Nuffnangs

Monday, July 5, 2010

Perangai Pelik Manusia Yang Aku Sendiri Tak Faham Macam Mana Boleh Berlaku....

Salam,

Korang semua biasa tidur dalam pukul berapa setiap hari?Ada yang pukul 9 mlm dah tidur, mebbe ada yang pkl 10 dah tidur, ada juga yang lebih lewat dari tu...bukan apa, yang aku nak citer kat sini adalah kisah benar ttg seorang kawan yg mmg tidur lambat...walaupun ada anak kecik dan terpaksa bangun awal setiap hari utk pergi kerja.

Dia ni masi tinggal dgn parents dia dan biasa balik kerja dalam pukul 6 ptg...apa yang pelik bagi akulah setiap hari dalam pukul 9 mlm mcm tu dia satu family akan keluar ke town...ntah apa yang diaorg cari...biasanya sampai pasaraya tutup baru diaorg nak balik gamaknya....biasanya pasaraya tutup dlm pkl 10 mlm mcm tu...lepas tu mereka tak terus balik rumah...biasanya mereka akan lepak kat rumah seorang auntie sampaile pukul 11 lbh...barulah balik ke rumah. Sampai di rumah adakalanya mereka ni sempat lagi masak utk supper, biasanya membawa ke pukul 12 tgh malam...yang peliknya anak beliau ni pun x tidur jugak ikut mak dia ni...siap2 kan katil utk anak dah membawa ke pkl 1 pagi...pergh masa ni biasanya aku dah nyenyak dibuai mimpi yang indah...selesai kemaskan katil biasanya member aku ni akan menonton DVD dulu sebelum tidur yang kebiasaannya membawa ke pukul 2.30 pagi...ketika ini anak beliau pun masih belum tidur...memikirkan esok paginya nak kerja barulah kawan ni tidur....begitulah rutinnya setiap hari...korang rasa pelik tak? Tak....eeh? Kenapa plak....korang pun mcm tu jugak ker...Kalo esok paginya boleh menjalankan tugas seperti biasa...apa ada hal kan...lantaklah korang, tapi masalahnya kalo pagi2 tu mengantuk dan x dpt wat keje dgn baik...kan akan menurunkan produktiviti dan juga kualiti kerja...




Anyway, masalah tak dapat tidur malam ni atau sering tidur lewat, mmg biasa bagi warga kotaraya seperti di KL, JB dan kota2 besar lain...yang aku respek sangat...walaupun tidur lambat, mereka masih boleh bangun awal dan pergi kerja seperti biasa...ntah apa rahsia diaorg ni kan....tapi bagi aku still satu perangai pelik yang masih belum dapat aku rungkaikan setakat nih...cumanya sekarang ni aku pun sama gak tidur lambat itupun sbb menonton bola WC 2010...heheheh!

ANTARA KEMALANGAN ATAU DENGAN SENGAJA?

Salam,

Pagi aku cuma nak berkongsi dengan korang semua ttg adakah satu kejadian itu adalah kemalangan atau satu perkara yang disengajakan...

Kemalangan atau kecelakaan ni biasanya berlaku tanpa kita menduga dan ia boleh bila2 masa, dimana saja tak kira samada kita bersedia, berhati-hati atau berjaga-jaga. Kemalangan ni adalah satu perkara yang kita tidak mau ia berlaku dalam hidup tapi ia ttp berlaku walaumacamana kita cuba...dah nama pun kemalangan..sbb itu dalam sesuatu kes kemalangan siapa yang menjadi penyebab kemalangan adalah amat penting. Kemalangan ni tak kiralah kecil ke besar ke, ia ttp kemalangan dan biasanya mmg menyakitkan...sbg misalannya ketika kita keluar rumah, kita telah bersiap sedia dgn memakai kasut utk mengelakkan kita dari terpijak benda2 yang tajam di tanah tetapi ketika kita berjalan, kaki kita telah termasuk ke dalam lubang atau longkang dan menyebabkan kaki kita terseliuh atau luka (ni yang kecik), tapi kalo lagi parah misalnya patah...tentulah ia amat menyakitkan walaupun pada awalnya kita sudahpun mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati. Ini bukan perkara yang kita sengajakan. Takkan kita sengaja nak cari nahas pulak kan.
Manakala perkara yang disengajakan adalah apabila kita mmg berniat utk melakukannya atau kita telah menggunakan minda kita utk membuat satu perkara itu. Contohnya, kita berniat utk bermain bolasepak dan dalam perlawanan itu kita mmg nak cederakan pemain lawan. Itu bukan kemalangan tapi perkara yang disengajakan dan ia berlaku atas tindakan kita yang selari dengan niat kita. Maka perbuatan itu adalah disengajakan dengan niat kita.


Bagaimana pula jika kemalangan itu berlaku atas kecuaian kita? Contoh kita telah diberi amaran untuk memakai helmet semasa menunggang motorsikal tetapi kita enggan memakainya, dengan alasan "ala, aku nak pegi tempat tu dkt jer, buat apa nak pakai helmet," atau "cuaca panas ni, malas lah nak pakai helmet" atau "aku dah set rambut aku nih, kang hilang pulak jambul aku ni,", maka sekiranya berlaku kemalangan itu dan kita luka parah dibahagian kepala, maka ia bolehlah dikategorikan sebagai kemalangan yang sengaja dicari...mmg ia kemalangan tetapi perbuatan kita melanggar undang-undang jalanraya menyebabkan ia menjadi satu perkara yang disengajakan.

Jadi...renung2kanlah...mana yang baik jadikan tauladan...yang tak elok jadikan sempadan...

Sunday, July 4, 2010

Gloomy WC 2010.....

Salam....

Last Friday and Saturday were the most terrible and undespicable football result I've ever seen in my life. Argentina were beaten 4-0 by Germany, Brazil down 1-2 to the Neds and Uruguay won the game in the horrible manner. Only Spain who has the reputation had made through though hard fight by the Paraguayans.
Meaning that in this WC we will see a new champion despite Germany have won it several times but they have to face Spain the semis. All the champions including Brazil, Argentina, Italy, France and England who were the favourites to win the cup this year all walked out humbly. But here we can see Germany have scored 3 times more than 3 goals in a match...this is a record! First they beaten Australia 4-0, second England 4-1 and lastly Argentina 4-0...in three games they have scored 12 goals. And now 2 of their  players, Klose and Muller are hunting for the top goal scorer for the WC...each has 4 goals!
 
The only player who can destroy their dream is David Villa from Spain who has 5 goals at the moment...meaning that who ever scores in the match will take the seat of the top goal scorer and bring their team into the final. 

In another match, Netherlands will face the Stubborn Uruguay and this time Uruguay will play without their hero Luis Suarez who has been red carded in the last match against Ghana...now they will only hoping on Diego Forlan to hunt for goals...

At the first instant, we never expect that Netherland and Uruguay will move into the semis as we belief that Brazil, Argentina, England and Spain will make the top four. There is no  more "Lo joga bonito" and samba dance by the Brazil, no glancing of the world best player Lionel Messi, no more the world most controversial player of the year John Terry, no more this...no more that. The only hope is to see the Matador to win the fight against the "car maker"....Hoping that the Matador will not be bulldozed by the "Mercedez".

Bleak and cloudy like the weather now in Malaysia! Very Gloomy WC 2010...bye! bye!

Friday, July 2, 2010

Kuasa Panahan Petir

Salam Jumaat semua....

Hari Rabu lepas, hujan turun dgn lebat kat Kluang nih start dari pukul 5, siap dgn guruh dan petir...mmg menakutkan...sampai ke malam tak henti-hanti...petir yg dtg tu mmg kuat...tapi korang tau tak berapa kuatnya kuasa setiap panahan petir tu...

Mengikut kepada rujukan Wikipedia, kuasa panahan petir ini biasanya berkelajuan lebih kurang 60,000 per saat (130,000 batu per jam) dan biasanya suhu petir ini berukuran dalam 30,000 darjah celsius (suhu yang boleh mencairkan silika)...korang boleh bayangkan betapa kuatnya kuasa panahan petir...tak heranlah apabila petir ini menyambar sebatang pokok yg besar (2 atau 3 pemeluk), dgn senang jer pokok ni boleh terbelah 2 dan tumbang serta terbakar...jadi kalo kena kat manusia...secara realitinya rentung le...itupun kalo tak kena tepat...kalo tepat rasanya dah tak rupa orng dah...mebbe berkecai agaknya!


Dalam Islam kita diajar untuk berdoa ketika berlakunya ribut petir...

Subhanalladzi yusabbihur ro’du bi hamdihi wal mala-ikatu min khiifatih” 
(Mahasuci Allah yang petir dan para malaikat bertasbih dengan memuji-Nya karena rasa takut kepada-Nya).



Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan, ”Dalam hadits marfu’ (sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, pen) pada riwayat At Tirmidzi dan selainnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang ar ro’du, lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab,

مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مخاريق مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ

Ar ro’du adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.


Disebutkan dalam Makarimil Akhlaq milik Al Khoro-ithi, ’Ali pernah ditanya mengenai ar ro’du. Beliau menjawab, ”Ar ro’du adalah malaikat. Beliau ditanya pula mengenai al barq. Beliau menjawab, ”Al barq (kilatan petir) itu adalah pengoyak di tangannya.” 


Dan dalam riwayat lain dari Ali juga,” Al barq itu adalah pengoyak dari besi di tangannya”.”

Kemudian Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan lagi, ”Ar ro’du adalah mashdar (kata kerja yang dibendakan) berasal dari kata ro’ada, yar’udu, ro’dan (yang berarti gemuruh, pen). … Namanya gerakan pasti menimbulkan suara. Malaikat adalah yang menggerakkan (menggetarkan) awan, lalu memindahkan dari satu tempat ke tempat lainnya. Dan setiap gerakan di alam ini baik yang di atas (langit, pen) maupun di bawah (bumi, pen) adalah dari  malaikat. Suara manusia dihasilkan dari gerakan bibir, lisan, gigi, lidah, dan dan tenggorokan. Dari situ, manusia bisa bertasbih kepada Rabbnya, bisa mengajak kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran. Oleh karena itu,  ar ro’du (suara gemuruh) adalah suara yang membentak awan. 

Dan al barq (kilatan petir) adalah kilauan air atau kilauan cahaya. … ”

Inilah bencana yang boleh diakibatkan oleh Petir...subhanallah...klip video Petir!
Wassalam....

Thursday, July 1, 2010

MANTRA : BUAH TANGAN TERBARU METROWEALTH

 MANTRA

Pernah dgr ttg filem ni? X pernah...mmg le sbb filem ni belum masuk panggung lg...15hb Julai nnti baru menerjah panggung.

Korang nak tau tak...filem ni berdasarkan kisah benar pengamal ilmu hitam kat Malaysia...kira pengamal ilmu sihir ler...mcm citer Penangkal ilmu teloh dr Indonesia tu...tapi aku tak tau setakat mana persamaannya...tapi moralnya...sesiapa yang bersekutu dgn syaitan pasti akan hancur..

Filem ni baru jer menjalani sesi pratonton berapa hari lepas di Cathay Cineleisure The Curve Damansara dan wartawan memberikan maklum balas positif...dimaklumkan sebanyak 15% babak lakonan di jayakan di Penjara Pudu manakala selebihnya dibuat di sebuah kampung di Lenggong, Perak.

Kata orang kalo buat citer seram ni pasti ada perkara seram yang berlaku kan...begitu juga dgn filem ni...banyak perkara aneh berlaku di Penjara Pudu dan juga sebuah rumah kosong purba (purba ker...katanya rumah tu didiami oleh seorang pendekar 500 tahun dahulu...pergh lama tu..mmg purba)..kat lokasi2 niler...crew filem dan pelakon2 berhadapan dgn perkara2 aneh katanya...salah satunya kat Penjara Pudu..misalnya...utk mengelakkan drp berlakunya kejadian2 yg tidak diingini, ayat2 suci al quran telah ditulis didinding sebuah sel...tp yang anehnya...ayat2 tersebut hilang keesokkan harinya...mmg pelik! Tp mereka semua ni dah bersedia utk menghadapi semua kemungkinan dgn pendinding yang dibekalkan serta kehadiran seorang ustaz utk memantau segala pergerakan...

Bak kata Pengarahnya, Azhari Zain...filem ini akan membuatkan semua penonton tidak senang duduk, jantung berdegup kencang, sesak nafas dan dianggap lebih mendebarkan daripada  filem Santau...Ikutile trailer dia ni...MANTRA!

JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI!!!!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE