan main punya ramai. Dah x rasa bagus walaupun sambutan kali ni bagus. Ada tempat lain yg lebih baik kat Kluang ni, contohnya kawasan Dataran Tasik Kluang yang lebih sesuai dan luas. dahle menyebabkan lalulintas terganggu. Orang ramai terutama kanak2 juga x dapat menyaksikan sepenuhnya sambutan kali ni.
 
Musykil aku...betul2 musykil. Rasa macam ada agenda tertentu jer.
 

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE