PUISI : HARIMAU MALAYA : SUATU TRANSFORMASI
Umpama menongkah kerikil yang berbatu jauhnya
perjalanan yang ditempuh memang amat memeritkan
ada ketika kau terjatuh tapi kau bangun semula
ada ketika kau lelah tapi kau teruskan jua
masa yang kau ambil untuk bangun semula bukannya singkat
tapi kau bersemangat dan berhati waja
harimau malaya bukan calang-calang nama diberi
ngaumanmu kedengaran kini di seluruh belantara
kulit dan bulumu kini lebih berseri dan bercahaya
kukumu kini lebih tajam daripada biasa
taringmu kini lebih panjang dan berbisa
kau tidak gentar dengan langkah dan semangat kamikaze
dan kau melangkah megah menembusi tembok besar berbatuan
Kini setelah kau puas menunggu
sudah tiba masanya kau mengaum dengan lebih kuat
agar seluruh belantara menjadi gementar
agar seluruhnya tahu akan kehadiran kau
asahlah kuku dan taringmu agar lebih tajam dan berbisa
agar musuhmu memandang penuh hormat ke atas dirimu
wahai harimau malaya sanjungan Malaysia!
Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Sunday, November 14, 2010
HARIMAU MALAYA : SUATU TRANSFORMASI
photos, vacation, products, contacts,
puisi
Saturday, November 13, 2010
Malaysia vs China Sukan Asia 2010
Keputusannya memang amat mengecewakan semua peminat bolasepak di Malaysia. Malaysia tewas 3-0 dan semua gol telah dijaringkan pada separuh mas kedua.
Walaupun bermain hanya 8 orang ketika masa permainan berusia 80 min, setelah 3 pemain diberikan kad merah iaitu Mahali, Shafik Rahim dan Kunalan, Malaysia berjaya menyerap segala serangan China dan pada suatu ketika permainan seakan-akan seimbang, namun kudrat 9 orang pemain ketika itu tidak kekal setelah minit ke 60.
Namun, Malaysia telah diisytiharkan layak ke pusingan kedua setelah menjadi pasukan ke3 terbaik secara keseluruhan hasil kemenangan ke atas Kyrgystan tempohari.
Tahniah kepada pasukan Malaysia! Setelah menunggu selama 32 tahun, inilah masa terbaik untuk Malaysia memeperlihatkan watak mereka yang sebenar, Tapi dengan belenggu kecederaan kepada beberapa pemain utama dan halangan untuk bermain setelah diberikan kad merah, pasukan Malaysia pasti akan sedikit pincang!
Apa-apapun Malaysia Boleh...doakan kejayaan Malaysia...
photos, vacation, products, contacts,
sports
Friday, November 12, 2010
GSHBB: Another You (Cromok cover) [HD]
TalamKeladi.com : Another You By Cromok cover by Mr Bean
This one is the best cover that I've ever heard and saw. First of all thanks to Mr Bean in sharing his talent here....form here we can learn how to play Another You by Cromok in an easy and forseeable scene.
Hoping that you out there will get some benefit from here....Credit again to Mr Bean or GSHBB!
Thursday, November 11, 2010
PERJALANAN SERIBU TAHUN
PUISI : PERJALANAN SERIBU TAHUN
Perjalanan seribu tahun
tidakkan terhenti dengan keluhan kesedihan
tidakkan terhenti dengan tangisan kedukaan
tidakkan terhenti dengan raungan kehampaan
pernahkah kau terfikir akan terjadinya perubahan nanti
Perjalanan seribu tahun
manakan dapat menggantikan semalam
manakan dapat menggantikan hari-hari sebelumnya
manakan dapat menggantikan 27 tahun yang lalu
pernahkah kau terfikir akan terjadinya perubahan nanti
Perjalanan seribu tahun
menukar segalanya perwatakan mu
menukar segalanya peribadimu
menukar segalanya fizikal dan rohanimu
pernahkah kau terfikir akan terjadinya perubahan nanti
Namun sahabat, perjalanan seribu tahun telah
mematangkan segala perwatakanmu
mematangkan segala peribadimu
mematangkan segala fizikal dan rohanimu
tapi tak pernah aku terfikir akan terjadinya perubahan itu
kini kau telah berada dipuncak dunia
gah dengan segala yang kau ada
tapi kau tidak berubah sahabat
masih dengan sifatmu yang dulu dan aku sendiri tidak terfikir begitu
segalanya berlaku atas sifat-sifat
perjalanan seribu tahun
Nukilan : Talamkeladi.com
monolog untuk sahabatku Raimie Moljono....
Perjalanan seribu tahun
tidakkan terhenti dengan keluhan kesedihan
tidakkan terhenti dengan tangisan kedukaan
tidakkan terhenti dengan raungan kehampaan
pernahkah kau terfikir akan terjadinya perubahan nanti
Perjalanan seribu tahun
manakan dapat menggantikan semalam
manakan dapat menggantikan hari-hari sebelumnya
manakan dapat menggantikan 27 tahun yang lalu
pernahkah kau terfikir akan terjadinya perubahan nanti
Perjalanan seribu tahun
menukar segalanya perwatakan mu
menukar segalanya peribadimu
menukar segalanya fizikal dan rohanimu
pernahkah kau terfikir akan terjadinya perubahan nanti
Namun sahabat, perjalanan seribu tahun telah
mematangkan segala perwatakanmu
mematangkan segala peribadimu
mematangkan segala fizikal dan rohanimu
tapi tak pernah aku terfikir akan terjadinya perubahan itu
kini kau telah berada dipuncak dunia
gah dengan segala yang kau ada
tapi kau tidak berubah sahabat
masih dengan sifatmu yang dulu dan aku sendiri tidak terfikir begitu
segalanya berlaku atas sifat-sifat
perjalanan seribu tahun
Nukilan : Talamkeladi.com
monolog untuk sahabatku Raimie Moljono....
photos, vacation, products, contacts,
puisi
Wednesday, November 10, 2010
Live Stream Malaysia vs Japan Asian Games 2010
Watch here live streaming from China...brought for you by talamkeladi.com
First half still Malaysia 0 Japan 1...Go malaysia...you can do it!
WATCH LIVE STREAMING MALAYSIA VS JAPAN ASIAN GAMES 2010
First half still Malaysia 0 Japan 1...Go malaysia...you can do it!
WATCH LIVE STREAMING MALAYSIA VS JAPAN ASIAN GAMES 2010
photos, vacation, products, contacts,
sports
Subscribe to:
Posts (Atom)