Nuffnangs

Thursday, August 9, 2012

10 Lagu Raya Terbaik Pilihan Talamkeladi.com

Talamkeladi.com : 10 Lagu Raya Terbaik Pilihan

1. Dendang Perantau (Allahyarham Tan Sri P Ramlee)

2. Balik Kampung (Allahyarham Sudirman)

3. Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Allahyarham Sudirman)

4. Suasana hari raya (Anuar Zain & Ellina)

5. Cahaya Aidil Fitri (Black Dog Bone)

6. Suatu Hari Di Hari Raya (Dato' M Nasir)

7. Kepulangan Yang Di nanti (Aman Shah)

8. Selamat Hari Raya (Saloma)

9. Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Mamat)

10.Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)

Kalo korang ada pilihan masing2 bolehlah komen k. Tapi aku rasa nilah lagu2 yang boleh menyentuh qolbu aku takat ni.

Nak download Mp3 boleh lah klik sini.

Enjoy yourself...

Wednesday, August 8, 2012

Basikal Trek : Omnium

Korang pernah dengar tak acara ni...trek omnium. Aku pun first time dengar ni. Kat Olimpik 2012 ni lah.

Apa yang aku tengok kat tv, acara ni dah macam acara lebuhraya. Memang lama dan cara dia berlepas secara beramai-ramai. Ada 2 lapis atau barisan sekali heat. Daripada korang berteka teki apa itu omnium, korang bacalah kat bawah ni.


 lepas beramai-ramai

Apa yang aku dapat tau, acara omnium ni telah merangkumi kombinasi pelbagai acara trek atau pengganti kepada acara pecut  individu, point race dan madison. Kalo korang pernah tengok olimpik, kita ada acara point race mcm kat lebuhraya tu. Point dikira ketika zon pecut dan sebagainya.

Omnium sudah diperkenalkan di kejohanan dunia sejak 2007 lagi. Cumanya dalam olimpik, inilah kali pertama diperkenalkan walaupun mendapat pelbagai kecaman dan bantahan.

Ok kalo dah faham ini pula cara pengiraan pointnya. Bagi yang mendapat tempat pertama di zon pecut, dia akan mendapat 1 markah, no 2 dapat 2 markah, no 3 dapat 3 markah. Markah2 ini dikira secara terbalik yg bermaksud sesiapa yang mendapat markah terendah menjadi pemenang.

Ada 6 events dalam omnium ni.
  1. Flying lap (lawan jam)
  2. Perlumbaan mata
    30 km untuk lelaki elit, 20 km untuk wanita elit, 15 km untuk junior lelaki, 10 km untuk junior wanita
  3. Penyingkiran
  4. pecut individu
  5. 4000 metres untuk lelaki elit, 3000 metres for junior lelaki dan elit wanita, 2000 metres wanita junior
  6. Scratch
  7. Ujian masa
  8. 1km lelaki, 500 metres wanita
Korang faham tak...tak faham...iskh3x. Aku sendiri pun x faham. tak pe. Kalo tak faham, korang jenguk2 lah youtube ke atau google. No problem lah.

Harap2 adalah pelumba Malaysia dalam acara ni nanti.


Tuesday, August 7, 2012

Azizul Hasni Awang dan Acara Keirin

Siapa tak kenal sekarang ni dgn Azizul Hasni Awang atau pocket rocket man kita...kecik jer orangnya tapi hatinya sangat besar.

 Azizul Hasni Awang aka Pocket Rocket Man (PRM)
 (foto hiasan)

Malam tadi aku tengok le dia fight semi final acara kegemaran dia iaitu keirin. Pencabar dlm heat dia masa tu termasuklah juara dunia Chris Hoy dari Great Britain, dan 4 yang lain yang semuanya dari Eropah. Body mereka semuanya solid2 beb. PRM juga yang kerdil kat situ. Sori ye Azizul bukan nak ngata tapi kenyataan. Fizikal memang ketara sangat berbeza.

Cer korang tengok yg no 3 tu adalah PRM, beza kan fizikal dia....haha

Tapi apa yang aku nak cakap kat sini adalah semangat dia dan hati dia yang sangat besar. Aku rasa dia tak takut pun berada dalam kelompok puak2 yang besar tu. Akhirnya, dengan semangat yang membara tu, dia dapat no 2...no 2 tu beb belakang Chris Hoy. Sikit je lagi nak dapat no 1.

