Nuffnangs

Friday, September 24, 2010

Digi iphone 4 me



Salam,

Why did I want iphone 4? It's really hard to define here as the gadget has all that I dream of...since the existence of the first edition iphone in town until now, with new design and look...really can't put my eyes off of it though!

My friends keep asking me, when do you wanna let go your old hand phone and grab the iphone? I said I can't wait to grab one but it will happen only when I have enough money to do that! Huh...what a coincidence...Digi had offered a  free iphone and it is a latest product from Apple! Thanks a lot Digi for your kind hearted gesture to fulfill the dream of people like me...say it loud!

I don't wanna talk about the pros and cons of the phone compared to other phones as I'm not the expert on it but I would say here, having iphone especially the latest one is like you own and drive the best car in town! Really, it's not a lie and not exaggerated either. 

As Digi also had offered an extraordinary plan in which really people's friendly, I think it's time to have one!

 

Thursday, September 23, 2010

UFO DIKESAN DI KUALA LUMPUR

Salam,

(Foto hiasan sahaja)

Terkejut kawan bila terbaca berita hari ni (24/9/2010) kat harian Metro di mana seorang wanita bersama-sama dengan 2 orang anaknya terlihat objek yang terbang berdekatan dengan penginapan mereka di sebuah Kondo di Bukit Jalil, yang kelihatan seperti piring terbang.

Objek terbang tersebut dilihat mempunyai 6 lampu dibawahnya dan bercahaya warna oren dan dilihat terbang sangat pantas ke atas angkasa dalam masa 10 saat. Dipercayai sebanyak 3 objek yang sama terbang berdekatan antara satu sama lain dan ia berlaku 2 kali iaitu pada jam 11 malam dan 2 pagi baru-baru ini.
Foto yang berkaitan dgn objek berjaya dirakam oleh pemuda tersebut dan kelihatan seolah-olah sebuah kapal angkasa yang mempunyai cahaya terang benderang seperti yang selalu kita lihat di dalam cerita sains fiksyen Kalo benarlah seperti yang didakwa, apakah sebenarnya yang terdapat di dalam kapal angkasa UFO ini? Hanya Tuhan yang tahu....!

(Foto sebenar yang dirakam menggunakan telefon bimbit)


Sekiranya ia hanyalah kapal terbang tidak mungkin ia boleh terbang secara berdekatan antara satu sama lain dengan begitu pantas dan sekiranya ia bukan kapal angkasa makhluk asing, apakah sebenarnya UFO tersebut dan apakah tujuan ia berlegar2 di ruang angkasa Malaysia. 

 Foto hiasan sahaja-adakah objek tersebut seperti ini sekiranya dilihat di waktu siang?

Monday, September 20, 2010

Kristal - Selagi Ada Rindu- Official MTV

Salam semua... saja jer nak release tension di hari "monday blues" ni....kepada korang semua jangan tension2...kerja mesti ditunaikan....enjoy the day....sure you'll get the mood! Actually aku nak tujukan lagu ni kepada semua....harap korang suka. Lagipun aku x de idea hari ni nak tulis apa...sambil tunggu idea tu mari...baik kita layan dulu lagu ni kan....Selamat hari raya...!!!!

Thursday, September 16, 2010

Aidilfitri dan Kes Bunuh Sosilawati...

Salam semua,

Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 8 di bulan Syawal...hari ni aku dah masuk kerja. First day, mood  belum mari le. Tapi, kerja harus diselesaikan. Amanah pada kita tu. Masih memikirkan tentang saranan Nabi saw tentang ziarah menziarahi ni. Masa nilah aje masa yang sgt sesuai utk kita berkunjung ke rumah sedara mara, sahabat handai, rakan taulan dan jiran tetangga yang selama cukup susah kita nak berjumpa atau mencari masa untuk bertemu dan beramah mesra. Masa nilah kita boleh bawa seluruh keluarga utk menziarah, tak de sape yang nak halang, nak tegur sbb inilah yang dinamakan hari raya. Semua orang akan rasa gembira dengan kunjungan kita, yang selama ni pintu rumahnya sentiasa tertutup. Pergi pagi baliknya senja....akibat bekerja. X de masa langsung untuk bertemu. Alhamdulillah, kehadiran Aidilfitri mengubah segalanya.

Namun begitu kesihatan tubuh badan perlulah dijaga...jangan melantak tak ingat dunia...lain pulak jadinya nanti. Makan secara bersederhana, hidangan yang disediakan haruslah dijamah. Kalo x makan karang, kecik hati kawan tu. Dah sediakan susah-susah tp orang x nak makan. Adalah lebih baik selepas ni, kita berpuasa 6 pula...pahala puasa sepanjang tahun tu. InsyaAllah, aku nak start minggu depan.

Sunday, September 12, 2010

Terkini Tentang Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 Yang Lain

Salam,

Buletin Utama TV3 jam 8 malam sebentar tadi mewar-warkan bahawa tangkapan suspek ke 8 iaitu seorang remaja berusia 19 tahun telah membawa kepada penemuan tempat pembakaran mayat 4 orang yang dipercayai sebagai Sosilawati dan 3 yang lain, namun tiada mayat ditemui dikawasan tersebut.
Dikatakan bahawa mayat2 tersebut telah dibakar dan abunya telah dibuang ke dalam sebatang sungai berdekatan. Namun begitu, siasatan forensik dikawasan pembakaran telah menemui cebisan tulang yang membolehkan ujian DNA dilakukan.

Siasatan Polis telah membawa kepada kesimpulan bahawa 4 mangsa terbabit telah ditahan, dipukul, dibunuh dan mayat dibakar hingga rentung. Abunya telah dibuang ke dalam sungai untuk melupuskan sebarang bukti. Jelas menunjukkan bahawa terdapatnya satu rancangan yang agak teliti untuk menggagalkan sebarang siasatan polis.

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE