Salam semua...
aku wat n3 ni bukan untuk menafikan kebolehan kaum yang lain...di Malaysia kita adalah sama rata, 1Malaysia katakan. Cumanya, aku saja nak berikan semangat kepada bangsa melayu untuk lebih bekerja keras, berusaha dengan lebih gigih demi mencapai matlamat hidup dan kemajuan dalam diri.
Bukan aku nak kata yang kita ni tidak berusaha tapi maksud aku adalah kita kena berusaha lebih lagi untuk lebih maju di dalam dunia yang lebih mencabar ni. Almaklumlah, sekarang ni semuanya serba canggih, setiap detik penuh dengan perubahan terutamanya teknologi dan komunikasi. Cepat sangat bertukar...sebagai contoh teknologi perhubungan komunikasi yang rasanya dalam 3 atau 4 tahun lepas kita hanya menggunakan teknologi 2G sahaja tapi sekarang dah 4G. Baru kita nak gunakan Iphone 3G dah keluar yang 4G...mmg kita di Malaysia ni agak ketinggalan tapi alhamdulillah masih lagi ok berbanding negara2 lain di dunia ni.