Bangun pagi tadi, aku dengar final acara keirin ni dah berakhir dan PRM dpt no 6. Kecewa sikit aku tapi percaya dia dah berusaha yang terbaik untuk negara. Siapa yang tak nak medal kan. Lagi2 emas. Berbaloi-baloi tu kalo dapat. Mau jadik jutawan bila balik karang. Anyway tahniah PRM. Aku rasa lepas ni pesaing2 dari Eropah dan Asia pasti gerun kan tengok dia. Tapi aku rasa, kalo lah ada Josiah Ng masa final tu, pasti keadaan nya berbeza sebab keirin ni memerlukan taktikal dan strategi yang betul. Kita boleh tengok masa Sukan Asia yang lepas macamana Josiah bantu PRM jadik juara. Kadang2 PRM bantu Josiah. Begitulah keadaannya, hadang, himpit dan sebagainya boleh digunakan untuk capaikan matlamat.

yang depan tu le basikal bermotor (foto hiasan)

Cakap pasal keirin ni, korang tau ke macamana cara ia dilakukan? Sebenarnya keirin ni berasal dari Jepun bermula tahun 1948 lagi. Dulu cuma untuk tujuan pertaruhan tapi dijadikan sukan rasmi pada olimpik Sydney tahun 2000. Di lakukan dalam 8 pusingan yang mana pelumba akan mengikut sebuah basikal bermotor dengan kelajuan dalam 40-50 km/jam sehinggalah pusingan ke 6 yang mana basikal bermotor ini akan keluar dari track. Pelumba2 akan meningkatkan kelajuan dalam 60-70 km/jam dan semakin laju ketika pusingan yang terakhir. Kat sinilah strategi dan taktikal sangat penting dan kalo ada rakan sepasukan mmg satu kelebihan.

Oklah. Sebarang kemusykilan bolehlah terus Google k. hahaha...sori.

Hari Ke 18 Berpuasa 2012

Hari ni sakit pinggang aku masih terasa cumanya agak kurang daripada semalam. Rupanya utk melegakan sakit belakang atau pinggang ni kita kena tidur telentang. Mlm tadi sakit bila bangun selepas duduk lama. Pergh mmg teruk rasanya sakit pinggang ni. Ni first time aku kena mcm ni seumur  hidup aku. Anyway, ini semua dugaan oleh Allah sw.

Tadi aku ada dengar ceramah Ustaz Haslin Bahrin aka Ustaz Bollywood, dia kata apa yang kita buat mestilah atas sebab kepentingannya bukan kerana minat untuk buat benda tu. Contohnya, budak2 muda yang x de lesen memandu atau menunggang motorsikal, apa tujuan mereka bawa kereta atau motor. Kita tau kepentingan kenderaan adalah memudahkan pengangkutan. Tapi nampaknya budak2 sekarang memandu atau menunggang kenderaan tersebut atas sebab minat iaitu minat untuk menunggang laju atau merempit di jalanraya. Dahle membahayakan malahan tujuannya juga dah salah. Mak bapak kenalah pantau anak-anak agar mereka dibimbing ke arah jalan yang betul dan tidak tersimpang atau tersasar.

Begitu juga dengan perkara2 lain. Apa2 pun mestilah kena dengan kepentingannya bukan dibuat semata-mata kerana minat.

wallahualam...

Sunday, August 5, 2012

Adakah Anak-Anak Yang Belum Akil Baligh Perlu Di paksa Berpuasa?


Cuba korang dengar ceramah ni. Ramai ibu bapa sekarang ni tak faham situasi berpuasa bagi kanak-kanak yang belum baligh. Anak2 umur 6 tahun, 7 tahun dipaksa berpuasa. Aku pun salah seorang daripada ibu bapa itu. Bila dengar ceramah di atas, jelas hukumnya haram memaksa anak2 berpuasa kecualilah anak2 itu memang nak berpuasa. Kalo anak nak berbuka, maka hendaklah kita biarkan mereka berbuka. Berdosa menghalang mereka dan membiarkan mereka berlapar.

jelas memang tiada dalil mengatakan kewajipan  atau sekurang-kurangnya harus berpuasa kepada anak2 yg belum akil baligh kecuali dalam bab solat. Ramai yang tidak ambil berat tentang solat tapi kalo cakap bab puasa, lain macam pulak dah. nauzubillah...Solat adalah tiang agama, tanpa solat runtuhlah ibadat yang lain. Kena ingat tu.

Alhamdulillah satu penemuan yang baik dan ilmu yang baik dan benar wajiblah dikongsi. Semoga kita lebih peka dan insaf  tentang keadaan ini.  So renung2 kanlah dan ambil iktibar daripada video ini.

Wallahualam

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE