Nuffnangs

Sunday, October 10, 2010

CERPEN : LEPAT PISANG LEPAT UBI


(...sambungan...)

“Ish Pak Leman ni, mana ada. Saya dah ada pilihan hati saya sendiri tapi bukan Diana,”Hamzah berkata menafikan penyataan Pak Leman.

“Oh, boleh bagitau kitaorang ke siapa pilihan kamu tu Hamzah,”Tanya Rashid kepada Hamzah.

“Mana boleh bagitau sekarang, karang kalau dah betul-betul jadi baru saya akan bagitau semua,”Hamzah berkata sambil tersipu-sipu malu.

“Aku dengar orang yang nak masuk meminang anak Haji Jalil ni kerja kat KL, bos besar katanya,”kata Pak Din sambil menggigit cekodok pisang.

“Kata orang dia ada kereta besar dan rumah besar kat KL tu, ish kalau aku ada anak perempuan mahunya aku offer kat dia,”kata Pak Din sambil mengunyah cekodok pisang.

“Kamu ni Din, semuanya kamu tau. Mana kamu tau semua tu Din?”Tanya Pak Leman.

“Semalam orang rumah aku ke rumah Ketua Kampung menghantar sedikit barang, itule yang dia ada dengar semua tu dari isteri Haji Jalil. Aku bukannya apa Leman, Cuma sampaikan apa yang aku dengar je,”jelas Pak Din.

“Hah, Busra, lagi tadi aku tengok kau ni diam je, ada yang tak kena ke?”Tanya Pak Leman.

“Entahle Leman, aku sebenornya risau dengan anak aku si Azman tu. Dalam dua tiga hari ni entah apa kena dengan budak tu, makan tak mau, minum pun tak mau, apatah lagi nak diajak berbual, asyik termenung je kerjanya,”kata Pak Busra sambil mengeluh.

“Ada kamu cuba tanya dia kenapa dia jadi macam tu?”Pak Leman bertanya.

“Macamana aku nak bertanya, baru aku nak berkata sepatah, dia dah masuk dalam bilik menyepikan diri,”Jelas Pak Busra kepada Pak Leman.

“Ish berat tu,”sampuk Hamzah.

“Hah kamu Hamzah, dia kan kawan baik kamu, takkan kamu tak tau,”Pak Din bertanya kepada Hamzah.

“Pak Din, takkan Pak Din dan Pak Busra tak perasan langsung. Si Azman tu kan sedang bercinta dengan Diana tu. Dah lama dah, sejak Diana tingkatan 4 lagi,”terang Hamzah.

“Eh betul ke ni?. Memang aku tak tau tentang perkara ni. Patutlah perangai dia semacam je. Mungkin dia dah tau dulu tentang rombongan peminangan tu.”ujar Pak Din.

CERPEN : LEPAT PISANG LEPAT UBI


 (...SAMBUNGAN...)

“Mak, esok ada buat kuih lepat ubi tak?”Tanya Hamid.

“Ada, kenapa kamu tanya,”mak Timah bertanya. “Takdelah, ada orang nak beli kuih tu esok,”ujar Hamid.

“Banyak ke dia nak,”Tanya mak Timah. “Dalam 50 keping,”jawab Hamid.

“Siapa tu,”Tanya mak Timah lagi. “Ketua kampung, dia kata ada orang nak datang rumah dia esok,”ujar Hamid.

“Oh, agaknya ada orang nak datang meminang anak dia tak,”telah mak Timah. “Tak tau le saya mak. Tak kuasa saya nak tanya,”kata Hamid.

“Yang kamu ni nak menyibuk  hal orang tu kenapa Timah, lantakle orang nak meminang ke, nak apa ke, tak payah sibuk-sibuk. Buat aja kuih lebih sikit esok,”ujar pak Leman mengingatkan isterinya itu.

“Yalah, yalah. Kalau gitu, awak kena belikan saya tepung ubi dan tepung beras lebih sikit. Ubi tu pun kena tambah. Jangan lupa bang,”pesan mak Timah.

“Baiklah, biar saya pergi sekarang,”jawab pak Leman lalu beredar masuk ke dalam rumah.

 Babak 2

Pagi keesokkan harinya, diwarung Wak Dol. Pak Leman, Hamzah, Rashid, Pak Din dan Pak Busra macam biasa melepak kat situ. Sambil minum kopi, mereka berbual seperti biasa.    

“Aku dengar anak Ketua Kampung dah ada orang nak sunting. Katanya hari ni rombongan tu nak datang. Orang kampung sebelah katanya,”Pak Din berkata sambil meneguk teh tarik.

“Budak Diana tu baru je lepas SPM, kenapa nak dikahwinkan pulak ye?”sambung pak Din seperti tidak berpuashati.

“Ye lah Pak Din, budak tu baru je nak kenal dunia. Entah dia suka ke tidak dengan rancangan ni kita pun tak tau, tak gitu Pak Leman,”kata Hamzah sambil melihat kepada Pak Leman.

“Kamu ni Hamzah, cuba jangan menyibuk tentang hal orang lain. Mungkin Haji Jalil ada rencana sendiri dan tak mungkin dia nak hancurkan hidup anak dia pulak,”kata Pak Leman pula.

“Entah-entah kamu ada hati kat Diana tu tak Hamzah,”telah Pak Leman sambil tersengih memandang kepada Hamzah.

Wedding of the year : Sheikh Muszaphar dan Harlina Yunos

Salam...

Detik 10.10.10 menjadi tanda termeterinya ikatan dua hati yang selama ni dikatakan telah memendam rasa begitu lama dan hari ini menjadi hari yang amat bersejarah kepada kedua mempelai. Ketika n3 ini dibuat, majlis persandingan sedang berlangsung di  PICC Putrajaya. 



Hebat, mengagumkan dan sungguh meriah majlis tersebut dengan kehadiran ribuan jemputan samada VVIP, VIP. kenamaan, kerabat diraja, para pembesar negeri dan juga rakyat jelata. Inilah dinamakan wedding of the year yang jelas pasti dapat mengalahkan majlis yang pernah dibuat oleh Erra Fazira dan Yusri dulu...heheh...kalolah Talam pun dapat merasa persandingan seperti itu. Dengan disponsor oleh pihak TV3, Jakel dan pelbagai lagi pihak, jelas mengangkat Majlis ini menjadi lebih "grand" dan hebat!

Nampaknya majlis ini telah menenggelamkan pelbagai berita sensasi sebelum ini seperti kisah pembunuhan Sosilawati dan sebagainya dan mendapat liputan media seluruh dunia...sekali lagi...hebat dan syabas kepada kedua mempelai...

Talam berdoalah kepada Allah sw semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke anak cucu dan terus ke akhir hayat mereka. Kepada kedua mempelai, Talam doakan juga agar cepat dikurniakan cahaya mata dan sebagai orang Kluang, Talam rasa bangga gak dengan perkahwinan ni....kenapa korang pelik...korang fikirlah sendiri kenapa Talam cakap macam tu...

Saturday, October 9, 2010

CERPEN : LEPAT PISANG LEPAT UBI

LEPAT PISANG LEPAT UBI
Babak 1

       Di hadapan sebuah rumah kampung yang agak cantik buatannya. Warna kuning melatari dindingnya dengan tiang tiang yang dicat dengan warna coklat, berkumpul satu keluarga yang terdiri daripada Pak Leman sebagai bapa, Mak timah sebagai ibu, Farah, Hamid dan yang kecil, kira-kira berumur 10 tahun.

Pak Leman bekerja kampung dengan bertani dan mempunyai kebun buah-buahan yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mak Timah pula berniaga kecil-kecilan dengan menjual kuih muih di serata kampung. Farah adalah seorang gadis dalam lingkungan 20 tahun manakala Hamid berumur lebih kurang 18 tahun.  Farah bekerja sebagai seorang operator disebuah kilang manakala Hamid baru habis tingkatan lima dan masih mencari kerja.

Ketika itu Farah  baru sahaja pulang dari kilang yang terletak di pekan yang terletak lebih kurang 5 km dari rumahnya.  Masa lebih kurang pukul 3.30 petang dan cuaca agak panas.

“Panasnya hari ni...dah le masa kat kilang tadi tiba-tiba takde letrik. Bos pulak hangin tak tentu pasal. Tension betullah hari ni,”keluh Farah.

“Farah, Farah...apa yang kamu bebelkan ni. Pening le mak dengar. Mak ni hari-hari buat kuih, tak kira panas ke, hujan ke, tak pernah pun mak mengeluh,”kat mak Timah.

“Kamu tengok ayah kamu tu. Lagi teruk, kerja kat kebun tu dari pagi sampai petang kadang-kadang tu, panas hujan dah biasa. Lama-lama kamu biasalah dengan kerja kamu tu,”sambung mak Timah lagi.

“Yalah mak, saya ni bukan apa, Cuma penat sikit je. Lagipun hari ni panasnya lain macam sikit,”Farah menjawab.

“Bang, awak tak ke kebun ke hari ni?”Tanya mak timah kepada pak Leman.
“Pagi tadi aku dah pergi tengok kebun tu...dah aku betulkan apa yang patut. Petang ni aku ada hal sikit kat dewan tu. Ada mesyuarat JKK kampung,”Jawab pak Leman.

“Jangan lupa bang, kejap lagi belikan saya tepung beras dengan tepung pulut macam biasa. Karang tak berjual pulak kuih-kuih esok,”pesan mak Timah.

“Yalah, yalah,”jawab pak Leman sambil meneguk air kopi. ....................(bersambung)

Wednesday, October 6, 2010

Panggilan Kad Kredit Palsu

Salam...

Talam wat entri ni sebagai satu peringatan kepada rakan2 tentang satu penipuan cyber yang mmg berleluasa sekarang ni. Sebab apa Talam wat ni, hari ni wife aku terima satu panggilan mengatakan yg mereka dari satu institusi kewangan yang memberikan kad kredit. Masalahnya, wife aku x guna kad kredit diaorg. Yang mencurigakan adalah mereka mengatakan bahawa terdapat transaksi-transaksi yang dibuat di luar negara dan sekarang sudah menjangkau puluhan ribu ringgit dan dengan nada simpati mereka mengatakan bahawa kemungkinan kad anda telah dipalsukan dan digunakan. Untuk mendapat penjelasan lebih lanjut, mereka akan menasihati mangsa dengan meminta mangsa membuat panggilan kepada satu nombor yang didakwa sebagai Unit kad Kredit Palsu Bank Negara Malaysia (BNM)! 

Apabila anda membuat panggilan ke sana, mereka akan menjawab dan meminta anda memberikan butir2  perbankan peribadi termasuk no akaun dan sebagainya. Ini semua ada penipuan semata-mata kerana BNM tidak mempunyai unit sedemikian dan tidak pernah meminta apa-apa maklumat peribadi berkenaan dengan akaun kita, jadi sahlah kita sebenarnya telah ditipu. Untuk  maklumat lanjut sila ke sini....Bank Negara Malaysia

 -foto Bank Negara Malaysia-

Talam cubalah nak telefon semula nombor yang tertera dari insitusi kewangan penipu tu...tapi x berjawab! Ceh...kalo jawab mmg jadik magsa makian le jawabnya...
Talam haraplah agar pihak berkuasa ambil perhatian tentang hal ni...atau kena ada repot dulu baru boleh wat siasatan?  

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE