Nuffnangs

Wednesday, August 17, 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Entri kali ini aku taknak nak buat panjang-panjang sbb letih le kan nak baca. Cumanya saja jer nak bercerita tentang perjalanan hari ke 17 dan ke 18 puasa aku.

Semalam, hari ke 17 berpuasa, merupakan hari yg sgt letih, namun aku gagahkan juga. Mana taknya seawal pkl 6.30 pg dah keluar dari rumah utk ke outstation. Pagi itu aku ada kes bicara di Mahkamah Tinggi Muar yg jaraknya dari Kluang lbh kurang 1 jam 40 minit. Nasib baik tak amik masa lama untuk pendengaran kes, dan alhamdulillah aku berjaya dapatkan apa yg aku nak utk fail itu. Selesai di sana lbh kurang pkl 10 pg, aku terpaksa bergegas ke Batu Pahat pulak untuk satu review dengan pihak Bank Muamalat pada jam 11 pg.

Memandangkan masih awal, so aku bawa le slow-slow dlm 80-100 km sejam. Pertama kali bawa seslow ni tp best gak, minyak jimat, jiwa tenang dan tak rasa terlalu tertekan. Hahaha...gila tak tertekan, kalo tak tekan, tak bergerak ye tak.

Sampai di BP, tepat jam 11 pg. Memang hari tu aku amat bernasib baik, sbb biasa tmpt parking mmg susah nak dapat, tp kali ni dapat betul2 di depan bank. pergh mmg bersyukur sesangat. Review berjalan lancar dan habis lbh kurang pkl 12 tgh. Terus aku bergegas balik ke Kluang kerana banyak kerja yg menanti aku di ofis.   
Alhamdulilah, semalam semuanya berjalan seperti yg dirancang. Cumanya, agak letih sikit sbb pagi tu cuaca agak panas, selepas sampai diofis, hujan mencurah-curah turun...so suasana  agak nyaman dipetangnya.
Malahan semalam juga merupakan hari yg paling relax diwaktu malamnya sbb x perlu hantar anak tuisyen. Kalo x, pkl 8 mlm je dah kena keluar rumah dan menunggu hingga jam 9.45 baru selesai. Yelah, setelah begitu letih di siangnya, dptle aku merehatkan badan dimalamnya.
Hari ke 18, hari ini bermula dgn agak sibuk, sbb wife aku plak outstation ke JB. So, aku kena amik alih tugas menjaga dua anak kembar yg perlu dihantar ke nursery pada pukul 8 pg. Selepas semuanya selesai, aku pun terus ke Mahkamah Sesyen Kluang utk amik tarikh kes yg aku MOB. Nasib baik ada mmbr kat situ, sbb 1 kes tu kena panggil, memandangkan aku tak "fully attire", so x bole appear. Aku terpaksa minta tolong mmbr tu utk MOB  Alhamdulillah semuanya selesai. 

Skrg baru menunjukkan pkl 11.30pg, so aku kena bereskan keje-keje yg ada atas meja aku. Ptg nnti tak taulah apa yg berlaku. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Sampai berjumpa lagi...

Thursday, August 11, 2011

Dah dekat dah...

Assalamualaikum semua...


Alhamdulilllah, hari ni dah masuk hari ke 12 umat Islam semua berpuasa. Tinggal lg lbh kurang 17 atau  18 hari lg kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al mubarak ni...

dah dekat dah...apa yg dah dekat...apa lg raya le. Itu yg aku risau sgt tu. Mana taknya, persiapan raya nak kena wat juga. Pakaian sendiri, isteri dan anak-anak perlu disediakan. Haaaaa....semput. Tp tahun ni nampaknya fikiran aku hanya memberi tumpuan kepada persiapan bagi isteri dan anak-anak je dulu. Biar lah mereka gembira dan ceria di pagi raya. Pada aku, apa yg ada bagi aku sudah memadai. Janji semuanya bahagia dan tidak berduka dipagi yang mulia itu.
 
Baru jer bulan 2 lepas aku membeli 2 pasang baju melayu, nampaknya boleh dikira baru lagi tu. So. baju tu le yg akan aku pakai nanti...harap2 matching le dgn anak beranak aku...almaklumlah, kebiasaannya mereka nak sedondon...bg aku sedondon ke x sedondon adalah perkara kedua. Yang paling penting adalah kesihatan di pagi raya tu sendiri...kalo x sihat mcmana nak beraya kan. 

InsyaAllah tahun ni, aku akan beraya dihalaman sendiri sbb tahun lepas dah ke tempat mertua. Mebbe raya ke 3 atau ke 4 baru balik ke sana...Putrajaya. Orang balik ke kg, aku plak balik ke bandar...hahahaha...

Apa-apa jelah...paling utama sekarang adalah menghabiskan ibadah puasa ni dgn kalo boleh penuh dengan amalan yang berkat, yelah, kalo kita just berpuasa je, ibadah2 lain seperti solat kita abaikan, berkat ke puasa kita. Penat je kita berpuasa disiang hari, akhirnya dapat penat jer kan...tp itu semua kerja Allah sw. Kita hanya mampu merancang, semuanya adalah ditangan tuhan. Tp, kita hendaklah disiplin kan diri kita, samada Allah nak terima ke tidak amalan kita, kita x tau. Yang penting kita buat semuanya dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Aik...macam ustaz dah.


Oklah kengkawan, kita jumpa lagi di coretan lain...insyaAllah...semoga semuanya mendapat setinggi-tinggi pahala atas apa jua amalan ibadat yang dilakukan.




Monday, August 1, 2011

Rebah Bukan Titik Akhir

REBAH BUKAN TITIK AKHIR

GEGAK GEMPITA MALAM ITU
SELURUH PELUSUK MALAYA MENGHARAPKAN SESUATU
BAGAIKAN PESTA  MENYAKSIKAN SEMUANYA BERGANDING BAHU
SORAKAN KALLANG HANYUT ENTAH KE MANA
DITELAN GEMPITA HARIMAU MALAYA

MALAM ITU NGAUMANMU CUKUP GAH
TEMPIKAN MU CUKUP NYARING DAN MENAKUTKAN
KUKUMU CUKUP TAJAM DAN SANGAT BERBISA
BULUMU BERKILAT DAN BERGEMERLAPAN
TARINGMU SUDAH DIASAH DENGAN SEMPURNANYA
DENGAN PADUAN SORAKAN APIT DI SEKELILINGMU
KAU SEPERTI RAJA YANG SANGAT DIHORMATI

NAMUN NASIBMU TIDAK SEINDAH YANG DIHARAPKAN
KETENTUAN ILAHI MELANGKAUI SEGALA-GALANYA
APA YANG DICITA APA YANG DIRANCANG
SEMUANYA TIDAK MENJADI KENYATAAN
KAU REBAH DI CAKAR SINGA-SINGA YANG ENTAH DARI MANA DATANGNYA

AHHH...PERSETANKAN SEMUA ITU
KAU SEBENARNYA LEBIH GAGAH, CUMA NASIBMU YANG TIDAK BERPIHAK
LUKAMU ITU PASTI SEMBUH DALAM BEBERAPA PURNAMA INI
CUMA JANGAN LUPA ASAHKAN TARING DAN KUKUMU SEMULA
AGAR TIDAK TUMPUL SELAMANYA
JADIKAN KETEWASAN ITU SATU PENGAJARAN YANG TERBAIK
USAH TERUS KECEWA KERANA PELUSUK MALAYA SENTIASA BERSAMAMU....

Ramadhan oh Ramadhan...

Assalamualaikum semua,

Hari ni dah masuk hari ke2 kita berpuasa. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti yg dirancang. Termasuklah anak2 aku, Alya dan Aina dan telah berjaya melepasi rintangan hari pertama yg penuh mencabar. Doa aku adalah semoga mereka diberi kekuatan untuk melepasi rintangan bagi keseluruhan Ramadhan kali ini.

Alhamdulilah juga aku telah sebulan bekerja di tempat baru, dan aku berjaya mengharungi sebulan itu dengan penuh yakin dan bersemangat. Cuma kali, aku hanya berharapan dan berdoa agar Aidilfitri yang akan menjelang menjadi hari raya yang paling bermakna dalam hidupku. Aku sedar banyak yang perlu aku lakukan untuk mencapai hasrat itu tetapi aku sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan mereka.
Kunci kejayaan sebenarnya terletak ditangan kita dan Allah sw yg menentukan segalanya. IzinNya juga yang aku harapkan. Kepada isteriku, anak-anakku, dan seluruh umat Islam yg membaca titipan, sama-samalah kita bekerja keras beribadat di bulan Ramadhan ini demi mengejar keberkatan yang ada didalammya. Jangan persiakan segala yang ditawarkan kerana belum tentu kita akan bertemu dengannya di tahun hadapan.  Semoga kita mendapat rahmat dariNya dan beroleh kekuatan iman untuk mengharungi cabaran dan dugaan di bulan puasa ini. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.....

Sunday, July 3, 2011

Bemulanya Satu Episod Baru Bagi Aku...

Assalamualaikum...

Lama dah rasanya tak update blog aku. Maklumlah agak sibuk ketika ni. 1 hb haritu, aku telah melakukan satu penghijrahan yang boleh dikira agak besar dalam kehidupan aku. Setelah memikiorkannya dalam kurang lebih 3 bulan, satu keputusan telah pun aku buat. Dengan 1 bulan notis, berakhir pada 30hb Jun 2011, maka berakhirlah juga episod aku dengan firma lama aku, Tetuan Sucha Singh & Partners. Setelah bergelumang dengan kerja2 di sana selama lebih kurang 7 tahun, maka bermulalah pula episod baru di Firma Syarikat Rodziah yg juga berpangkalan di Kluang pada 1/7/2011.

Di sini nampaknya, kerja-kerja adalah lebih kepada conveyancing atau urusan hartanah. Boleh dikatakan sebanyak 80% adalah urusan2 tersebut. Untuk litigation, ada sedikit je. Itu banyak yg dah setel. Dengan itu, tugas aku adalah membawa masuk seberapa banyak fail litigation dan juga belajar semula conveyancing yang dah lama aku tinggalkan.


Malas aku nak citer lebih2. Aku nak mulakan karier aku dgn lebih baik di sini dan bekerja dengan penuh dedikasi. Di sini, kita kena anggap ofis itu adalah ofis kita sendiri. So, x de kerja, x de gaji le. Sendiri mau ingat la.

Okle, chow dulu lah. Banyak kerja nak diselesaikan ni. Jumpa lagi dilain kesempatan. Doakan kejayaan aku di sini.

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE