Nuffnangs

Monday, July 2, 2012

Malaysia U22 vs Myanmar U22

Salam semua,


Esok adalah hari penentuan samada Malaysia U22 aka Harimau Muda ni dpt masuk pusingan akhir Piala  Asia Bawah 22 AFC 2013 atau tidak sbb kalo Malaysia kalah atau seri, jawabnya packing baju dan balik Malaysia le. 

Malaysia nmpknya agak tertekan sedikit kerana Myanmar dilihat ada kelebihan sedikit berbanding Malaysia  kerana mereka bermain dihadapan penyokong mereka sendiri. Mungkin kelebihan atau tekanan kepada mereka. Dilihat dari segi mutu permainan kedua-dua pasukan tiada banyak beza. Tapi kali Malaysia ada striker dengan setakat ini menjadi penjaring terbanyak kejohanan  dengan 9 gol iaitu Rozaimi. X disangka-sangka kan...haha..kita ingatkan Wan Zack Haikal, rupa2nya Malaysia ada striker yg lebih berbisa. Boleh jadi pengganti Safee Sali. 

Dharap coach OKS dapatlah merencanakan taktikal yang lebih baik untuk membenam Myanmar mcm kita benamkan Vietnam haritu. Dalam bolasepak  tiada yang mustahil adan apa2 pun boleh berlaku. Kita tengok jelah mcmana Itali boleh kena belasah sampai 4-0, yg penting kita mesti tau mcmana nak jatuhkan moral pasukan lawan. Kuat mcmana pun, kalo moral dah x de, alamat lauk le.

Anyway, kita doakan jelah pasukan kita menang dan layak ke final round. Aku difahamkan ada live esok di Channel 801 Astro Arena jam 7.15pm.  Jom sama2 kita bagi  full support untuk team kita...Go Harimau Muda...

Selamanya...selamanya...selamanya Harimau Malaya...Aummmmmm!!!!

Thursday, June 7, 2012

FIFA Ranking Jun 2012

Salam Jumaat semua,

pergh berderau darah aku bila tgk ranking FIFA yg terbaru. Malaysia ditangga 156, itu x pe lagi. Filipina dah pun memintas ditangga yang 149. Mana taknya mereka naik begitu banyak, kan haritu mrk berjaya draw dgn kita. Bukan sekali der, dah 2 kali dlm tahun ni. 

Team kita ni kekurangan match yang bertaraf "A" sbb tu utk dapat mata yang banyak agak sukar. X habis2 lawan dgn team yg ranking rendah daripada kita. Sblm ni lwn dgn Sri Lanka yg sekarang ni ranking mrk di tangga 184. Menang besar mcm mana pun still point x banyak dowh!!!!

Malas nak citer banyak, mlm ni jam 730 kat Stadium Jalan Besar, Singapura, kita akan lawan Singapore, ranking mrk pun byk jatuh gak. Skrg ni di tangga 157, berjiran rupanya hahaha...ni baru kelas "A" punya game. Nak tau kelemahan dan kekuatan masing2. Kalo menang, point mmg agak banyak, tp kalo kalah pun teruk gak. Kita doakan jelah kejayaan pasukan kita.

FIFA World Ranking June 2012

Tuesday, June 5, 2012

Malaysia vs Singapore

Jumaat ni jam 7.30 malam di Stadium Jalan Besar, Singapura.

 
 vs






 Kali ni bukan LIONSXII ok tp skuad senior mrk. Ada yakin ka? Melihatkan kpd prestasi semasa skuad negara lebih2 lagi ketika menentang Filipina haritu, keyakinan ada kureng sikit tp sbg rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, kenalah ada keyakinan. Baru boleh berjaya...Bangun...Bangun...Bangun harimau bangun!

Harimau Malaya bukan binatang jinak ok....ok5x, jinak mcm mana pun pasti makan daging punya. Walaupun hanya sesi friendly jer, tp jgn bagi muka sgt Singapore nih...jiran x jiran...kasik hantam boleh! Sorry yer warga Singapore, saja nak api-apikan korang. Walaupun duk kat seberang tambak jer...huhu!

Rasanya ada live kat channel Astro Arena 801 start pukul 7.30 malam.

So korang saksikan le sendiri...Bangun...Bangun...Bangun harimau bangun!!!!!

Monday, June 4, 2012

Blogwalking

Salam semua...

Baru jap tadi  aku pegi blogwalking satu blog ni. Nama dia Gadis Kampung (GK)...entri dia menyarankan agar x perlu suruh orang singgah blog kita dan x perlu suruh orang komen kat situ sbb dia kata kalo orang nak datang atau komen, x perlu dipaksa-paksa...hahaha ok gak kan advise dai tu. Anyway tq GK sbb bagi motivational advise ptg2 ni.

Actually aku rasa betul2 demotivated harini. X tau kenapa. Mmg badan aku terasa penat sangat. Maklumle baru je sampai dr Putrajaya pagi tadi terus  ke Court. Lepas tu terus masuk ofis. Terasa mengantuk teramat sangat. Badan pun rasa sakit2 nih...ada x yg nak tolong urutkan malam ni.

Betul kata GK (bukan kata cicak k), nak suruh org komen ke, hapa ke, x payah paksa2. Yg datang mestilah dengan hati yang ikhlas barulah berkat. Yang sebenarnya semuanya berpunca dari kita sendiri gak. Malas nak post entry baru, lepas tu malas gak nak blogwalking, mana nak dapat ramai pembaca. Betul x? Oleh itu rajin2lah berjalan jgn berlari nnti jatuh, lepas tu jadilah followers, barulah org akan follow kita juga.

So kepada semua, jgnlah bersedih, jgnlah berduka, keringkanlah  air matamu...chewah...ada rezeki ramai yg akan jenguk blog korunk nnti...Harap2 aku pun x lah rasa down sgt hari ni...amin.


Tuesday, May 29, 2012

Pelancongan Tianjin-Beijing 2012 Episod 3

Hari Ketiga di Beijing kami bangun seawal jam 530 pagi kerana bas akan bertolak ke destinasi pada jam 730 pagi.

 Hari ini kami ke pusat jade terkenal di Beijing yang mana jade2 yang paling mahal ada di sini. Seperti biasa kami sudah dapat mengagak bahawa kami akan diberi ceramah terlebih dahulu sebelum diasak dengan aktiviti direct selling yang agak agresif. Mcm biasa aku dan mem hanya pusing2 dan membeli keropok semata-mata untuk memecahkan duit kami. Kami bercadang membeli barangan lain dengan duit kecil. hahaha...kena juga mereka. Dengan muka masam, mereka menukarkan duit kami.

Selepas itu kami bertolak ke sebuah pusat memproses dan menjual kristal pula dan perjalanan aktiviti kami adalah serupa. Aku dan mem x beli apa2. Hampir juga kami terbeli sunglasses yang diperbuat daripada kristal tetapi tidak jadi setelah meneliti cermin mata itu dengan teliti. Hahaha...jgn nak kelentong kami tau..no...no...no!

Kami makan tengah hari di sebuah restoran muslim yang terletak dilingkaran ke enam Beijing yang mana kami demand hari ini untuk merasai juadah tambahan lain atas kos ditanggung oleh kami sendiri. Juadahnya  adalah daging itik panggang walaupun bukan "peking duck" tetapi oklah daripada x de langsung.

Selepas itu kami bertolak ke destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu ke Tembok Besar China (Great Wall of China). Sampai di sana, suhunya adalah lbh kurang -2' celcius dan kami dapat lihat salji masih ada. Aku dan mem sempat bermain salji yang memutih seperti budak2 yg "jakun". Mem aku dulu2 masa di Cardiff mmg biasa main salji ni tapi nmpknya dia pun jakun gak sbb lama x jumpa salji...hahaha!
Aku bercadang nak naik sampai atas tapi x sampai hati nak tinggalkan mem sorang2 kat bawah so aku batalkan niat memanjat sampai atas...ayat bagi alasan sbb x larat...huhu. Lepas puas pusing2 amik gambar dan berjalan sekitar area tu, kami pun pulang. 

Kami difahamkan bahawa Jasmin akan membawa kami ke satu area mcm bukit bintang. Bas diletakkan agak jauh dan kami hanya diberi masa selama 1 jam je...dah le menapak agak jauh, lbh kurang 10 min ke area tu, mana cukup beb. Pusing2 punya pusing, terasa nak ehem lah plak. Berpusing cari toilet yang akhirnya menghabiskan masa aku je. Tengok2 jam dah hampir sejam. Apa lagi aku dan kawan berlari ke arah bas. Masa tu mem dengan sorang kawan lagi. mereka dah bergerak dulu. Chit x senonoh betul lah arrangement mcm ni. Dah x seronok jadinya.


Lps penat berlari, kami dibawa ke sebuah restoran muslim dkt area situ. Hari juadahnya agak berlainan tapi pada aku lebih kurang jer. Nasi putih, sayur kobis, ikan goreng, ayam. Lepas bedal kami terus pulang ke hotel dan aku dan mem macam biasa turun balik dan malam tu kami kenduri buah-buahan segar beijing. Segar ke? hahaha....

Maka berakhirlah episod hari ketiga kami...jumpa lagi

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE