Nuffnangs

Sunday, August 5, 2012

Sakit Belakang

Salam Isnin

Ntah kenapa tetiba jer semalam aku mengalami sakit belakang atau pinggang yg begitu kuat, hinggakan bila aku duduk nak bangun balik, sakit sangat. Seingat aku, tak de pulak aku angkat benda2 berat sebelum. Cumanya aku ada mengemas bilik anak aku. X delah pulak mengangkat barang tapi menolak almari dan katil adalah.


Google punya google aku dpt satu blog yang memberikan petua2 berkenaan dengan sakit2 yang kita hadapi. Cuba korang klik sini.

Aku belum cuba lagi. InsyaAllah balik ni aku akan sapu minyak angin. Wife aku selalu sakit pinggang dan dia selalu sapu balsam cap harimau tu. Kesian aku tgk masa dia sakit. Sekarang aku dah kena baru aku tau betapa sakitnya.

Anyway, hari ni tetap pergi keje walaupun dlm keadaan menahan sakit. Keje tetap keje.
So harap2 sakit ni hilang petang nanti. Ya Allah, sembuhkan penyakit yang ada di dalam tubuhku ini. Amin Ya Rabbal Alamin...

Friday, August 3, 2012

Jubah dan Baju Kurung

Petang2 mcm ni, sejuk lak tu, mari panaskan jari. Hehehe...

Tadi tengahari sebab buat a small shopping. Belikan jubah untuk anak2 perempuan aku. Tanya nak beli baju kurung ke atau jubah, mereka pilih jubah, so ikutkan ajelah. Tahun ni malas nak tempah2 coz anak2 aku ni sedang proses tumbesaran yang cepat, kejap je dah boleh pakai. X sampai 2 bulan dah tak muat.


Cawangan Peace Persiaran Dato Hj Ismail Hassan, Kluang

Dapatlah jubah sorang sepasang utk dipakai dipagi raya nanti. Baju raya yang lain dah siap aku belikan awal2 lagi. La ni tinggal nak belikan untuk si kecik, sang kembar yang x ikut tadi. InsyaAllah malam ni nak settlekan. Malas nak fikirkan lama2. Ponin den dibuek yo.

Aku teringin nak beli baju pakistan atau kurta. Jenis macam baju melayu yang agak labuh sedikit sampai ke lutut tu. Tengoklah malam ni kalo ada aku sambar je. Malas nak buat baju melayu lagi sebab tahun2 sudah, pakai hanya dipagi raya je. Tu pun setengah hari dah buka. Panas seh. 

Ok lah. Nak siapkan keje sikit, lepas tu nak balik. See ya all later.

Thursday, August 2, 2012

Tazkirah Jumaat : Memberi Makan Berbuka dan Bersahur

Assalamualaikum


MEMBERI MAKAN KEPADA YANG BERPUASA

Daripada Zaid bin Khalid al Juhani r.a, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang memberi makan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia mendapat ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa itu.” (Riwayat at-Tirmizi)

(Sumber: 300 hadis bimbingan kearah mencari redha Allah, Zahazan Mohamad, Ahmad Hasan Mohd Nazam)

Sesungguhnya begitu besar pahala sesiapa yang bersusah payah di dalam kepenatan berpuasa menyediakan juadah berbuka puasa samada kepada keluarga sendiri atau sesiapa pun dan seperti hadis di atas, pahalanya adalah sama dengan apa yang diperolehi oleh orang yang berpuasa tersebut. Sudahlah kita mendapat pahala kerana berpuasa, ditambah pula dengan pahala yang berganda. Subhanallah...

Begitu juga dengan sesiapa yang bangun awal pagi dan menyediakan juadah sahur untuk keluarga atau orang lain. Mereka juga akan mendapat ganjaran berganda daripada Allah sw. Segala susah payah mereka dalam keadaan mengantuk dan kepenatan dibalas dengan setimpal.

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan. “ (Riwayat al Bukhari dan Muslim)


Yang paling penting adalah apa juga yang kita kerjakan mestilah ikhlas dan bukannya kerana berkehendakkan nama, balasan atau penghormatan dari orang lain. Kita lakukan semuanya kerana Allah sw. Kita mungkin tidak melihat ganjarannya tapi percayalah  janji Allah itu adalah pasti dan tetap ditepati!

Sekiranya kita beriman dengan hari Akhirat sudah pasti kita akan percaya dengan segala ganjaran yang dijanjikan ini. Percayalah bahawa dunia ini hanya sementara sahaja, akhirat juga yang kekal abadi. Berbuatlah kebajikan untuk menambah pelaburan diakhirat kelak.

Wallahualam...

Tips Untuk Melebat dan Menyuburkan Rambut

Tips Untuk Melebat dan Menyuburkan Rambut


1. Guna Minyak Buah Keras
 
 
Di Indonesia buah keras dipanggil kemiri. Caranya mudah goreng buah keras tersebut tanpa minyak hingga garing. Selepas itu ditumbuk hingga mengeluarkan minyak. Minyak ini diambil dan disapukan dikulit kepala dengan rata atau bahagian kepala yang ingin dilebatkan rambutnya. Biarkan selama 20 minit sambil mengurut bahagian kepala tersebut dengan lebut. Bilas rambut dengan shampoo. Ulang sebanyak 3 kali seminggu dan boleh lihat hasilnya.  







2. Guna Daun Lidah Buaya

Ini adalah petua dari orang-orang tua dan diguna oleh ibu saya semasa saya kecil. Ambil daun lidah buaya, buang duri ditepinya dan sapukan cecair yang keluar dari daun tersebut ke kulit kepala anda. Ramas  kepala atau urut kulit kepala dengan lembut untuk merangsang peredaran darah. Lakukan sekerap yang mungkin. InsyaAllah anda boleh lihat hasilnya.

Daun lidah buaya ini juga bagus untuk kulit muka. Dulu muka saya penuh dengan jerawat, hari-hari saya sapukan cecair lidah buaya ini ke bahagian yang ada jerawat dan alhamdulillah, jerawat hilang dan sehingga sekarang muka saya bersih.  

Selamat mencuba.

Wednesday, August 1, 2012

Bandar ke kampung best untuk beraya?

Salam,

Saja je aku ajukan persoalan ni sbb la ni kebanyakan orang dah x beraya kat kampung. La ni kampung pun dah jadi bandar. So macamana?

Macam aku, keluarga mertua tinggal di Putrajaya. Tahun ni lak kena giliran beraya kat sana. Nak tak nak kena beraya di sana lah. Keluarga aku sendiri pun bukanlah tinggal di kg pun. La ni dah tinggal kat taman.

First time aku beraya  di Putrajaya beberapa tahun lepas, keadaannya memang amat berbezalah. Malam raya senyap jer. Tak de bunyi langsung kecuali takbir raya lah sbb rumah dekat dengan surau dan Masjid. Kebanyakan penduduk Putrajaya dah balik kampung. Tempat parking pun kosong jer.  Tak macam kat kg, meriah dengan bunyi mercun lah, meriam buluh lah, budak2 berlari sana-sini, diselangi dengan bunyi takbir serta keriuhan orang ramai memasak juadah utk hari raya. Pergh...memang syahdu lah kalo terkenangkan zaman dulu-dulu. Tapi  suasana malam raya di Putrajaya sekrang agak berbeza sebab 2 tahun lepas aku balik sana, ramai yang rupanya x balik kg. Beraya di sana. Malam raya agak meriah juga sbb ada majlis buat dodol lah, makan2 lah dan sebagainya. Anyway, orang bandar pun sekarang ni meriah juga sbb kadang2 parents pun dah tinggal dengan mereka dan kebanyakan ahli keluarga  tinggal di kawasan yang sama.

Macam  akulah juga. Adik beradik ipar semuanya akan balik, ruih lah juga dengan jerit pekik anak-anak dan sepupu2 mereka. tapi x delah sibuk nak bakar lemang atau masak ketupat kat luar macam kat kg. La ni beli je lemang kat Langat tu. Mmg power dan berbeza dengan lemang kat Kluang ni. Memang x miss lah beli lemang kat situ setiap kali beraya kata sana.

Apa-apapun, mana2 tempat pun kita beraya sama je. yang penting adalah kita dapat berkumpul ramai2 dengan keluarga dan beramah mesra dengan mereka yang adakalanya memang lama dah kita x jumpa. Inilah peluang untuk kembali menjalin mahabbah sesama kita. Kalo yang masih ada ibu bapa samada keluarga sendiri atau mertua, baliklah. Berayalah bersama-sama. Kepulangan anda sentiasa dirindui.

wassalam

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE