Nuffnangs

Tuesday, May 15, 2012

Geli Ketiak Aku

Hahahaha....memang geli ketiak kau skrg nih. Bukan sebab gatal atau ada kurap ker, tp x dapat tahan bila dengar citer lawak sorang mamat ni pg tadi.

Ada ke patut dia kata muka aku mcm Brad Pitt...kalo macam Tom Cruise tu ada logik juga. hahahaha....aku bukannya apa, kira banggalah bila orang kata muka aku mcm bintang filem kesayangan korang tu walaupun dah agak berkedut muka tp still macho and hensem kan...kan...kan

Actually bukan itu yang aku nak citer kat sini tp ada satu citer yang ntah betul ntah tidak sbb yg citer ni wife aku, so aku kena gak le percaya.Yang ni bukan citer lawak tp citer komedi seram ala2 nongkrong gitu. Lokasi di JB di satu taman yg paling elit kat sana. Ada satu rumah bungalow yg agak lama gak, kira pioneer kat situ. Mcm2 benda aneh berlaku kat situ, contohnya pemilik dia pernah nmpk lembaga berkepak yang besar di anjung rumahnya, lepas tu ada mata air yang sentiasa mengalir di laman rumah dia. Tiap2 senja burung2 akan berlegar dan turun di situ sambil menari-nari. Pergh dasat x citer nih. Tp yg bestnya pemilik  rumah ni langsung x takut walaupun pernah nmpk. Dia kata apa nak ditakutkan, kita ni kan khalifah Allah da n semua makhluk tu adalah ciptaaan Allah juga. Baca jer ayat2 suci, hilang lah dia. Mmg giler berani punya budak org ni. Hahaha...

Anyway, mmg betul pun apa yg dia cakap tu..korang fikirlah sendiri. Semuanya tu adalah datangnya daripada Allah jua. Tiada apa yang berlaku tanpa keizinan Dia. Aku actually tgh bosan, sbb merepek meraban ptg2 nih. Semoga kalin semua ceria ptg2 nih k...chow wassalam!

Wednesday, February 8, 2012

Berhijrah atau tidak?

Salam pg Khamis semuanya,

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar cumanya jawapan belum dapat lagi. Skrg ni dalam kepala aku cuma satu iaitu kalo tak dapat pergi ke sana, aku akan terus berusaha memajukan diri di sini saja. Tp kalo dapat, alhamdulillah, rezeki Allah sw dan insyaAllah akan menjadi "the stepping stone" utk satu perubahan yang baik bg diri aku dan keluargaku.

Selama ni  banyak rupanya aku dah berdosa pada kedua ibubapaku...tak sangka ada perkara remeh yang kita fikirkan no hal lah, rupa-rupanya mrk sudah  berkecil hati dan rasa tersinggung...astaghfirullah apa yg dah aku lakukan. Nasib baik dapat tau, sempat gak lah mohon maaf dan keampunan dari mereka. Betul kata alim ulamak, syurga itu dibawah tapak kaki ibu (yang ni khas buat lelaki dan para suami je) sbb perempuan selepas kawin, syurga mrk adalah dibawah tapak kaki suami. Tp bila isteri tidak taat kepada suami dan tidak menghormati ibu bapa suaminya, maka nerakalah tmpt mereka sekiranya tidak sempat memohon ampun dan maaf daripada suami dan ibu kepada suaminya. Kerana keredhoan suami adalah keredhoan ibunya dan keredhoan ibunya adalah keredhoan Allah sw. Sekadar mengingatkan kepada diri sendiri dan rakan-rakan sekelian.

Cuba  kita muhasabah diri kita, bagaimana kehidupan kita skrg ni. Adakah bahagia dan berjalan lancar seperti yang diharapkan dan didoakan.  Kalo tak, contohnya kita rasa, duit sentiasa tidak mencukupi, keluarga kita kuca kacir, anak-anak tidak seperti yang kita harapkan, hidup sentiasa dalam gundah gulana, tidak tenteram dsb, maka cuba kita ingat kembali  apa yg telah kita lakukan kepada ibu bapa kita. Adakah kita jaga makan pakai mereka, kehidupan mereka , adakah mereka gembira dengan kehidupan kita sekarang, adakah mereka ada berkecil hati dgn kita, adakah mereka marah dengan kita atau isteri kita dsb..kalo ada cepat-cepatlah minta maaf dan mohon keampunan dari Allah sw dengan melakukan solat taubat, insyaAllah kita akan dapat lihat perubahan ketara selepas itu. Mungkin tidak secara drastik, tp perlahan-perlahan kita akan nampak kelainannya.

Bagi yang ada anak lelaki, ingatan kepada kaum wanita, syurga anak2 itu adalah dibawah tapak kaki anda. Muhasabah diri kita samada kita sudah berlaku adil kepada suami dan ibu mertua anda. Adakah kita menghormati, mengasihi, menyayangi ibu mertua kita sepertimana kita menghormati, mengasihi dan menyayangi ibu kita sendiri. Kalo belum sampai tahap itu, berusahalah ke arah itu. Walau sekejam mana dia, walau sebodoh mana dia, walau sehina mana dia, anggaplah dia sbg ibu kita sendiri. Sbbnya mudah, adakah kita mahu anak lelaki kita beristerikan wanita yang tidak menghormati, mengasihi dan menyayangi kita, sudah tentu tidak. bagaimana perasaan kita apabila diperlakukan seperti orang asing oleh anak kita sendiri. Bagaimana perasaan kita apabila anak lelaki kita tidak endahkan kita kerana terlalu mengikut kata-kata isterinya. Nauzubillah...berdoalah agar kita mendapat hidayah daripadanya. Ingatan ini adalah tulus ikhlas dari aku utk diriku dan rakan-rakan yang membaca tulisan ini.

Selagi kita hidup, berbaktilah dan berkhidmatlah  kepada kedua orang tua kita kerana pengorbanan mereka selama ini  tidak  boleh dibalas dgn wang ringgit. Apa yang mereka inginkan adalah kasih sayang dan rasa hormat kita kepada mereka. Kalo ada kemampuan, jangan lupa berikan kepada mereka setiap bulan. Kadang-kadang dgn wang yang sedikit yang kita berikan, Allah sw akan lipat gandakan rezeki kerana berkat dan doa dari ibu bapa kita itu. 

Berbalik kepada berhijrah atau tidak, semuanya adalah kehendak Allah sw, mana yang baik utk kita dan sekiranya rezeki kita ditempat itu, maka terimalah seadanya dan berusahalah utk lebih berjaya. Alhamdulillah selepas membuat solat istikharah, aku ada mendapat petunjuk...samada berhijrah atau  tidak...kita tunggu saja kesudahannya. 

Thursday, December 29, 2011

2011

Assalamualaikum semua...


Lama betul aku x update blog aku neh...rindu plak rasanya. Ntah tetiba jer aku rasa perlu utk update. 

Tahun 2011 x lama lg akan meninggalkan kita, tahun Islam dah masuk tahun yg baru. Banyak perkara yang berlaku dlm hidup aku tahun nie...ada yg pahit, masin, masam, manis...cacamerba...tapi alhamdulillah semuanya kini berjalan lancar dan syukur ke hadrat ilahi  yang aku masih mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan yang paling penting dalam hidup aku, anak-anak dan isteri bahagia walaupun kekadang tu aku terpaksa berkorban demi kebahagiaan hidup mereka.

Aku bersyukur sbb diberikan seorang isteri yang sentiasa memahami walaupun kdg2 tu ada gak berselisih faham, bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan. Terima kasih sayang atas kasih sayang yang telah dicurahkan ke atas aku dan anak-anak. Tanpamu, mmg hilanglah sebahagian daripada hidup ini. Ia umpama kehilangan sebelah tulang rusuk yg melindungi paru2 utk bernafas. Apa yang aku harapkan adalah perasaan cinta dan kasihnya terhadap aku tidak akan berkurangan walaupun dalam susah mahupun senang. Mebbe ada yang cemburu dengan kehidupan kita, dengki dgn kasih sayang yang ada, iri hati dgn kesejahteraan hidup kita, namun kita masih ada Allah sw yang menjaga dan melindungi kita. Yang paling penting, jgn sesekali kita lupakan Dia. Setinggi mana perasaan cinta kita pada seseorang manusia itu, jgnlah sampai ia melampaui  cinta kita kpd Allah sw. Berdoa kpd Dia agar hidup kita ini sentiasa dirahmati dan dicurahkan dgn rezeki dan kasih sayang abadi. Aku sentiasa berdoa agar isteriku ini ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan diberikan syurga firdausi.
2011 juga telah menjodohkan aku dengan sebuah tmpt kerja baru dengan suasana kerja yang baru. Terima kasih Firma Syarikat Rodziah yg telah menerima aku seadanya walaupun hakikatnya aku terpaksa belajar sesuatu yang jarang2 aku lakukan selama ini iaitu kerja2 conveyancing. Selama ini hidup aku penuh dgn litigation, x kira civil atau criminal. Alhamdullillah, Allah itu maha adil, sehingga ke tarikh hari ini, aku berjaya utk menjalani dan menguruskan kes  conveyancing tanpa byk masalah. Byk juga yg dpt aku belajar dr sini. 

2011 juga telah byk mematangkan aku. Apa yg selama ini kita rasakan spt baik dan berjalan lancar x semestinya secara subjektifnya juga baik. Disebalik itu ttp ada ranjau dan liku yg perlu  dilepasi. Semua ini byk mengajar aku dan tlh mematangkan aku ttg erti sebenar kehidupan ini. Perjalanan seharian hidup ini tidak boleh dipisahkan langsung dgn penciptaNya. Sekali kita lupa kepadaNya, pasti ada ujian yg akan diberikan utk mengembalikan kita ke jalan yg sebenarnya. Allah sw itu Maha adil dan bijaksana, ujian yg Allah berikan itu adalah sebagai ganjaran kepada kita sebenarnya. Allah  tidak akan memberikan satu ujian yg kita sendiri x boleh menanggungnya. Cuma iman yg menjadi penentu.  Pertingkatkan lah iman dgn melakukan perkara2 wajib dan membanyakkan yang sunat. Alhamdulillah, solat sunat spt dhuha aku rasakan byk mengubah perjalanan hidup aku. Alhamdulillah, keikhlasan dan jujurnya kita kepadaNya akan dibalas dgn rezeki yg murah dan dipermudahkan segala perancangan dan perjalanan urusan harian kita.

Akhirnya, selamat tinggal 2011 dan 2012 menyusul  dgn iltizam dan semangat yg baru. Semoga hidup kita sentiasa di dalam rahmatNya dan diberikan kesihatan yg baik dan dicurahkan dgn rezeki yang murah serta diberikan umur yg panjang utk kita menambahkan dan meningkatkan lg ibadah kita terhadapNya. 

Wednesday, November 2, 2011

Mee Bandung Batu Pahat Kuah Kacang

Pernahkah anda merasa Mee Bandung Batu Pahat yang ori...hehehe

Kalau belum atau anda pernah dengar dan teringin untuk merasa, bolehlah membuat tempahan di sini.

Cubalah di sini

Ini bukan cubaan, ini betul2...klik saja dibanner...dan masuk membuat tempahan...

Thursday, October 13, 2011

Repellight - Insect Repellent Bulbs (Bio Medic Diagnostic)

REPELLIGHT : INSECT REPELLANT BULB 


Salam semua,

Nak perkenalkan satu cara mudah untuk mengelakkan kelkatu atau serangga lain mengerumuni lampu anda samada diluar atau didalam rumah. Sudah puas membiarkan NYAMUK bermaharajalela di dalam rumah dan di mana sahaja dan menghisap darah anda dan keluarga anda...haha

Repellight adalah jawapan kepada masalah itu...sila lihat video utk gambaran sebenar penggunaan lampu atau bulb repellight ini. video Biomedic Diagnostic Repellight

Masih ragu2, boleh hubungi Biomedic Diagnostic Sdn Bhd di no ini 03-50218374/ fax: 03-50218375 atau emel ke biomedicdiagnostic@gmail.com (u/p : En Hanafi Rahman)

Pejabat berdaftar di Syarikat Biomedic Diagnostic Sdn Bhd A-5-9 Empire Tower ss16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Pejabat Operasi di No.2B, Jalan Pekedai U1/36, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam Selangor. (No tel : 03-55695767)

Pengedar tunggal Repellight di Malaysia... Repellight ini diimport terus dari Korea dan menjimatkan elektrik.

Lifetime warranty sekiranya terbakar selepas digunakan kecuali atas masalah wiring....untuk keterangan lanjut sila emelkan persoalan anda ke alamat emel seperti di atas.

Nak jadi dealer/agen seluruh negara pun boleh...so apa tunggu lagi.

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE